Gigi Aku Kuning

Hi aku Pearl (bukan nama sebenar) seorang wanita yang lahir pada tahun 90an.

Aku nak cerita pasal masalah aku yang bendanya kecik tapi sebenarnya dah beri impak besar dalam hidup aku. Orang tak nampak tapi aku sangat self conscious dari kecil sampai umur aku hampir masuk 3 series. Gigi aku kuning.

Kisah di sebalik gigi aku macam mana boleh jadi kuning? Jujur aku tak tau. Gigi aku dapat pakej kuning, jongang, rabbit, dan kapak. Tapi alhamdulillah gigi aku rata dan tak overcrowded. Hanya sedikit crooked.

Aku tengok gambar aku masa kecik berusia 3 4 tahun. Gigiku cantik putih bersih comel. Mungkin sebab aku kuat hisap botol.

Masih segar memori aku, aku suka hisap botol susu pagi petang siang malam. Sebab itulah comfort aku, sampai gigi aku patah aku masih menghisap botol susu dan menyebabkan dua gigi depanku sedikit jongang.

Aku mula perasan semasa 6 atau 7 tahun kawan-kawan sebaya aku gelakkan kata gigi aku besar dan kuning. Sehingga ada menanyakan adakah aku tidak gosok gigi langsung walhal aku gosok gigi 3 kali sehari.

Ada juga yang bertanya “Kenapa gigi awak kuning ya?”. Aku hanya mampu berdalih kerana aku sendiri tiada jawapan.

Dari sekolah rendah, sekolah menengah, dan peringkat universiti ada sahaja yang point insecurity terbesar aku, gigi. Termasuk juga ahli keluarga aku. Dalam keluarga aku, cuma aku seorang gigi sebegini.

Aku minta untuk buat braces untuk kurangkan jongang dan kecikkan sedikit gigi aku tapi parents aku membantah. Kata gigi aku okay sahaja. Mungkin aku anak yang ingin dijimatkan kos.

Gigi aku dah menjadi insecurity bertahun lamanya sehingga aku benci senyum dan benci dengan perkataan ‘cheese’. Memang aku tutup sahaja mulut setiap kali bergambar, ketawa. Aku jealous dengan mereka yang ada gigi cantik dan putih.

Aku cuma bermacam cara, scaling, crest strips, colgate whitening, purple, arang dherbs, water floss, semua aku cuba tetapi tidak berjaya. Semuanya hanya membazir duit aku sahaja.

Bila aku mula bekerja, aku pergi buat rawatan pemutihan gigi tetapi aku pelik bila doktor cakap gigi aku dikira putih sebenarnya.

Then, adakah tomahan cacian makian tentang gigi kunkng, tak gosok gigi, pengotor yang aku dapat beberapa tahun lamanya semua palsu?

Aku jumpa dentist dan bagitau cerita aku tapi mereka kata gigi aku sihat sebenarnya. Dan dikira putih cuma ada beberapa batang yang perlu ditampal. Walaupun hampir reach 3 series, aku tidak pernah lagi tumbuh gigi bongsu.

Selepas rawatan aku nampak sedikit perubahan tetapi tak kekal lama meskipun aku jaga dan ikut nasihat doktor. Aku tidak minum kopi, tidak makan kari atau kicap dan hanya minum air kosong sahaja.

Ada suatu tahap, aku buntu, stress, give up.. Aku dalam fasa depresi aku tak mandi hampir 2 minggu dan hampir seminngu aku tak gosok gigi tapi aku sendiri rasa geli. Walaupun aku tak mandi, aku masih mencuci muka dan gosok gigi.

Sekarang aku masih buntu. Aku masih benci senyuman aku. Kalau aku nak buat crown aku masih tak mampu. Aku tak nak buat veneers sebab akan rosakkan gigi lama aku.

Aku sedih. Aku tak nak dicaci. Dimaki. Sebagai perempuan aku juga teringin pakai makeup. Tapi pakailah makeup apa pun kalau senyuman dan gigi kuning, jongang, besar, tetap akan nampak buruk.

Sampaikan aku penah percahkan cermin banyak kali sebab aku tak suka tengok gigi aku. Aku ada kenal dengan beberapa orang lelaki mereka kata aku cantik. Ada beberapa frineds aku pun lelaki dan perempuan kata aku cantik.

Tapi aku tau semua tu tipu sebab gigi aku still tak cantik dan dia mencacatkan rupaku. Aku bukan tidak bersyukur san bukan nak menagih simpati.

Aku hanya ingin meluah dan kalau ada anyone yang ada solution yang praktikal dan cost saving, sharap boleh share. Aku teringin ada senyuman pearl white (aku dah pernah try pearl white tapi tiada beza).

Kalau aku nak buat rawatan teeth whitening every month memang kering aku sebab satu cycle hampir mencecah 300. Full 3 cycle boleh mencecah 700+ sebulan.

Harap sesiapa yang sudi baca confession ni boleh tolong aku. Terima kasih.

– Pearl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *