Gila atau Ujian?

Hari ini aku nak kongsi satu benda yang berlaku dalam hidup yang dah lama aku nak tulis sebenarnya tapi asyik tertangguh.

Aku sepatutnya kahwin tahun ini dengan bekas pasangan aku, tapi ditakdirkan Tuhan pasangan aku dipaksa kahwin dengan pilihan keluarga sendiri.

Puas kami pujuk keluarga ex, still tak jalan alasan nak eratkan hubungan kekeluargaan (kahwin dengan sepupu sendiri)

Akhirnya dia kahwin juga bulan 1 itu hari, tapi aku tak kecewa sangat sebab benda dah tahu awal dan pada masa yang sama,

Selang 3 hari adik angkat aku yang membesar bersama dari kecil meninggal dunia kemalangan langgar kerbau lepas solat jumaat,

Dekat situ aku dah rasa nak jatuh dah, sayu aku tengak jenazah adik angkat aku dekat bilik mayat.

Semasa urusan jenazah aku balik rumah keluarga angkat untuk urusan pengembumian dan aku kemalangan malam itu tapi tak teruk kereta je hancur kat depan, hampir menangis tapi tahan sebab orang ramai dan aku lelaki.

Selang pula seminggu kawan baik aku pula meninggal dunia sakit jantung lagi lah aku hampir terduduk sebab kejadian ini datang serentak dalam hidup aku yang aku sendiri tak faham kenapa aku boleh kuat.

Orang paling rapat dan penting dalam hidup dah tak ada. Untuk pengetahuan aku tak di diagnos sebarang penyakit mental sebab takut penyakit tu nyata ada pada aku,

Tapi semua kejadian itu aku jadi kuat kerana ada satu hamba Allah kongsi satu surah dari surah at-taubah 128-129 ayat terakhir,

Dan aku amalkan setiap hari dan makin kuat amalan aku bila ada masalah. Kalau aku tak amalkan surah ini dengan 3 kejadian berlaku serentak dalam hidup aku, aku rasa aku dah jadi gila.

128. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.

129. Jika mereka berpaling (daripada keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung.”

Buat sahabat yang terbaca perkongsian ini pagi ini, anggaplah ia rezeki untuk mengetahui kehebatan Ayat Al-Quran ini dan amalkanlah sepenuh hati.

Yakinlah yang segala kesulitan akan diangkat, segala bebanan akan hilang, jika bermasalah In sha Allah akan keluar dari bebanan dan yang paling agung, pasti akan bertemu kebahagiaan luar biasa nanti. In sha Allah.

Allah sayang sangat pada kita sebenarnya. Sangat!

– M.A. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *