Gila Isim

Hai semua. Saya ada terbaca satu luahan di sini iaitu “Bekas Suami Gila” (https://iiumc.com/bekas-suami-gila/).

Apa yang saya syak adalah bekas suami TT yang bernama Ikhwan itu ada cousin saya. Dari apa yang saya baca itu, memang sama dengan sepupu saya itu sebab ada mention kerja sebagai pegawai bank itu.

Saya Mirza. Dan ya, saya ada sepupu macam itu. Dan saya yakin cerita tersebut adalah cerita sepupu saya. Sekarang, Mak Ayahnya dah buntu sebab dah tak tahu nak berubat kat mana lagi untuk Ikhwan itu.

Dia ada kahwin kali kedua selepas bercerai dengan Jeslina. Tapi hanya beberapa bulan. Sebabnya, isteri keduanya pun tidak tahan dengan perangai gila isim dia.

Bekas isteri keduanya sebelum kahwin, bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan. Bila dah kahwin, Ikhwan paksa dia berhenti kerja.

Itu saya dapat cerita dari mulut Mak saya sendiri. Saya pun nampak Ikhwan nie lain macam. Dulu, dia normal. Study pun pandai. UPSR dapat 5A, masuk ke MRSM sampai dia form 5.

Dia pernah ajak saya masuk geng usrah yang dia terlibat itu. Dan pernah berjumpa dengan beberapa orang kawan dia yang lain yang turut sama dalam geng tersebut.

Salah seorangnya pandang saya atas bawah atas bawah sebab masa itu saya pakai T-shirt dan seluar jeans saja.

Bila dengar diorang bersembang, fuh!Gajah pun boleh terbang kot. Cuma sekali itulah saya jumpa. Lepas itu, taubat lahum lah saya.

Dia pernah tegur adik perempuan saya sebab pakai tudung bawal. Katanya tak labuh. Tapi saya lihat, tudung adik saya itu melepasi paras dada.

Teruk jugak adik perempuan saya kena “tazkirah”. Dan, dia berani cakap kat Mak Ayah saya yang Mak Ayah saya berdosa tak tegur anak.

Ayat “neraka”itu sudah pasti dia sebut. Pernah suatu ketika, kami ada buat makan2 sekali sambut birthday adik saya yang lelaki bongsu.

Takde tiup lilin pun atau apa2. Just makan2 saja. Lepas itu, adalah Kakak saya upload gambar kat Whatsapp Group keluarga. Si Ikhwan nie ada sekali dalam group itu. Habis dia ceramahnya kat situ.

Katanya apa yang kami buat nie menyerupai orang kafir. Dalam Islam katanya takde sambut2 birthday makan kek bagai. Dan ayat last dia, “Taubatlah sebelum kalian dicampak ke neraka Jahannam. “Seorang pun tak balas apa yang dia send itu.

Tak cukup dalam group, dia Whatsapp personal pulak. Dia Whatsapp saya tegur cakap apa yang kami buat itu salah di sisi agama. Dalam Islam takde budaya makan kek sambut birthday katanya.

Saya just seen saja. Ingatkan hanya saya saja, dengan Kakak saya pun dia cakap benda sama.

Sejak dia jadi macam itu, masing2 kalau boleh elak nak jumpa dia kat mana2 atau ada kenduri-kendara pun. Sebab sudah pasti, dia akan “ceramah” orang bila ada yang tak kena pada mata dia.

Sebab dulu, dia dengan selamba tegur salah seorang dari saudara kami, kira sepupu Mak sayalah.

Dia pakai gelang emas ada dua utas. Ikhwan nie tiba2 tegur. Apa katanya? Dia kata tak takut ke nanti kat akhirat kena pakai gelang besi panas. Yang mendengar kat situ rasa macam pelik.

Sepupu Mak saya itu dah lain mukanya. Dan sempat dia cakap, “Saya nie belajar agama. Saya tahulah apa yang boleh dengan tak boleh. Kalau bangkang nanti samalah kita bangkang perintah Allah. Neraka tempatnya. . ”

Makin lama, makin teruk. Semua sedar yang Ikhwan nie dah lain sangat. Jauh betul dia tersasar. Sampai dia boleh label orang ahli nerakalah, ahli wahabi, apalah segala macam bagai.

Yang paling kesian anak dengan isteri dia. Jeslina itu baik orangnya. Cuma itulah, sebabkan suami dia macam itu, dia terseksa.

Mak Ayah Ikhwan itu sebenarnya sedih dengan situasi macam itu. Sebab Ikhwan itu anak harapan mereka. Ikhwan anak lelaki tunggal. Dua lagi kakak seorang dan adik perempuan seorang. Tapi dah jadi sebegitu, keluarga mana yang tak sedih, kan. .

Cuma ini saja yang mampu aku ceritakan. Sebenarnya banyak. Tapi cukuplah disini saja ya. Nak tuntut ilmu agama itu kena tengok samada betul ke tidak. Jangan main redah saja. Bila dah salah menuntut, besar akibatnya.

Contohnya macam Ikhwan itulah. Saya dulu rapat dengan dia. Dia okey, kadang masuk air jugak. Tapi bila dia dah kahwin dan join geng usrah itu, dia totally berubah sampai macam itu sekali. Saya pun tak sangka seteruk itu.

– Mirza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *