Gila Seorang Perempuan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Kenalkan aku Iman. Aku nak kongsikan pengalaman salah seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat tahfiz milik keluarga kami.

Terdetik di hati aku untuk ceritakan semula kisah ini untuk dijadikan tatapan kepada semua pembaca IIUM Confession.

Aku ada kisahkan cerita ini di platform yang lain (platform misteri) tetapi aku hanya mengambil jalan cerita kenalan aku yang dikenali sebagai “Am” sahaja untuk dijadikan pengajaran kepada semua pembaca.

Nama watak semuanya adalah samaran semata-mata. Cerita ini aku ceritakan kembali sebagai “Am” watak utama yang mendapatkan rawatan di pusat tahfiz kami. Aku olahkan kembali penceritaan dan jalan cerita dari apa yang diceritakan kembali oleh Am.

Segala dialog tidaklah 100% sama seperti apa yang telah berlaku hanya mendengar dari Am dan aku cuba membuatkan jalan cerita ini mudah difahami. Terima kasih.

Cerita Am…

Ada sebab utama kenapa aku datang ke tahfiz di sini. Selain Pak Cik Hamid, Ilham abang kau yang terlebih dahulu tahu apa yang sebenarnya jadi kepada aku. Kau pun tahu jugak kan cuma tidak tahu keseluruhannya. Aku baru bercerai setelah 2 bulan berkahwin.

Ya. Perkahwinan singkat yang hanya mampu bertahan untuk 2 bulan. Aku kena cerita untuk kau faham dan tahu apa yang jadi pada aku.

Sebulan usia perkahwinan kami semuanya bahagia seperti pasangan lain yang berkahwin atas dasar cinta. Bahagia sekali. Semua tentang dia sangat sempurna pada awal perkenalan pertama kami dan membuatkan aku jatuh hati kepadanya.

Setelah hampir setahun perkenalan dan mengenali hati budi masing-masing maka kami pun memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.

Sepanjang perkenalan kami hampir setengah tahun itu memang tiada langsung benda pelik yang berlaku. Perkara pelik berlaku selepas nak masuk dua bulan kami sah menjadi pasangan suami isteri.

PERMULAAN.

Aku dapat rasa bila di kedai makan atau mall yang rata-rata dipenuhi perempuan aku akan jadi berang. Berang dan marah bila perempuan berjalan berselisih dengan aku. Aku rasa nak mengamuk.

Itu belum lagi kalau aku tertengok muka perempuan-perempuan yang lalu lalang. Bila tertengok je aku jadi benci. Benci macam perempuan tu semua ada buat kesalahan besar dengan aku.

Tak kira bangsa dan tak kira umur. Asalkan jantinanya perempuan aku akan jadi benci. Tapi bila aku tengok muka bekas isteri aku, aku akan jadi super tenang.

Family sebelah aku dan adik perempuan elok je jika aku tengok muka dorang tapi tidak dengan perempuan-perempuan di luar sana. Bayangkan bila aku berkerja di pejabat yang mana memang dikelilingi perempuan aku jadi panas.

Ada staff perempuan sorang ni, berkahwin anak 4 dia memang happy go lucky aku kenalkan dia sebagai kak Diba.

Kak Diba memang terkenal suka menyakat staff dan junior di situ. Kak Diba suka menyakat aku lagi-lagi bila dia dapat tahu aku bakal berkahwin memang makin rancak dia sakat aku.

“Muka handsome confirm anak pun lawa-lawa. Akak doakan Am bahagia dengan bakal isteri nanti ya. Nak dekat raya ni nak duit raya untuk anak akak please!”

Sempat dia bergurau last tu selepas mendoakan yang baik-baik untuk pernikahan aku nanti. Aku hanya tergelak dan melayan sahaja karenah Kak Diba yang sudah aku anggap sebagai kakak sendiri.

Tapi lepas je aku kahwin aku yang memang tak pernah nak marah Kak Diba bila dia mengusik akhirnya pada suatu petang ni aku termaki dia tanpa sebab. Termaki sebab bila dia bercakap atau menyebut nama aku, aku jadi panas meruap-ruap.

Benda ni berlanjutan selama beberapa minggu lamanya. Terpinga-pinga masing-masing yang ada ketika itu. Dorang yang nampak seakan tak percaya dengan apa yang dorang semua saksikan.

Seakan tertanya-tanya kenapa dengan aku? Kenapa aku sampai hati maki Kak Diba? Aku sendiri pun tak ada jawapan tu. Kelibat Kak Diba keluar dari office tanpa sempat aku meminta maaf darinya.

Suasana yang ceria jadi kelam. Tak pernah-pernah terjadi selama aku bekerja di situ. Maafkan aku Kak Diba! Aku bukan sendiri tidak kenal lagi dengan diri aku sendiri. Hal itu jadi kecoh sampai ke pengetahuan department lain.

Macam biasa bila ada staff perempuan yang jalan berselisih dengan aku, aku  dengan sengaja membengis kepada mereka. Tunjuk yang aku tak suka mereka.

“Kau berambus. Kalau terserempak aku jangan sesekali datang dekat dengan aku. Menyampah tengok muka kau.”

“Apahal tengok-tengok aku? Tak puas hati?”

Itu antara dialog dari aku jika ternampak staff-staff perempuan yang lalu bersebelahan dengan aku. Masing-masing jadi takut dan membuatkan tiada seorang staff perempuan pun yang berani datang dekat menghampiri aku kecuali Lia.

“Kau nampak pelik. Bukan macam aku dan yang lain kenal. Kau okay ke? Kau tak makan lagi kan? Nah roti telur aku beli kat cafe tadi.”

Lia perasan akan sesuatu yang pelik jadi pada aku. Dia orang pertama yang berani tegur dan tanya keadaan aku. Katanya lagi aku jadi pelik lepas aku berkahwin. Sebelum ni aku okay sahaja.

Bila fikir apa yang Lia katakan aku cuba untuk proses. Ada sesuatu yang isteri aku perlu bagi tahu ke? Balik tu aku terus cari isteri aku untuk minta dia jelaskan apa-apa yang perlu aku tahu.

Macam biasa bila aku tengok muka dia aku jadi tenang dan tak marah-marah. Segala benda yang buat aku serabut dan panas auto jadi sejuk bila balik rumah.

Isteri aku terkejar-kejar mendapatkan aku yang berulang kali memanggilnya di luar. Sambil di tangannya memegang bekas bertutup kain putih. Mukanya cuak dan ketakutan yang teramat sangat.

“Abang dekat office okay ke? Ada apa-apa yang jadi ke? Sebab tadi ada…”

Macam mana dia tahu apa yang jadi dekat office?Belum sempat dia nak habiskan ayatnya aku terlebih dahulu memotong kata-katanya.

“Sayang. You sayang i sampai macam ni sekali ke? Kenapa sayang? Kenapa? You tak percaya dekat i? Macam mana you tahu apa jadi dekat office i?”

Dengan begitu lembut aku cuba untuk buat isteri aku berterus-terang tentang apa yang jadi. Apa yang berlaku semuanya menuding ke isteriku. Wajah isteri aku ketika tu terpinga-pinga seakan tidak faham dengan apa yang aku katakan.

“Abang. Dengar cakap Aisyah dulu. Aisyah tahu pun dari kawan office abang sendiri. Dorang dari minggu lepas lagi datang rumah tapi Aisyah tak berani buka pintu. Abang sendiri tak izinkan.

Tapi maaf harini dorang datang dengan seorang perempuan dan katanya kawan dari office abang dan Aisyah pun keluar depan pagar je untuk jumpa dorang.

Ada benda penting dorang nak bagitahu Aisyah pasal abang tapi tiba-tiba dorang marah Aisyah, katanya Aisyah penyebab abang marah-marah dekat office. Abang jadi lain. Abang jadi pemarah sangat. Aisyah tahu dari situ abang.”

Lepas dengar apa yang isteri aku ceritakan aku sekali lagi cuba untuk proses dan faham. Aku jadi syak kepada isteri sendiri. Macam ada benda yang tak kena.

Semua yang dia ceritakan serba-serbi tak kena pada aku. Termasuk dengan apa yang dia pegang di tangannya. Bekas buruk bertutup kain putih tu buat aku berdebar.

“Apa benda ni sayang? Bekas apa you pegang ni?”

Terketar-ketar tangannya bila aku tanya apa yang dia tengah pegang. Aku rampas bekas tersebut darinya. Nampak wajahnya ketakutan.

“Allahu!”

Punyalah aku terkejut sampai hampir terjatuh kebelakang setelah kain putih yang menutupi bekas tersebut aku buka.

“Apa ni ? Apa kau cuba buat ni?!”

Dari panggilan sayang aku terus ber-kau aku dengannya. Aku jadi marah tapi tidak semarah bila aku berhampiran dengan perempuan lain. Apa yang buat aku terkejut ialah apa yang ada di dalam bekas tu.

“Kain kapan! Ni kain kapan! Ya Allah. Gambar aku…kala jengking…apa semua ni?!”

Aku jerit semahunya petang tu. Muka dia aku tatap dalam-dalam seakan menekan menuntut penjelasan.

“Abang..abang salah faham ni. Aisyah jumpa bekas ni dekat luar tadi. Aisyah ambil nak buang kat belakang. Tapi sebelum buang Aisyah nak tunjuk dulu pada abang apa yang Aisyah jumpa ni. Aisyah takut sangat bila tengok apa yang ada dalam bekas ni.”

Entah kenapa segala apa yang dia katakan aku tak mampu untuk percaya. Memang aku tak percaya sebutir pun yang keluar dari mulut dia. Terasa semuanya bagai lakonan. Apa dia fikir aku ni bodoh? Malam tu juga aku nekad. Aku dah buat keputusan masak-masak yang aku nekad nak lepaskan dia pergi dari terus membuat dosa besar.

Macam biasa aku masih tenang tak marah-marah tetapi aku masih waras dan boleh berfikir mana yang baik dan buruk.

Isteri aku ketika itu merayu untuk aku tidak meneruskan apa yang aku putuskan malam tu. Dia menangis semahunya. Seboleh akal dia mengatakan yang aku salah faham dan tak mungkin dia akan sanggup buat dosa besar macam ni sekali.

“Aisyah tak salah abang. Abang percayalah dekat Aisyah. Tolonglah..Aisyah merayu benda ni bukan Aisyah yang buat. Aisyah betul-betul jumpa benda ni dekat luar!”

Bermatian dia cuba untuk membela diri tetapi sudah terlambat. Aku sudah nekad untuk menceraikannya dan ya malam tu terlafazlah talak 1.

***

Sejak dari aku bercerai tu aku berhenti jadi marah-marah. Aku jadi normal semula tak ada masalah dengan mana-mana perempuan yang lalu berselisih dengan aku. Benda tu hilang serta merta. Berita tentang apa yang jadi pada aku adalah disebabkan angkara ex wife aku tersebar luas satu pejabat.

Staff-staff perempuan yang aku pernah maki cepat-cepat aku pergi jumpa untuk minta maaf dan aku jelaskan punca aku jadi macam tu. Mereka semua terkejut dan tumpang simpati serta memahami apa yang jadi & tak ambil hati dengan kelakuan aku yang teruk sebelum ni. Ada yang memaafkan dan ada juga yang masih tarik muka dengan aku.

Tapi Kak Diba….

“Kau tak tahu ke Kak Diba sakit teruk?”

Hafiz cerita semula apa yang jadi pada Kak Diba. Patutlah seminggu aku tak nampak dia. Kata Hafiz lagi Kak Diba kena gangguan halus dan ada orang tak puas hati dengannya. Disebabkan gangguan tu agak teruk suami Kak Diba tak benarkan dia bekerja di sini lagi. Kak Diba juga dibawa balik ke kampung halaman suaminya untuk berubat.

Tambah Hafiz lagi suami Kak Diba turut tidak benarkan kita rakan sepejabatnya datang melawat atau ambil tahu akan Kak Diba lagi.

Kata suami Kak Diba lagi dia perlu berjaga-jaga dengan salah seorang dari pekerja di syarikat kami yang ada kena mengena dengan apa yang jadi dengan Kak Diba dan itu semuanya merujuk kepada aku. Ya. Disebabkan aku Kak Diba tak pasal-pasal sengsara.

“Semua kat office ni salahkan kau Am. Katanya kau penyebab Kak Diba kena semua tu. Memang bukan kau pelakunya sebab kau sendiri pun mangsa but still dorang salahkan kau atas apa yang ex wife kau buat.”

Tak semena-mena mata aku berkaca. Disebabkan Aisyah yang terlalu cemburu orang lain yang tak bersalah dijadikan mangsa. Tak akan aku pernah maafkan dia seumur hidup aku.

***

“Sebab lain aku ke sini disebabkan aku masih terkena gangguan tu. Aku ambil keputusan untuk berhenti dari situ sebab tak tahan dengan mulut-mulut orang berkata itu ini pasal aku dan apa yang jadi pada Kak Diba.

Tapi lepas aku bercerai memang tak ada apa yang pelik terjadi. Tetapi bila aku resign dari situ beberapa hari kemudian aku terkena balik gangguan tu hingga buat aku hampir kemalangan.

Aku cerita semua ni kat Pak Cik Hamid. Dia lah yang suruh aku datang tinggal dan berubat di tahfiz ni. Dia nampak aku hampir separa gila bila nampak perempuan. Macam orang tak betul pun ya.”

Berbalik semula kepada aku (Iman), malam tu Seri Cempaka (bunian) datang sekali lagi berjumpa aku. Dia membawa peringatan yang sangat penting. Sempat dia berpesan agar aku ikut berhati-hati ketika menolong Am. Apa yang dikatakan Seri Cempaka buat aku terdiam kejap.

Esok paginya aku terus call Am untuk cerita apa yang aku dengar dari Seri Cempaka. Am tidak tahu kewujudan Seri Cempaka. Jika Am tanya dari mana aku tahu aku hanya akan mengatakan yang aku seorang perawat dan semestinya aku akan tahu serba sedikit ketika merawat pesakit.

“Kalau bukan dia yang buat habis siapa?! Apa yang aku cerita dekat kau semua menunding pada dia kan? Kenapa tiba-tiba kau cakap semua yang jadi ni bukan angkara…bekas isteri aku??”

Jawapan yang aku sudah agak akan keluar dari mulut Am. Dia menuntut jawapan dari aku berulang kali. Nampaklah dia memang tak puas hati dengan apa yang aku bagi tahu dia.

FLASHBACK SERI CEMPAKA

“Aku ke mari membawa peringatan. Bagai jawi ditarik keluan apa sahaja katanya sama ada buruk atau elok apa dia ikut menurut sahaja? Sahabatmu itu tidaklah lurus orangnya cuma hendaklah dia berpada-pada dengan sembarangan orang.

Tidaklah aku mahu menakutkan akan dirimu dan dirinya bahkan juga bukanlah si dia yang sahabatmu tunding itu puncanya. Kau juga harus berjaga-jaga karna aku khuatir jika kau terkena akan tempiasnya.”

Malangnya apa yang dihajati Seri Cempaka tidak menyebelahi aku sebab tak lama tu aku pun terkena sedikit tempiasnya. Tempiasnya bukan kecil-kecilan tetapi seakan mahu buat aku jadi persis orang gila.

Seakan mahu membuat orang yang dituju hajatnya itu seperti “gilakan” diri si penghantar. Aku sendiri seakan mahu gila korang bayangkan sendiri macam mana sengsaranya orang yang dituju sihir itu. Ya. Melihat kepada keadaan Am semasa tu memang sangat dasyat. Aku tak boleh brain dengan manusia yang sanggup buat Am macam tu sekali.

Tetapi berkat pertolongan dari abang aku dan sahabat tahfiz yang lain tak lupa juga pertolongan dari Seri Cempaka aku akhirnya berjaya pulih tetapi tidak sepenuhnya dan disebabkan itu Seri Cempaka meminta untuk aku mendapatkan bantuan dari “dunia” lain bagi membantu aku dan Am yang ketika itu sedang sengsara yang teramat.

“Aku titipkan akan engkau sepotong ayat ini. Rasmikan ia segera kelak membawa perkhabaran yang tidak enak. Apa engkau sedia?”

Aku tercengang kejap dengan apa yang Seri Cempaka cuba lakukan. Ya dia mahu membawa aku ke dunianya untuk berjumpa dengan seorang tua yang dia kenalkan sebagai Tok Putih.

Katanya dengan ayat ini aku dapat keluar dan masuk ke dunianya dan dengan cara ini juga aku dapat pulih sepenuhnya. Tetapi ketika itu aku lebih risaukan Am. Keadaan dia tidak ubah seperti gilakan seseorang yang dia sendiri tidak kenal.

Aku dan abang aku selalu jugalah terdengar dia merayu-rayu memanggil nama seseorang untuk datang menemani dia dan nama tu bukanlah nama ex wife dia. Masa dia merayu panggil nama tu aku boleh nampak seperti dia memuja seseorang yang dia gilai.

Persis drama orang psiko gilakan orang yang dia tak akan dapat. Tapi ada yang pelik pasal ni. Bila aku dan abang aku cuba untuk ingat balik nama yang dia panggil tu auto kami seperti hilang ingatan. Maksudnya di sini aku dan abang aku lupa nama yang Am pujakan sangat tu.

Am juga pernah jelaskan yang badannya terasa panas terbakar yang teramat sekali bila duduk dalam suhu bilik penghawa dingin. Jika dalam keadaan cuaca panas kejadiannya terbalik dia merasakan suhu sejuk yang tidak sepatutnya berlaku sehingga sanggup kemana-mana membawa sepersalinan 3 jaket tebal dan sarung tangan tebal.

Kepada semua pembaca ayat tersebut tidaklah dapat aku kongsikan di sini dengan kalian semua. Tersilap langkah tidak mungkin dapat diundur melainkan dengan cara berjumpa dengan SERI CEMPAKA.

Baiklah aku akan tamatkan semuanya dalam kisah terakhir yang akan datang di mana aku akan ceritakan semuanya bagaimana aku dan Am dirawat hingga sembuh sepenuhnya dan siapa sebenarnya yang berhasrat dengki dengan Awi.

Oh ya kalau nak diceritakan kembali tentang siapa Seri Cempaka ini ceritanya sangatlah panjang. Macam aku cakap tadi aku hanya mengambil POV dari Am untuk diceritakan kembali.

Kisah yang aku ceritakan sebelum ini di platform lain ada kekeliruan sedikit di mana aku ada terletak nama panggilan sebenar Am di situ.

Kepada semua pembaca IIUM Confession yang sudi luangkan masa baca pengalaman ini aku ucapkan berbanyak terima kasih. Tak mudah untuk aku ceritakan semua ini tetapi dengan keizinan Am dan ada sangkut paut dengan jalan hidup aku sendiri,

Aku nak semua yang membaca supaya jadikan sebagai pengajaran & iktibar habis je aku tamatkan cerita ni di kisah yang akan datang. Semoga bertemu lagi semua. Assalammualaikum.

– Iman Arsyad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Berselirat bahasa ko dik.
    Tapi cuma nak btau je, there’s no such thing as minta pertolongan dari Jin atau bunian utk berubat ya.Even kisah nabi sulaiman dlm al-quran pon dinyatakan, direct mohon pertolongan Allah.

    Kalau dah minta pertolongan lain tu boleh jatuh syirik.

    Akk pon ade la pengalaman sket berubat ruqyah. Tiada lain selain direct doa dr Allah melalui bacaan ayat Al-quran.

  2. Honestly, Seri Cempaka tu lagi sus aku rasa.. Jin/makhluk halus/bunian ni lagilah kita takleh nak caya, sbb kita sendiri tak tahu dia ni betul nak bantu kita atau ada agenda lain. Sdgkna manusia yg kita nampak ni byk yg jahat n berlakon baik… ni kan pulak yg kita tak nampak ni,

    Baik kau jauhkan diri dan disassociate diri kau n family dari seri cempaka or whatever not bunian yang jadi so called kawan ko tu..

    Tak yah nak husnuzhon n berkawan sgt la dgn makhluk tak nampak ni, benda ni boleh datangkan mudarat dari kebaikan je sbnrnya..

  3. i remember reading abt seri cempaka few years back on FS…tapi kisah dan orangnya seakan sama dan lama saya menunggu update kisah berkenaan seri cempaka si puteri bangsawan ini.. harap kali ini conf x hilang lama lagi ya..

  4. hentikanlah guna istilah “bunian” sebb nak alih drpd kefahaman org awam yg sebenarnya ada pergantungan kepada Jin…. Boleh jatuh syirik mengharapkan bantuan selain drpd Allah yang maha Kuasa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *