Terima kasih admin sebab siarkan cerita aku. Aku keliru dengan apa yang aku alami. Mungkin pembaca di luar sana boleh beri pandangan berkenaan apa yang aku alami ni.
Dari kecil aku selalu kene pukul dengan mak aku. Dipukul seteruk-teruknya. Sepuas hati mak. Aku diam terpaku. Biarkan sahaja mak pukul aku sambil mata aku merenung mak. Aku bukan budak nakal. Aku banyak menyendiri. Sebab kalau main dengan adik aku, dia akan menangis sekuat hati kalau kalah. Kalau dia tak puashati dengan aku pun dia menangis dan beritahu mak, aku pukul dia (padahal aku tak usik dia pun). Caci maki menusuk kalbu dah biasa aku dengar. (Anak babi. Haramjadah. Pegi mampus). Malam2 mak aku masuk bilik aku. Sapukan ubat sambil menangis. Cium aku. (Aku buat2 tidur). Setiap hari aku menangis teresak-esak sebelum tidur. Aku sedih dengan layanan mak pada aku. Setiap hari masa dalam perjalanan ke sekolah aku menangis sebab setiap hari aku kene pukul.
Mak selalu marah ayah. Mak membebel keburukan ayah pada anak2. Pastinya masa ayah aku tiada di rumah. Ayah aku jarang balik rumah. Sebulan sekali balik. Kerja di negeri lain. Cari rezeki. Tapi setiap kali balik, ayah aku minta duit dari mak. Mendidih juga hati aku. Ayah kerja luar, gaji untuk tanggung dia aje. Balik rumah patutnya bagi mak aku duit. Ni dah terbalik. Pelik aku. Nak hantar anak sekolah pun mak yang hulur duit. Mak selalu bergaduh dengan ayah berkisar niat ayah nak kawen lagi satu. Aku belum sekolah rendah lagi waktu tu. Aku boleh faham. Berkali2 berlaku. Mak selalu cerita kat aku. Sebab tu aku tak lari kalau mak aku pukul aku. Aku tak lari atau tak nak dengar setiap keluhan mak aku. Aku kesian kat mak. Susah payah besarkan kami 10 beradik. Yang lagi menyedihkan aku, mak aku cakap ayah tak peduli langsung kat mak aku masa mak aku mengandungkan aku. Bila mak mengandungkan adik aku, ayah aku dah insaf sikit. Dah belikan buah untuk mak aku. Dan bukan dalam kandungan aje ayah aku sayang adik aku. Tapi ayah aku buat tak endah je dengan aku. Apa salah aku..
Natijahnya, aku tak mampu nak tanggung lagi. Aku tak boleh nak neutral lagi. Cerita2 dan pengalaman tu jadi bayangan dalam hidup aku. Aku benci lelaki. Aku alergik kalau lelaki minta duit perempuan. Aku benci mak sebab pukul aku. Aku benci ayah sebab tak jalankan tanggungjawab dia.
Aku jauhkan diri dari mak. Jauhkan diri dalam diam. Walaupun aku setia dengar keluhan mak, tapi aku tak pernah cerita tentang life aku di asrama. Aku tak pernah share perkara2 yang aku suka, aktiviti aku. Kegembiraan aku bersama kawan2. Aku tak bercakap sangat dengan ayah. Sebab aku benci. Aku terkenal pendiam dalam keluarga aku. Padahal aku paling banyak mulut dengan kawan2.
Aku pernah berkahwin. Gagal kali pertama. Masa tu baru aku berbaik dengan mak ayah. Baru aku sedar mak ayah sayangkan aku. Allah uji aku dengan kesakitan, kelukaan. Baru la aku boleh hilangkan rasa benci.
Dugaan aku tak berhenti di situ. Aku berkahwin kali kedua. Dikurniakan cahayamata yang ditunggu-tunggu. Pada mulanya aku bahagia. Di samping cuba menerima perlakuan suami aku yang terkadang mirip ayah aku yang dulu. Aku naik hantu dengan anak-anak sepertimana mak aku buat kat aku. Cuma aku tak pukul dengan alat. Aku guna tangan. Bila sedar, aku rasa pilu sangat hati. Aku rasa sedih yang amat sangat. Aku tak nak anak aku rakam dalam otak dia apa yang aku dah buat pada dia. Aku tak nak anak aku alami apa yang aku rasa selama ni.
Walaupun aku berazam, terkadang kandas juga. aku jumpa psikiatri. Aku jumpa ustaz. Al hamdu lillah lama kelamaan aku makin ok. Cuma suami aku masih terkesan dengan apa yang aku dah buat kat anak2. Keluarga mertua pun dah sinis dengan aku. Mungkin juga suami aku ada mengadu masa dia sedih tak tau nak buat apa dengan sikap aku. Moga aku tabah dan kuat hadapi hari mendatang.
Aku tak pasti mengapa memori itu yang terakam dalam otak aku. Aku tak pasti berapa kali mak pukul aku. Aku tak pasti berapa kali aku kene maki sebenarnya. Mungkin juga tak selalu tapi kesan tu mendalam buat aku. Aku juga berdoa moga anak aku tak trauma dengan apa yang aku dah buat. Aku selalu pujuk anak aku doakan ayah sihat jika anak aku dimarah tanpa sebab. Aku juga pesan pada suami untuk pujuk anak bila aku marah mereka tanpa sebab. Aku cuba dedahkan anak2 tentang ruqyah. Supaya mereka mengerti mengapa tiba2 mak mereka berubah menjadi hantu. Supaya mereka sama2 doakan mak dan ayah mereka.
Aku manusia biasa. Moga Allah sentiasa lindungi aku dari jadi manusia kejam. Ngeri bila aku baca berita ayah sembelih anak. Aku takut aku jadi macam tu. Moga Allah kuatkan aku, anak2 aku, suamiku, keluargaku dan kita semua untuk hadapi ujian Allah..
– Anak2ku sayang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit