Girlfriend Ada Penyakit Suka Mengemas

Aku umur 40 tahun. Belum pernah berkahwin. Tapi sekarang ni tengah dilamun cinta la kiranya chewahhh. Tapi aku bukan nak cerita kisah cinta aku. Aku cuma nak mintak pendapat mengenai insan kesayangan aku ni.

Pendek cerita aku kenal girlfriend aku ni dari zaman sekolah. Aku namakan dia Yuyu la senang cerita.

Masa tu aku habis SPM dia baru form 4. Aku suka kat dia tapi member baik aku pun syok kat dia jugak. Adoi. Aku mengalah masa tu sebab nampak member aku punya effort lagi banyak dari aku.

Lepas tu aku tak amik tahu la hal diorang sebab frust sangat masa tu.

Dah habis belajar aku kerja. Aku pernah bertunang dgn orang lain. 2 kali bertunang. 2 kali tu jugak putus.

Lepas putus tunang kali kedua tu memang aku nekad tak nak hirau hal perempuan. Siap cakap kat diri aku tak nak kisah bab kawin ni. Tapi tu la hati manusia ni Allah yang pegang kan.

Lepas lebih kurang 18 tahun macam tu, siapa sangka aku terjumpa Yuyu balik. Kat daerah tempat kitorang membesar. Dia sorang masa tu. Aku takut jugak nak tegur sebab aku tahu dia dah kawin.

Walaupun aku pernah cakap tak nak amik tahu hal dia, tapi diam2 aku amik tahu jugak. Hehehe. Last aku tahu dia dah kawen dan ada anak sorang. Masa dapat tahu tu memang rasa hati aku berkecai. Terus aku tak nak tanya hal dia lagi.

Tapi masa tu aku nampak dia sorang aku berani tegur dia. Kitorang borak2 sikit lepas tu dia ajak aku minum. Mak aihhh seronoknya aku masa tu. Dah ajak minum ni mesti nak borak panjang kan.

Memang ye kitorang borak panjang. Masa tu la aku tahu yang dia sekeluarga pernah accident. Dia je selamat masa tu.

Masa cerita tu mengalir air mata dia. Tak sanggup aku nak tanya detail. Dia cakap dah 4 tahun berlalu. Masa tu kiranya dia dah kuat jugak la nak bercerita.

So pendek cerita lagi, kami terus rapat. Masuk tahun ni dah dekat 2 tahun serius.

Aku ada bagi hint ajak dia kawin tapi nampak dia macam tak ready. Lepas tu mesti dia cepat2 tukar topik. Aku pun tak nak paksa takut kang dia terus tinggalkan aku pulak. Tu paling aku takut.

Ok sekarang ni problem bukan kat hubungan kitorang tapi kat perangai Yuyu ni yang aku rasa agak pelik.

Satu hari tu aku whatsapp dia tak reply. Baca pun tak. Call tak jawab. Aku risau gila masa tu. tapi aku bagi masa lagi. Mungkin dia tertinggal fon kat rumah ke. Aku pun ada pasang gps tracker kat fon dia. So aku tahu dia kat rumah.

Bab gps tracker ni jangan salah faham pulak. Yuyu tahu pasal ni. Bukan sebab aku nak kongkong dia. Tapi untuk safety dia je. Ye la dia kat KL duduk sorang. Family kat Penang. Aku kat Johor. Jadi apa-apa senang sikit.

So pendek cerita sampai tengah malam Yuyu tak jawab call. Aku dah tak boleh tido. Macam-macam aku fikir. Sudahnya aku capai kunci kereta aku gerak KL malam tu jugak.

Lebih kurang pukul 5 pagi aku sampai area rumah dia. Tapi aku tak jadi masuk situ sebab mesti guard pelik pagi2 buta nak datang rumah orang. Lagipun rumah dia tu kena ada access card.

Aku call anak buah aku yang study KL ajak dia teman aku pegi rumah Yuyu. Lebih kurang 9 pagi aku sampai. Aku cakap kat guard tu aku suami residen situ aku call wife tak dapat.

Guard tu macam nak percaya tak percaya tapi aku cakap ni emergency. So dia bagi naik tapi ada guard yang ikut sekali just nak make sure aku ni bukan penjenayah.

Dekat 15 minit jugak la ketuk pintu. Baru Yuyu muncul. Mak aihhhh teruk keadaan dia masa tu. muka dia merah2. Mata pun tak boleh bukak habis. Aku check suhu dia 38c.

Dia minta maaf sebab tak jawab aku call. Dia cakap tak larat lepas tu fon silent mode pulak. Aku nak bawak pegi klinik dia tak nak. Dia cakap dah ada ubat. Pagi tu aku suruh dia breakfast dan rest je.

Sebagai lelaki budiman (chewah) aku pun pegi la ke dapur nak masakkan bubur untuk Yuyu. Aku pun tengok keliling dapur dia. Bersih berkilat kabinet. Aku tengok area laundry.

Ada 5 batang mop. 3 penyapu. 5 botol besar sabun basuh baju. 4 botol besar downy. 5 pek kecik downy. 3 botol disinfectant. 4 botol dettol.

Tu area laundry. Aku bukak kabinet dekat sinki. Ada 6 botol Sunlight. 10 pek refill. Beberapa plastik span basuh pinggan. Mungkin dia beli time tengah sale kot? Saja simpan stock agaknya.

Kabinet lain tak banyak barang. Yang ada bahagian simpan herbs. Kat situ banyak sikit barang tapi semua herbs yang dalam botol kecik tu. Maggi pun takde. Pinggan pun ada 5 je. Yelah dia duduk sorang.

Peti ais dia, masa aku bukak tu, hanya ada oren 2 biji dan butter sebekas. Kat area freezer kosong. Masa ni aku dah pelik. Takkan la yuyu ni tak makan apa-apa? Atau tak masak langsung?

Sudahnya aku order bubur Mcd je.

Sementara nak tunggu Yuyu jaga dari tidur tu, aku memang tengok rumah dia setiap penjuru. Bilik dia aku tak masuk la. Bilik lain semua bersih. Cadar katil macam kat hotel. Tegang tersusun. Ruang tamu bersih. Balcony pun bersih. Toilet jangan cakap la. Memang bersih wangi.

Dan time ni la aku baru tahu yang Yuyu penggemar pokok. Ada ruang kat rumah dia ni dia letak pokok2 hidup. Ada la dalam 30 pokok aku kira.

Aku tak sangka betul sebab dia tak pernah cerita. Dan aku terfikir yang selama ni aku tak pernah tanya yuyu makan apa. Aku cuma tanya dah makan ke belum. Bila dia jawab dah aku pun ok. Kalau dia jawab belum aku suruh dia makan.

Tapi aku perasan 1 benda. Setiap kali aku call, biasa aku tanya tengah buat apa. Dan dia akan bagi jawapan yang sama iaitu MENGEMAS. Kalau tak kemas dapur, kemas bilik. Tak pun kemas ruang tamu.

Kadang dia cakap kemas almari. Lipat baju. Basuh toilet. Kemas ruang tamu. Dia duduk sorang kot. Apa yang bersepah sangat rumah tu? Kalau sehari 3 kali aku call, 3 kali tu la dia tengah mengemas.

Ok sekarang aku nak tanya. Adakah normal perempuan macam Yuyu ni? Aku pernah terbaca pasal OCD. Yuyu ni OCD ke?

Aku nak tanya doktor tapi mesti doktor nak jumpa pesakit tu sendiri kan? Takkan tiba-tiba aku nak ajak Yuyu jumpa doktor psikiatri sebab rumah dia ada banyak sabun? Kang doktor pulak cakap aku gila.

Tolong aku selesaikan masalah ni boleh? Kalau betul Yuyu ada masalah macam OCD tu aku rasa aku kena bantu dia dapatkan rawatan. Tapi macam mana nak mula?

– Nyjah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *