Give Me Some Advices

Assalamualaikum Admin, terima kasih sebab pilih confession ni untuk disiarkan. Cuma confession ni adalah kiriman daripada seorang sahabat saya yang malu untuk berkongsi sendiri cerita beliau. Saya C&P saja untuk penelitian lanjut admin. Terima kasih.

…………………………………

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pertama sekali, maaf cuma mampu wakilkan sahabat baik aku untuk hantar confession ni. Terima kasih juga pada admin sebab sudi approve. Hasrat hati cuma nak berkongsi kisah sendiri dan di penghujungnya, mungkin nak minta nasihat dan pendapat dari para pembaca.

Mukadimah

………………….

Aku Hannan. Umur aku 28. Seorang grad uni awam. Sekarang bekerja dalam bidang profesional sebagai seorang pegawai.

Apa yang aku nak kongsikan ni agak cliche. Berkenaan jodoh. Bosan kan? Sama juga dengan beberapa topik lain yang dikongsikan di sini. Mungkin takda yang minat nak baca. Tapi kalau ada yang sudi, Alhamdulillah.

Aku tulis sini sebab nak kata-kata semangat je. Mungkin kalau aku baca komen korang, aku akan rasa lega sedikit.

Aku sekarang dalam stage lelah. Bukan lelah sebab asma. Tapi dalam keadaan hampir nak putus asa.

Sebab munasabab?

Dari aku sekolah rendah sampai sekarang, aku dapat apa yang aku nak. Kasih sayang keluarga, rezeki kewangan (walau tak mewah tapi cukup Alhamdulillah), akademik, kawan-kawan (walau tak ramai, tapi ada), kerjaya, sekarang Allah bagi rezeki ada aset sendiri kat dunia.

Cuma satu yang aku tak mampu nak dapat sampai sekarang.

Cinta dan kasih sayang seorang lelaki yang bakal bergelar suami.

Kenapa aku letak ‘bakal bergelar suami’? Sebab jenis aku, tak suka nak sia-sia dalam perhubungan dengan lelaki. Kalau dah in relationship, maksudnya aku serius nak bawa hubungan tu sampai ke alam perkahwinan. Aku nukilkan kisah ni kepada nombor ya untuk bagi senang faham.

Kandungan

………………….

#1

Dari umur aku 21, masa tu masih di tahun dua pengajian, aku berkawan rapat dengan seorang senior sekolah aku dulu. Dua tahun atas aku. Aku panggil A.

Tapi memandangkan masa tu fokus aku lebih kepada pengajian dan A pula baru start bekerja di sebuah syarikat swasta, maka hubungan itu jadi on off. Kami masih berkawan, A masih contact aku, malahan layan aku seperti layaknya seorang buah hati.

Masa berlalu. Aku tamat belajar. Dan memulakan latihan (kerja aku perlukan aku untuk ‘praktikal’ terlebih dahulu). Dan bila aku rasa aku dah bersedia untuk menjadikan hubungan tu pergi lebih jauh, aku dikejutkan dengan berita dia sebenarnya dah bertunang dengan orang lain.

Heart broken sangat aku masa tu. Aku bagitahu mak aku. Mak aku pun sedih sebab mak aku memang berkenan sangat dengan A ni.

A ajak aku jumpa untuk kali terakhir untuk beri penjelasan bila dia dapat tahu aku dah tahu pasal pertunangan tu tapi mak aku cakap ‘takpayah jumpa. Jangan jadi sebab perosak rumahtangga yang bakal dibina’.

Aku akur. Dia berkahwin dan sekarang dah beranak dua pun, masih terhutang penjelasan kenapa dia sanggup main-mainkan aku masa tu. Dan sudahnya aku anggap memang tiada jodoh antara aku dengan A.

Aku berdendam dengan A atau tak? Masa mula-mula ya. Aku sumpah seranah A. Sebab pada aku dia kejam. Layan perempuan lain sedangkan dah bertunang.

Cara aku tahu dia dah bertunang pun kebetulan je. Bukan sebab dia beritahu aku. Kalau kebetulan tu tak jadi, agaknya sampai harini aku masih ditipu hidup-hidup oleh A.

Tapi berdendam ke aku sekarang? Tidak sama sekali. Aku dah lupakan A dan aku cuma mampu doakan A dan keluarga kecil dia bahagia.

#2

Lepas dua bulan aku dapat tahu pasal pertunangan A, aku dapat panggilan kerja di bawah SPA. Aku rasakan itu satu hikmah untuk aku move on daripada A dan tidak terlalu memikirkan A lagi.

Pada masa yang sama, aku join satu laman web cari jodoh secara Islamik. Tekad dan niatku cuma satu je. Memang nak mencari calon dan tak mahu satu hubungan yang sia-sia.

Aku buat satu akaun palsu semata-mata untuk tujuan melihat calon. Pada semua calon yang dah dm, aku minta terus gambar bersama keluarga, aku jalankan taaruf sendiri bertanya pasal matlamat hidup dan sebagainya.

Daripada ramai-ramai tu, cuma seorang yang berjaya ‘tapisan’ aku tu. Aku gelarkan dia B. Aku teruskan taaruf dengan B.

B okay. 4 tahun berusia dari aku. Bekerja nun di Tanah Borneo juga sebagai penjawat awam. Cuma agak pendiam dan kebanyakan masa aku yang akan mulakan perbualan. Menjengah sebulan perkenalan, aku rasakan macam tak serasi dengan B.

Pada masa yang sama, masa tu aku rasa macam menipu diri sendiri sebab masih terkenangkan A. Tak senang rupanya nak move on dari A sebab kami dah kenal selama 7 tahun, hanya 3 tahun masa yang betul-betul kami berkawan rapat.

Jadi pembaca yang pernah alami heart broken ni, mesti faham apa yang aku pernah rasa ni kan?

Jadi, untuk elak daripada permainkan B dan B rasa dijadikan seperti rebounce, aku minta sedikit masa untuk sort out balik perasaan dan diri aku. Aku minta sebulan ‘rehat’. B tak cakap banyak. Dia setuju. Sebulan kami senyap tanpa berita.

Genap sebulan, aku contact B semula. Aku dah bersedia untuk mulakan semula dengan B dan tebus balik masa sebulan kami ‘rehat’. Namun, B sudah tawar hati. Katanya, tiada lagi perasaan buat aku. Aku redha. Salah aku juga. Permainkan perasaan B.

Peliknya tiada perasaan sedih langsung masa kami break untuk kali kedua. Masing-masing seolah-olah redha dan lega. Aku dah tak diikat dengan perasaan serba salah.

Dan aku rasa B pun dah jumpa petunjuk yang aku bukan untuk dia memandangkan sepanjang tempoh sebulan kami ‘rehat’ tu, B rupa-rupanya pergi menunaikan umrah.

Jadi pada aku, dia dah berdoa dan Allah dah beri petunjuk pada dia. So aku lepaskan B dengan rela hati aku.

Selepas B, aku biarkan kerjaya aku yang kawal hidup aku. Berkejar ke sana sini. Habiskan masa hujung minggu dengan kawan-kawan. Ada masa terluang, balik kampung. Aku bahagia hidup macam tu masa tu.

Hampir setahun macam tu, tanpa aku sangka, tiba-tiba B muncul semula. Bertanya khabar dan sebagainya. Aku awal lagi dah tanya B. Apa tujuan contact kembali? Kalau takda niat nak serius, usah diteruskan.

B kata nak kenal lebih mendalam dan ada rezeki boleh pergi lebih serius. Aku yakin dengan apa B katakan. Kami berhubungan kembali. Atas tiket ‘kawan’.

Tapi dalam hati aku masa tu, aku memang dah berazam, aku kawan dengan lelaki yang ada matlamat nak jadikan aku suri hidup dia. Kalau tak, aku takkan berkawan dengan lelaki.

Beberapa bulan hanya berwhatsapp (tak pernah call ya), aku jadi tertanya. Takda sebarang positive move dari B sebagai seorang lelaki.

Aku nekad. Berkunjung ke rumah B semasa hari raya untuk berjumpa B dan keluarga dia. Dalam hati aku, kalau B and keluarga dia okay, there should be no problem untuk teruskan.

Alhamdulillah keluarga dia menerima aku dengan baik. B pun okay. Lepas pertemuan tu, aku tunggu lagi B make a move.

Masa tu kawan-kawan aku dah bising, kata diorang aku yang sepatutnya bergerak kalau si lelaki lembab sangat. Tapi aku pegang adat wanita Melayu, malu untuk mulakan walaupun masa tu aku dah berani pergi ke rumah B untuk mencemar duli.

Tunggu punya tunggu, takda langsung hint dari B untuk pergi lagi serius sampailah aku dapat arahan bertukar ke negeri kelahiran B di semenanjung. Aku sangka masa tu Allah jawab doa aku sebab dekatkan aku dengan B, rupa-rupanya tak jadi macam yang aku sangka.

B agak susah nak balik semenanjung kalau takda cuti panjang dan kami tak pernah berjumpa sepanjang aku bertugas di negeri kelahiran B. Hubungan dengan B ni jadi tawar sebab kami cuma contact tak sampai setengah jam dan cuma bertanya hal-hal yang perlu. Orang kata takda ‘spark’ dalam hubungan.

Aku tanya pendapat senior yang lebih arif dan yang dah berumahtangga. Ramai cakap suruh lupakan je B. Sebab B terlalu slow. Aku mampu senyum je sebab pada aku walaupun perasaan tu takda sangat, tapi kami dah lama kenal. Agak sayang nak buang persahabatan tu begitu saja.

Sampai sekarang aku masih berkawan dengan B sebenarnya. Dan sampai sekarang aku tak pernah lagi bangkitkan hal hati dan perasaan pada B sebab pada aku, kalau B nak aku, dah lama dia cuba halalkan aku.

So yeah, sekarang kami kawan macam biasa. Terlalu jarang berwhatsapp tapi once in a while tu ada lah. Perasaan aku pada B? Lenyap terus. Ditelan ketawaran dek kelambatan B. Mungkin sekali lagi B bukan untuk aku. So aku ucap selamat tinggal pada B dalam konteks berpasangan.

#3

Beberapa ketika selepas B tu, aku decide untuk buka buku baru. Aku cuba pula mencari calon di satu lagi dating app yang tak memerlukan bayaran. Kalau pembaca tergerak dalam hati tu nak tanya, takda ke kenalan yang dekat2 sekeliling aku? Kenapa kena cari di website cari jodoh? Jawapannya takda.

Nature kerja aku tak memungkinkan untuk aku jumpa dengan orang lelaki yang single, available dan molek perangainya. Kalau ada pun, semua dah berkeluarga. Yang seboleh mungkin cuba aku jarakkan diri melainkan atas urusan kerja. Professionalism tetap aku jaga.

So kat dating app ni. Macam biasa aku tapis juga. Tak semua aku sebat ya. Strategi aku kali ni lain sikit. Aku letak gambar aku di kampung. Sebab aku memang orang kampung. So pada aku, kalau orang lelaki tu tak kisah, dia akan terima aku seadanya.

Akhirnya kenal dengan sorang ni, C nama dia. Aku awalnya tertarik dengan cara dia approach aku sebab agak unik. Kami berbual isu semasa di awal perkenalan tu. Bila tiba bab taaruf, aku tanya latar belakang diri dia. Dia berahsia. Banyak teka teki.

Aku sampai pelik apa yang susah sangat dia nak bgitahu pasal diri dia, kerja dia. Aku pamer sikap aku yang suka mendesak dan tekad tu untuk paksa dia bagitahu latar belakang dia. Akhirnya C reveal ya, aku menang.

C seorang penjawat awam gred biasa, berkhidmat di dalam ATM. ATM bahagian mana tu biarlah jadi rahsia aku. Patut susah sangat nak reveal, katanya rahsia negara. Kami teruskan taaruf.

Dari awal lagi C ni cakap dia letakkan diri dia di peringkat paling bawah sebab gred dia dan kesibukan masa dia jika nak dibandingkan dengan aku.

Aku katakan pada C, aku tak pandang pada gred dan pangkat. Asalkan orang tu serasi dengan aku dan perangainya elok.

Untuk masa pula, aku cakap aku kena tengok dulu sebab aku pernah bergaduh sebab kekangan masa untuk berhubungan ni. Ingat lagi B? So aku taknak aku dengan C ni jadi macam masa aku dengan B. Kurang masa untuk berkomunikasi sehingga menjejaskan hubungan.

Aku dah bagitahu awal pada C hanya kawan sahaja dulu untuk tengok keserasian. C setuju. Awal perkenalan, C ceritakan semua pasal diri dia. Kisah silam dia, keluarga dan kehidupan dia. Satu pun dia tak tinggal.

Aku mula2 terkejut sebab rupanya C ni seorang ‘bad boy’ dulu. Tapi sekarang C dah tinggalkan kegiatan lama dia. Aku terima apa dia cerita tanpa banyak soal. Sebab pada aku, kalau orang dah berubah, kita ni siapa nak judge orang?

Perkenalan kami macam biasa. Cara C ni dia suka call dan VC. Dia tak suka WhatsApp sebab dia takda masa disebabkan nature kerja dia yang tak menentu.

Untuk first time sesi VC, C tunjuk aku pada mak dia. Aku agak terkejut sebab tiba-tiba sangat. Aku tak bersedia. Tapi aku agak suka dengan cara C sebab dia agak berani and straightforward. Takda belok macam B.

Masuk sebulan perkenalan, C semakin kurang masa dengan aku. Katanya sebab banyak operasi. Aku faham.

Tapi perempuan. Macam biasa. Kau kata kau faham macam mana pun, kau masih nak orang sebelah sana contact. At least say hi ke, morning or night ke. So long ada berita, dah puas hati dah walaupun tak 24/7.

Kebanyakan masa bila aku dengan C ni, aku yang akan mulakan perbualan. Sebab aku perasan walaupun C kata takda masa, tapi kadang aku nampak dia online lepastu update status invite orang on game.

Jadinya aku agak sebal. Sebab pada aku, masa senggang kau tak digunakan untuk tanya khabar aku. Tapi gunakan untuk benda lain boleh pula.

Aku luahkan apa yang aku tak puas hati pada C. C cakap sebenarnya dia saja buat macamtu sebab dia rendah diri dengan aku. Dia kata kalau dia teruskan dengan aku, mampu ke aku bertahan. Sebab dia tak mampu nak bela orang lain dengan gaji dia yang macam tu.

Dia bagitahu gaji dia berapa and pecahan gaji dia digunakan untuk apa dan baki selepas tolak semua komitmen. Lepastu dia cakap mampu ke aku bertahan dengan nature kerja dia yang sentiasa tak cukup masa. Dia tahu lama2 aku akan give up sebab dia takboleh bagi perhatian yang lebih kat aku.

Lepas aku dengar apa dia cakap, aku speechless. Sebab tipu lah kalau aku kata aku tak fikir langsung pasal tu semua. Aku sedar benda tu semua penting walaupun aku tak kisah dengan gred dan pangkat dia.

Aku jenis tak kisah nak berkongsi apa yang aku dapat dengan orang yang bakal jadi suami aku tapi harus diingatkan tanggungjawab suami juga adalah untuk menyediakan makan pakai minum untuk isteri dan anak2.

Tanggungjawab dalam Islam tu wajib dilunasi juga walaupun kadar yang diberikan itu tidak mewah.

C cakap dia ada pilihan untuk naikkan taraf hidup dia sekaligus mampu menyara keluarga kalau dia berkahwin kelak.

Pilihan dia tu adalah memohon untuk menjadi sekian dan sekian di dalam ATM tapi pilihan tu memerlukan pengorbanan masa dan pengertian yang tinggi dari aku kalau aku sanggup untuk tunggu dia.

Aku terduduk. Bukan mudah untuk aku buat keputusan. Aku tak mampu nak beri jawapan masa tu. Aku cakap kat dia aku minta masa.

Aku buat istikharah. Aku berdoa kalau dia itu jodoh yang Allah dah tetapkan untuk aku, aku doa Allah permudahkan sesungguhnya. Sebab jujurnya aku dah mula sukakan dia tapi semacam ada halangan.

Sepanjang tempoh aku istikharah tu, C langsung tak contact aku. Senyap seribu bahasa. Whatsapp takda, call takda. Aku text, tak berjawab. Sudahnya aku senyap juga.

Aku mula fikir Allah dah jawab ke doa aku? C semakin jauh. Adakah bukan dia yang Allah pilihkan untuk aku? Aku selalu bertanya soalan tu dalam kepala aku tapi aku tak luahkan dekat orang.

Malam tu, aku istikharah lagi. Aku serahkan bulat-bulat pada Allah yang memegang hati. Aku minta Allah tunjukkan jalan, berikan petanda.

Esoknya, di saat aku dah mula berputus asa dengan C, tiba-tiba C call. Katanya ada operasi di kawasan berdekatan tempat kerja aku. C minta untuk jumpa. Aku setuju untuk jumpa. Aku mula bertanya balik diri aku, ini petanda Allah nak tunjuk ke atau apa?

Dalam hati walaupun aku dah berpatah arang, tapi seakan macam timbul balik bunga harapan. Aku jumpa C untuk pertama kali. Aku tenang.

Aku suka tengok C. Kami jadi diri sendiri. Kami makan sambil berbual namun tak lama sebab C perlu bergegas balik ke pangkalan. Oleh kerana masa yang singkat tu juga, kami tak sempat nak bangkitkan persoalan tentang hala tuju hubungan kami.

Pulang dari perjumpaan dengan C, C call lagi. Minta maaf sebab masa singkat untuk cerita panjang lebar. Aku layankan je apa C cerita. Aku happy. Esoknya kakak2 di pejabat tegur. Kata diorang muka aku berseri. Aku memang rasa ni penangan sebab dapat jumpa C.

Hari yang aku tulis confession ni, adalah selepas 8 hari sejak aku berjumpa C untuk pertama kali. Walaupun balik dari berjumpa tu, aku katakan C ada call aku dan sebagainya, tapi semuanya hanya setakat itu.

Aku ingat semua dah okay balik tapi tiga hari selepas perjumpaan tu, tiada khabar dari C. Aku text, dia jawab sepatah. Aku minta untuk dia freekan masa sebab aku nak call dia, dia tak jawab.

Aku mula bingung balik. Kenapa C sekejap macam ni, sekejap macam tu? Dan sebagai perempuan normal, aku tak boleh lari dari membuat andaian yang C tak berminat dengan aku lepas jumpa aku tu.

Mungkin dia tak berminat dengan fizikal aku atau aku tak cantik pada dia. Tapi dia selalu VC aku sebelum ni. Kalau tak cantik, kenapa tak tolak dari awal? Aku jadi pening dengan keadaan dia.

Sebab dah selalu sangat perasaan aku dibolak-balikkan oleh C, aku nekad text dia untuk berhenti dari semua ni. Aku tak suka dipermainkan macam anak patung. Aku taktahu dia balas ke tak sebab lepastu aku block C sekejap.

Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku bukan lagi budak kecik yang sikit-sikit nak block orang kalau ada apa-apa jadi. Aku kena rasional. So aku decide untuk tak block C dan biarkan C maintain sebagai salah seorang contact aku sampai sekarang.

Cuma pada aku, C jadi macam tu sebab dia dah tak nak teruskan berkawan dengan aku. Jadi bila orang dah taknak, kenapa kita nak terhegeh-hegeh ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Maka aku sekarang dalam proses move on daripada C pulak.

Mungkin korang boleh bagi pendapat apa sebenarnya yang C nak? Atau adakah aku yang terlalu terburu-buru membuat keputusan ?

Serious penat nak fikir benda-benda ni.

Kesimpulan

………………….

Jadi begitu lah kisah aku serba sedikit. Aku tak cerita detail sangat lah takut orang bertambah bosan bila baca.

Apa yang aku nak sangat minta pendapat dari pembaca terutamanya wanita adalah apa yang aku perlu buat untuk dapatkan pasangan hidup aku? Sebab Allah cakap suruh usaha kan. Tapi bila aku dah usaha, macam2 pula jadi.

So adakah aku sebenarnya patut tunggu je sampai pasangan aku muncul depan mata?

Aku sedar ramai akan cakap enjoy your life first. Masih muda baru 28. Akan ada juga yang cakap ada yang umur lebih dari aku pun tak jumpa lagi jodoh dia.

Aku tahu semua tu. Tapi situasi orang semua tak sama. Aku selalu berdoa nak rasa mawaddah dan sakinah dalam berumahtangga tapi setakat ni nampaknya doa aku belum dimakbulkan.

Aku dah hampir putus asa sampai aku pernah cakap kalau takda juga pasangan sampai umur aku 30, aku tekad akan ambil anak angkat untuk temankan aku nanti.

Aku mohon tips berguna dari kakak-kakak atau abang-abang pembaca sekalian yang mungkin ada pengalaman serupa susah bertemu jodoh tentang apa yang patut dilakukan semoga urusan jodoh ini dipermudahkan.

Aku sebenarnya seorang yang rasional tapi bila tiba bab hati perasaan semua ni, aku jadi b**** dan agak kebudak-budakan. It’s a regret though. Sobs

Untuk pengetahuan juga, aku tidak lah terdesak sangat untuk mencari. Tapi apa yang buatkan aku usaha semula adalah disebabkan mak aku yang dah start bertanya.

Sebab mak aku jarang nak masuk campur hal peribadi anak-anak. So bila dia dah start tanya tu, maksudnya dia nak lah tu anak dia ada pasangan.

Jadi sampai situ je lah dulu. Terima kasih sanggup baca sampai habis confession yang tak semenggah mana ni.

Yang kebingungan,

– Hannan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *