Assalammuaalaikum, perkenalkan nama aku Sara (bukan nama sebenar). Aku dah berkahwin Alhamdulillah dah setahun lebih dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Maaf kalau apa aku nak luahkan kat sini agak remeh bagi korang tapi aku buntu. Tak tahu macam mana cara nak selesaikan. Kadang2 rasa macam nak give up atau maybe aku jer yang over melayan perasaan.
Sejak aku pregnant & dah habis pantang, aku perasan sekarang husband aku dah jarang sentuh aku. Kekadang aku yang over, tapi dia macam tak nak jer layan aku.
Alasan husband aku, dia penat kerja. Sedangkan aku pon bekerja. Pergi subuh balik dah nak maghrib. Plus, aku akan settle kan anak dulu bagi susu etc dan sambung masak kat dapur lepas balik kerja tu..
So nak cakap penat tu, macam cliche sangat kan. Aku rasa macam dia dah takde hati kat aku.. rasa macam aku ni buruk ke? Dah tak cantik ke? Sebab aku baru lepas beranak? Tapi ni baru anak sorang.. aku jadik down.
Aku dah confront dia tapi dia just cakap sebab dia penat kerja. Habis ni aku?? Bukan aku nak every single night pun. Ish aku segan sebenarnya nak cerita bab ni tapi tulah aku buntu.
Takde tempat nak luah. Takkan aku nak luah kat member aku kan? Takkan pulak nak luah kat family? Memang takla, boleh malu jer nanti.
Untuk pengetahuan korang, aku dah try macam2 dah. Dah beli nightwear macam2 jenis just for him. Setiap khamis aku akan make sure cadar baru. But still, hambar…
Aku tak tahu lah mungkin dia dah geli kot tengok aku. Yelah stretchmark pon still berbekas lagi.
Orang lain yang baru setahun jagung kahwin mesti lah masih ada kan spark tu.. aku ni pon setahun jagung lagi tapi tulah dah makin hambar.
And aku dah slowly give up. Aku rase macam okaylah kalau dia tak nak takpe aku takkan paksa dia.. but bila dia nak nanti aku pulak akan jual mahal balik.
Biarlah dia nak cakap ape, selama ni aku rase aku macam pengemis jer yang nak mengemis perhatian & belaian dia.
Berdosa ker aku kalau aku buat macamtu? Sedangkan dia pun buat aku macamtu.. tak peduli pun apa aku rase. Baru anak sorang dah macamni.. sedih aku rase. Mungkin betullah aku dah tak cantik..
Sorrylah terpanjang pulak menulis. Aku just nak meluah sebab benda macamni aku taktahu nak rujuk sesape.
Aku tahu yang aku just kena directly tanya husband aku jer, tapi tulah jawapan nya tetap tak memuaskan.. penat keje je.. hmmm.
Last but not least, Thanks for reading.
Isteri yang tersakiti,
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit