Aku rasa, aku terpanggil untuk menulis berkenaan topic yang berkaitan rapat dengan Glass Skin Fenomena ni.
Adakah korang pernah terfikir collagen atau peptide tu asalnya dari mana? Pernah cuba google hydrolyzed collagen tu apa? Pernah check source dia dari mana?
Aku intro dulu. Dari kecil, aku bukanlah seorang rupawan. Tetapi Alhamdulillah cukup sifat. Kulit aku jenis kering sekering Padang Pasir Sahara.
Bukan tu je, sensitif tu tak boleh bawak bincang. Salah makan je, naik kudis, dan gatal gatal pastu tinggal parut. Minum susu, atau ambil dessert lebih sikit, confirm jerawat. Burn, gelap, uneven skin tone. You named it.
Aku bukan dari keluarga senang. Ada juga aku pergi klinik kulit sekali dua.
Mostly Doctor tu hanya state the obvious — “oh kulit awak ni kering dan kombinasi. Pakai product ni, ni, ni. Avoid product dan makanan sebigini etc.”
Tapi akhirnya, sama juga. Tapi logic la. Zaman dulu, internet pun dialing pun pakai wayar. Belum ada Wi-Fi. Jadi ilmu tu terhad. Nak bandingkan waktu sekarang, banyak resources.
So, dari dulu, aku ada habit membaca di kedai kedai farmasi tentang bahan bahan dalam skincare. Aku ingatkan aku sorang je yang OCD begini, kena check ingredients bagai.
Tapi, bila aku follow banyak beauty guru on media social ni, aku sebenarnya tak keseorangan. Shout out to IG beauty yang sering layan soalan soalan aku.
Jadi aku tertarik nak cerita tentang Glass Skin Fenomena yang sumpah viral. Kejap kejap trending on twitter, kejap kejap product ni pulak naik.
Background check kejap, aku belajar bidang pemakanan. Insya Allah aku arif jika orang ingin bertanyakan tentang kesihatan dan ingin kurus.
Berbalik pada persoalan di atas.
Kebanyakan collagen atau peptide adalah sejenis PROTEIN. Bila kita breakdown, akan jadi AMINO ACID. Kalau banyak amino acid bergabung, akan jadi PEPTIDE.
Kalau CARBOHYDRATE, usulnya adalah plant based, gula, susu.
Kalau PROTEIN ada dua, high biological value yang asalnya dari binatang atau low biological value yang kebanyakannya asal dari tumbuhan. Tambahan tentang protein, protein ada 20 NAMA — essential and non-essential amino acids. Yes, 20 NAMA guys.
Manakala LEMAK/FAT juga ada dua asal usul, sama ada tumbuhan atau binatang.
Berbalik pada peptide atau collagen tadi. Ia adalah protein based. Dan asal kebanyakanya dari binatang. Tak kesah binatang apa. Babi, kuda, lembu, biri biri, ikan, susu (tak kesah susu siapa) dan pelbagai.
The cheapest source of course babi. Sebab paling senang nak pelihara dan membiak. Kalau ianya marine source – biasa aku nampak datang dari ikan atau udang. Insya Allah selamat.
Tapi kalau dia kata HYDROLYZED. Haaa kena hati hati. Sebab dalam proses hydrolyzed ini memerlukan ENZIM untuk breakdown the protein untuk kita dapatkan khasiatnya.
Jadi buka balik buku teks Sains, ENZIM banyaknya dari perut, ada juga yang plant based or synthetic. So kalau dalam cosmetic pakai source dari mana? Haaa. Ini yang musykil.
Aku nak selamat, aku pakai product yang ceritified VEGAN atau yang ada logo HALAL. Aku akan buat bacaan sikit sebelum beli product. Hatta beli sabun basuh baju sekalipun, aku check ada logo halal atau tidak.
Aku pernah cuba The Body Shop. Sebab dia 100% Vegetarian. Dan it really works on my skin. Kadang saje nk tukar product. Aku pernah pakai M*** K** kejap.
Kalau korang perasan, product depa ada peptide. Aku pernah tanya beauty consultant, menatang apa peptide. Tak boleh jawab babe. Dia punya divert soalan tu, macam waze recalculate route. Akhirnya, dia block aku. Dah tak promote dah product dia.
Aku pernah email C****que, tapi sampai sekarang, dia tak reply. Kata nak get back to me. Palehotak dia.
Antara brand lain aku pernah email seperti H*d* L*b*, Dr Mor**** dan banyak lagi aku tak boleh recall. Majority product dkt Sapurah pun, aku email. Ada yg certified vegan, ada yang tak.
Aku suka product international, sebab bila dia reply, dia akan jujur. Sifat ini yang kita mahukan. Kalau dia bohong, aku kira, antara dia dengan Allah. Dan antara aku yakin atau tidak.
Kalau product international, tapi emailnya local Malaysian. Tak payah la buang masa, confirm
tak dapat jawapan. Tapi bukan semua, masih ada yang reply.
Sama juga dengan kalau product Made in Malaysia, pengasas dari instafemes, yang jawab tu staff dia bro. Staff akan dilatih menjawab mengikut skrip.
Bezanyaaa… kalau product International tadi, walaupun staff jawab, staff tu akan attach sekali certification Vegan/Halal status dia.
Aku tak kesah kalau non-Muslim nak pakai apa. Tapi aku honestly kesian dekat Muslim. Sebab aku tengok rata rata yang nak up sangat, is budak melayu islam ni ha. Pastu aku terdetik, wudhu’ nanti bagaimana.
Ok la, sebelum ni tak tahu. Mungkin, itu tugas aku memberitahu.
Dan aku faham, HALAL tak semestinya berkualiti. Tapi bagi aku, much better than non-halal or tak tahu origin.
Dan VEGAN, tak semestinya bagus sebab Allah dah menciptakan macam macam atas muka bumi ini. Tapi bagi aku lebih selamat.
Okay tu je aku nak sampaikan. Semoga bermanfaat.
– N.G (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit