Hi semua. Baru ni kat hot fm, ada caller luah dia rindu perempuan yang dia kenal 21 tahun dulu tapi dia dah berkahwin ada anak bini.
Aku tengok ramai betul kecam dia. Aku ada kisah lebih kurang sama. Dah berbelas tahun lepas. Sekarang ni umur aku late twenties. Dah berkahwin.
Zaman sekolah dulu aku kenal seorang perempuan ni. Kenal tu tak lama pun tapi kitorang memang clicked. Ngam sangat. Aku masa tu rasa Ya Allah ini ke jodoh? Hahaha. Aku kenal tu through phone je. Tak pernah jumpa. Dapat kenal siapa dia dan tengok muka dia pun lepas kitorang dah ngam.
She was perfect. We were good friends, at least to me. I don’t want to describe things we did, only that they were some of the best moments in my life.
Bila aku finally tengok gambar dia dan kenal siapa dia. Aku rasa both excited and inferior. She was just on a whole another level.
Tapi benda tu tak kekal lama. Aku sangat naif dan shit happened. She asked to stop. Aku tak pujuk dia pun. Aku cuma cakap ok. Aku tak nak kena maki. Aku takut. Aku tak nak kenangan indah tu jadi buruk. Jadi aku hormat keputusan dia. Bodoh juga la aku ni dulu.
Lepastu aku jalani kehidupan macam biasa. Aku tak boleh nak contact dia dah sebab dia tukar nombor phone. Dari sekolah sampai uni aku cuba trace dia tapi tak dapat. Hilang macam tu je.
Dia tak ada social media. Aku nak cari family member dia pun, aku tau nama pertama bapak dia dengan adik beradik dia je. Bukan nama penuh. 8 tahun aku cari tu tak jumpa apa2.
Satu hari tu masa pkp, aku mimpi dia datang minta maaf kat aku. Aku masa ni dah dalam relationship dengan wife aku yang sekarang. Bila aku bangun tu, entah macam mana aku dapat ilham untuk terus selongkar google.
Bayangkan 8 tahun aku mencari tak jumpa apa apa, tapi haritu, lepas bangun dari mimpi tu, aku jumpa article pasal family dia dalam surat khabar. Aku tengok nama adik beradik dia ada dalam tu. Aku masih ingat sorang sorang walaupun dah lama.
Daripada situ aku dapat trace social media parents dia. Aku tak tahu nak describe perasaan tu macam mana. Macam aku achieve something yang sangat wow. Bertahun aku cari baru sekarang jumpa. Happy sangat.
Aku scroll gambar2 dia dengan family. Aku ingat lagi dia cakap dia adore sangat dengan adik bongsu dia, muka diorang hampir sama.
Aku cerita benda ni kat gf aku (wife sekarang). Dia siap cakap dia sanggup undur diri kalau aku tak boleh move on. Tapi aku in denial. Aku cakap kat gf yang aku ni bukan tamak. Buat apa aku nak kejar benda yang tak pasti.
Aku pun bukan siapa2 dalam hidup perempuan tu. Sangat possible untuk dia tak ingat aku pun. Aku pilih untuk stay dengan wife aku. Aku ingat semuanya akan okay. Lagipun sense of responsibility aku sangat tinggi.
Lepas kahwin, wife aku complain yang aku jarang initiate apa2. Aku macam janggal nak mulakan. Nak bermanja semua yang memerlukan physical touch tu, aku susah nak buat. Aku rasa macam aku curang pada perempuan tu, padahal ni wife aku.
Aku tak pernah terfikir benda ni sebelum kahwin, muslim mana ada sentuh2. Apa yang aku rasa ni, lebih kurang macam dalam lagu “glimpse of us”.
Aku bukan tak sayang wife aku. Sayang. Aku nak happy kan dia sampai kami tua. She deserves all the happiness in this world sebab dia sangat baik. Aku yang bermasalah. Aku kesian kat wife aku. Dia tak sepatutnya dapat suami macam aku.
Aku bukan nak angkat diri sendiri tapi wife aku selalu puji aku ni suami yang baik. Di mata dia mungkin aku ni the perfect husband. Dia cerita bila kawan2 dia complain pasal suami masing2, dia rasa bersyukur sebab aku lain.
Dalam dunia ni, mana ada benda sempurna. Macam tu la aku. Kalau wife aku tahu apa isi hati sebenar aku, mesti dia kecewa gila.
Aku baca komen2 makcik bawang yang maki caller hot fm tu, cakap dah ada anak bini tak payah sibuk ingat perempuan lain etc.
Benda ni, rasa ni bukan aku yang minta. Aku tahu aku jenis setia, tapi aku tak tahu sampai tahap ni sebab dulu aku dengan perempuan tu tak bercinta pun. Walaupun apa kitorang buat tu agak menjurus ke arah itu.
Benda ni penyakit ke? Aku kena jumpa psychologist ke? Macam tak je kan. Time will heal.
Sekarang ni, aku hampir hari2 buka socmed mak dia. Aku tak tahu macam mana someone so perfect masih belum kahwin.
Kadang aku terfikir, dia pun sama macam aku ke? Tak boleh move on. Tapi tak mungkin. Aku buka socmed mak dia, hari hari aku berdebar.
Macam mana kalau tiba tiba mak dia up post dia dah bertunang, dah berkahwin ke. Aku rasa aku akan agak broken. Tapi mungkin juga lepas tu aku boleh move on. Entahla aku pun tak tahu.
Aku pun tak tahu kenapa aku cerita ni. Mungkin sekadar nak luahkan. Bukan berharap apa pun.
Aku skip sangat banyak detail untuk hide identiti aku. Aku terima kalau kena maki. Tapi tolong doakan aku. Sekurangnya supaya aku boleh terus bahagiakan wife aku dan jaga family aku.
– PencintaOyen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Simple je, cuba bayang kalau isteri awak xleh move on dgn 1st love dia, mesti awak sebagi suami rasa shit dan useless gila kan.
Kdg2 1st love ni indah dlm memori je, bila dah lama2 duk serumah hampeh. Tapi kalau rasa xleh move on 21 tahun lagi, sila ceraikan isteri yg skrg. Jangan bazir masa dan tenaga dia. Dia bukan backup plan awak. Jadi lelaki tu kena berani sikit buat keputusan.
mungkin boleh p berubat. teruk sgt dh ni.
in fact, saya pon dalam relationship dengan lelaki mcm ni skrg…jujur saya ckp sangat sakit..kami dah bertunang, but still dia msih in connection dengan family ex gf dia..post story psl engagement kitorg just to show off to his ex gf mom. Sebelum ni saya stalk fon dia, saya nmpk dia msih save no makcik tu.. and saya delete.. bkn sekali ye.. berkali-kali saya delete tpi nnti mesti ade lagi contact mkciktu..yee dia save again and again. Saya smpai tahap rasa macam am i not enough to him….korang rasa mcm mna.. patut ke saya stay dlm relationship mcm ni hmm? help majlis kawin saya lagi 5 bln.. hati saya rasa ragu-ragu sbb dia baik, cuma sikap dia yg satu ni btul-btul hancurkan hati saya..
Run dik. Red flag sangat2 tu. Nanti makan hati je.
Move on la bro, kamu dah buat pilihan, jangan yang ada keciciran. Bab Cinta Monyet ni hampir semua lelaki rasa. Pijak atas tanah
Percaya tak, mungkin ada lelaki lain tengah stalk wife awak juga. Tengah tunggu korang bercerai supaya dia boleh masuk jarum. Siapa tau kan?
Ini semua hasutan syaitan je. Tu ada sekor atas tingkap rumah namanya jin dasim nak sangat korang bergaduh laki bini pastu bercerai.
Banyakkan selawat ye. Doa sungguh2 pada Allah mintak Allah tolong kita lupakan. Allah yang berkuasa pd diri kita ni.