Glow & Grow

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca IIUM Confession. Terima kasih IIUM Confession sudi muat naik coretan aku.

Aku terbaca kisah “Karma” (https://iiumc.com/balasan-karma/) dalam confession sebelum ni, yang Remy cerita kekesalan dia memainkan perasaan orang, dan akhirnya diperlakukan hal yang sama.

Sedikit sebanyak terkesan di hati aku, lalu membawa aku ke sini. Kembali ke kisah bertahun2 yang lalu terjadi pada aku.

Aku Heels. 27 tahun, Ofkos bukan nama sebenar. Dulu aku seorang yang sangat naif, seorang pelajar yang tekun, anak perempuan yang manja, dimanjakan umi, walid kakak, adik dan disayangi orang sekeliling, tapi bukan spoiled brat.

Aku disayangi keluarga, lebih-lebih lagi setelah arwah walid meninggal sejak aku kecil.

Aku ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluargaku. Adik beradik aku 3 orang je, semua perempuan. Dididik dengan ilmu dunia dan akhirat, dan tidak pernah terabai. Keluarga aku berharta, namun aku bukanlah jenis yang bermewah, cukuplah aku tidak meminta.

Fast forward aku berjaya ke Universiti di ibu kota, alhamdulillah aku sangat cemerlang, menjadi pujian pensyarah serta sahabat handai. Aku dipenuhi rahmat yang melimpah ruah yang aku syukuri, cuma satu sahaja yang belum aku temui : Cinta.

Selama aku hidup, belum pernah sekalipun aku berkenalan rapat dengan lelaki. Bukan kerana aku syok warak pakej nak hantaran Al Quran tulisan tangan sebagai hantaran,

Tetapi memang aku takda kawan rapat lelaki, di samping memang aku cuba menjaga diri, setiap lelaki yang aku suka, memang akan ended up berjodoh dengan orang lain.

Ya, aku takpernah “sempat” kenal rapat dengan sesiapa. Aku kenal Cinta dari buku cinta islami yang aku baca, dan movies islami. Cis, naifnya sepasang Heels.

Bila dah makin dewasa, terdetik di hati untuk cari jodoh dengan serious. Nak cari through dating apps risau kenal org aneh aneh, until one time aku terjumpa kawan lama aku di social media, aku namakan dia Abrar Farhan.

Ya, sama macam Remy yang jumpa kawan dia di social media jugak.

Pendekkan kisah, Kami berbalas mesej. dan tak lama kemudian, aku beritahu Farhan yang aku mencari pasangan hidup.

Ya, straight forward sbb aku taknak main-main. Aku perempuan yang bold, di samping ke naifan ku. Ceh. Dia terkejut, tapi boleh terima cara aku. Aku sukaa sebab dia tak judgemental.

Long story short lagi, dia berjaya buat aku yakin yang dia seorang lelaki baik. Setelah few months kenal, Agama-wise, dia hebat. Akhlak-wise, bagi aku dia terbaik, academic-wise, cemerlang, tinggal jauh di selatan. dan Disini mula silap aku, aku Jatuh Cinta.

Jatuh Cinta ni, benda yang perlu kau semai dan baja subur lepas kahwin, bukan sebelum kahwin. Rasa “suka” itu normal, namun “Cinta” ni bahaya.

kalau jatuh Cinta pada orang yang betul, kau hanya perlu jaga iman kau agar tak terlanjur zina, cepatkan perkahwinan. Itupun sudah ramai yang gagal. Tapi ramai juga yang berjaya halalkan, jaga hati sehingga halal.

Worst case? jatuh Cinta pada yang SALAH. Kau akan buta, nak. Buta dan tuli yang dia bukan calon pasangan yang baik untuk kau sepanjang perkenalan,

Dan keadaan jadi makin teruk bila kau redha berkorban apa sahaja untuk CINTA seorang lelaki/ perempuan yang haram untuk kau, dan merosakkan kau. Alasan kerana kau Cinta. Bahaya.

Dan yang worst case tu, terjadi pada aku. Tapi yang dirosakkan Farhan pada aku, adalah ‘mental health’, dan “jiwa” aku.

Awal perkenalan, Aku di love-bombing dengan cukup hebat, sampai aku rasa akulah wanita paling gembira dalam dunia. Aku syukuri lafaz janjinya untuk nikahi aku, dan aku pegang semua janjinya.

Dia janji nak didik, jaga, lindungi aku, since aku dah takda walid kan. Aku tersentuh dengan niatnya. Dan aku percaya. Dia puji aku semua aspek, cakap aku perempuan cantik, berakhlak berbanding perempuan lain. Makin gembira aku. Naifnya aku.

Kami berbeza berbeza university, dan jadual cuti juga berbeza, jadi susah untuk plan bertemu.

syukur tidak pernah bertemu.

Namun selalu berbalas mesej. Dia ada call Umi, dan berbual lama, siap cakap soal kahwin. Lagilah aku percaya dan berbunga. Ternyata, semua tu tak kekal. Farhan iguana rupanya.

Salah aku, terlalu naif. Aku fikir semua orang berniat seperti aku, “taknak main-main”, disela kebodohan aku yang tidak follow route perkenalan yang halal.

Aku tak pakai orang tengah, terlalu cepat jatuh cinta dulu, dan tak semak kriteria-kriteria lelaki yang baik sebelum cuba bertahan. cinta buta, sampai gelap mata pada tujuan pkenalan yang sebenar, gelap mata pada “petunjuk”.

Kalau tujuan nak kenal sebab nak kawen kerana Allah, kenapa kau buat benda haram? Benda kalau dah haram, kau takkan bahagia. Kenapa kau sedih bila benda haram terhalang?

Bila benda tu dah haram, kau takkan gembira dalam masa yang lama.

Sebab gembira ni datang dengan redha Allah, kalau kau gembira dengan yang haram, bersedialah untuk sakit, sebab Tuhan kau tak redha.

Sejernih mana pun niat aku, ia takkan halalkan cara yang haram. Aku yang Buta.

Berbalik pada kisah aku tadi, Ya Aku pernah tanya plan masa depan, dan dia ada beritahu janji-janjinya, dan menyuruh aku menunggunya.

Aku redha, naiff.

Lama kelamaan dia berubah. Aku rasa, Dia mula sedar yang janji2nya tu BEBAN untuk dia, yang masih berjiwa muda. Dan aku syak ada benda yang mula “tak selari” dengan dia, dalam diri aku.

Aku tak push pun, cuma bila sampai satu tahap, Dia yang makin jauh.

Dia dah jarang mesej aku dah, tak call Umi dah, dan mula up story tentang “apa yang kita mahu, tak semua kita dapat”, up story tentang bestnya single, aku betul2 keliru.

Tak lama lepas tu, dia mula hide stories di Whatsapp, kemudian di Facebook, dan mula tak mesej langsung, hingga macam strangers, dan dia act single and available.

Aku yang sebelumnya di love-bombing tanpa missed, disayangi, di care for, mula miserable bila kena palau.

Aku tercari-cari salah aku. Aku tak pernah kecewakan dia, cuma pernah tolak video call sahaja. Rasanya tak salah aku tolak, sebab bagi aku melampau. Sejak banyak request mengarut aku tolak, makin jauh dia dari aku.

Entah apa salah aku. Aku “nak” Perhatian mcm dulu, rasa dijaga, disayangi sebagai calon yang akan dihalalkan, walau sekadar bermesej sahaja, takda call takda apa pun. (nak muntah bila ingat smula).

Aku kecewa teruk. Emosi aku tak stabil, dan aku hilang “jiwa” aku. Lose track, lose mind, lose interest in hobbies, everything. Aku takboleh tidur, takdapat fokus. Satu je berlegar di benak aku, Apa salah aku?

Aku yang dulu tekun belajar, mula skip class, tak study untuk kuiz, presentation aku teruk, jadual makan abnormal dan binge eating 24 jam.

Aku mula terasing dari kawan2 satu asrama, aku skip kokurikulum, skip my favorite sports, aku tolak peluang untuk present paper di international conference, aku tak join gathering, aku skip semuanya.

Perasan tak, semua yang aku skip tadi, adalah semua benda yang buat aku on track dalam hidup? Ya. Bila aku skip semuanya , means aku “hilang” hidup normal aku, sebab cinta.

Fokus aku hanyalah untuk “dapatkan semula” attention yang dia dah tarik balik, dan yang aku sebaknya, Allah masih tuntun hati aku baca Quran untuk minta ketenangan, solat untuk mohon pertolongan.

Tapi itulah, dah Buta ni, takes time nak sedar yang pertolongan Allah dah lama sampai, cuma aku yang buta. Difikir yang sakit itu bala semata-mata, bukan pertolongan Allah. aku terus dan terus mencari2 salah aku dengan dia.

Lama kelamaan, dia berterus terang dengan aku, yang dia dah takda hati. Dia senaraikan benda yang “tak ngam” antara kami, dan nak berpisah. Dia dah mula “cold”.

Aku takboleh terima, sebab? kenapa semua tu OK sebelum ni? Apa salah aku sebenarnya? Dia senyap. Dia cuma nak berpisah.

Sama kan dengan kisah ex Remy yang first tu? Haha. Aku sedih sangat, dia nekad nak tinggalkan aku, janji janji semuanya dah hilang, dan

Tanpa fikirkan Umi, tanpa fikirkan aku, Dia block number aku dan putuskan semuanya.

Aku mohon Allah tunjuk pada aku kenapa, sebab aku perlukan penjelasan. Lemah longlai dah badan aku. Masa tu aku final exam. Aku exam dengan zero in mind, berbekalkan ilmu masa presentation dan prerequisite knowledge aku sebelum jadi majnun begini. Allah.

Akhirnya, tiba tiba aku dapat berita dari dari seorang hamba Allah yang kasihan pd aku, yang Farhan ada perempuan lain, student law, Bella. Sungguh berbeza denganku, dia seorang yang Jelita, outspoken, bold, fashionista dan mewah. Aku pula sederhana sahaja.

Terbuktilah, Allah tunjuk. Farhan tinggalkan aku kerana Bella.

Dia dah lama kenal perempuan tu, mcm Remy kenal Has haha, cuma tunggu waktu nak declare confirm dapat perempuan baru, sebelum tinggal yang lama secara total. Kejam.

Masa Farhan tinggalkan aku untuk perempuan cantik, aku pula dah jadi obese, insomnia, depressed, health condition teruk, fokus terganggu, hilang kawan, hilang semangat, dan lagi depressed sebab exam aku teruk gila.

Bayangkan kau stare on blank paper dan menangis. Tulis apa je yang kau rasa betul sbb terbayang kecurangan laki ni sepanjang kau berharap pada dia.

Ya, final exam aku teruk.

Aku dicurangi teruk. Dia bahagia dengan Bella yang ada segalanya.

Dan aku? ditinggalkan macam sampah, dengan keadaan diriku yang JAUH BEZANYA semasa aku ditemukan dengan dia dulu.

Aku yang dulunya cemerlang akademik, sedap mata memandang, tidak obese, Aktif berpersatuan, positif, suka bersukan, hilang semuanya selepas bertahun mengenal dia.

Dan lepas semua tu hilang dari aku, dia pun hilang bersama perempuan lain yang HEBAT. Aku? Aku dibuang macam sampah, terasa diludah semua janji ke muka aku. Terasa hina dina. Teruk.

Berbeza dengan ex first Remy, aku tak PM Bella. Cukuplah aku tak sanggup lagi.

Dan aku mula perlahan lahan pujuk diri aku menerima keadaan. Aku minta ampun pada Allah kerana salah menilai pemakbulan doa.

Rupanya selama ini, kejauhan dari Farhan yang semakin lama, semakin melebar adalah “perlindungan”.

Allah tahu dia curang, Allah nak jaga aku.

Allah tahu aku dah makin lagha, Allah nak tarik aku balik.

Allah tahu aku serious, dia tak, Allah nak putuskan aku dari dipermainkan.

Aku yang gagal faham bahasa Cinta Tuhan aku. Aku teriak mohon pertolongan, sedangkan pertolongan sudah lama sampai.

Kenapa? Sebab aku dah terpukau dengan Bahasa Cinta manusia. Inilah yang aku cakap tadi, Bila dah BUTA, kau tak nampak dah.

Dan aku berkeputusan untuk CARI diri aku semula. Aku sujud mohon pertolongan dari Allah, dan nekad nak ubah diri aku yang depressed ni, jadi lebih baik.

Perlahan-lahan Allah mudahkan aku. Aku mula khusyukkan solat, rutinkan bacaan Quran secara tegas, amalkan zikir, mula cuba bercampur dengan orang ramai semula, aku lupus kenangan perlahan2,

aku keluar dari bilik, jalan2 hirup udara segar, exercise, aku mix and match baju yang buat aku rasa cantik, aku pakai heels favorite aku and slayed it hehe (sebab tu nama aku heels), bahagiakan diri aku dan bahagiakan keluarga aku, aku mula jaga makan,

aku jaga emosi aku dari triggers. Aku jaga diri aku sebaiknya. Ada waktu aku rebah, dan aku Bangkit gagah dengan pertolongan Allah. Makan tahun jugak bak hg struggle aku,

akhirnya aku disini.

Kembali pada zaman kegemilanganKu, sebelum aku kenal dia.

Aku sudah lama bekerja alhamdulillah, dah bertahun tahun berlalu bukan?

Sekarang aku 28 tahun dah, aku kembali positive dengan kehidupan, dikelilingi orang2 yang baik, eating habit aku normal, kembali pada hobbies aku, badminton sports aku, dan positive bersama keluarga yang aku sayang, diriku terurus dengan baik. Aku pilih diri aku.

Alhamdulillah, aku capai tahap hidup yang aku impikan, semuanya Tuhan mudahkan. Allah ganti semuanya takda kurang sikitpun. Cuma satu yang masih aku tunggu : Cinta.

Kalini aku takmahu tergopoh lagi, biarkan masa berlalu, luka sembuh dan Allah sendiri yang lorongkan jalan untukku. Aku tak serik mencari2 jodoh, cuma masih tidak temui lelaki yang sesuai. Aku nak, yang benar-benar dari Allah.

Aku tak juga membenci Farhan, namun aku ingat peristiwa tu sampai bila2 sebagai pengajaran. Tidak berdendam, kerana Dia pasti akan diuruskan Tuhan, dan aku doakan dia menjadi lelaki yang baik. Dan semoga aku dijodohkan dengan sebaik2 jodoh.

Remy, Farhan dan lelaki yang suka bermain hati, bertaubatlah. Awak semua mampu jadi lelaki yang baik, jadilah lelaki yang punya ciri2 baik, kerana boleh jadi lelaki seperti anda-lah yang akan anak anak perempuan anda temui nanti. Tiada karma, kita cuma ada kifarah.

Buat perempuan yang tersakiti, jangan rosakkan hidup kita kerana cinta.

Aku pernah hilang almost semua part best hidup aku, sebab aku fokus pada cinta. Final exam aku yang jadi harapan umi dan arwah walid almost doomed, kerana aku allow Cinta manusia salah, kacau fokus aku.

Alhamdulillah, baiknya Allah dapat juga cgpa 3.44 tanpa study langsung, walau tak pernah dapat mcm itu, aku syukur sebab aku ingatkan aku dah failed semester tu. Allah bantu sungguh2.

Kau jangan “serahkan” hidup kau pada sesiapa melaikan Allah, dan kau yang in charge decide apa akan jadi pada kau, bukan biarkan apa yang org buat pada kau menjadi “takdir” kau.

Allah takdirkan semuanya, tapi kau yang allow benda tu terjadi/take action agar kau terselamat. Bangkit perempuan, Bangkit! Glow and grow kerana Allah.

Aku dah tinggalkan semua sakit tu. Semakin dewasa, aku semakin faham yang perkahwinan bukan sekadar cinta, dan kawin. tetapi tanggungjawab dan taqwa sampai ke akhirnya.

Women, know your worth. Adjust your crown, grow and glow. Allah ada ! Jangan lupakan Allah tau. Hg ada Allah ja.

Doakan Heels jumpa jodoh yang sebenar dan terbaik na, terima kasih sudi baca Coretan heels.

– Heels 7 inci. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *