Godaan Syaitan

Assalamualaikum semua. Pertama kali ni buat confession walaupun bukan alumni UIA. Semoga confession saya ni bermanfaat. Pernah dengar kan orang cakap tempoh bertunang jangan lama-lama sebab ujian banyak. Ujian ni boleh datang dari godaan syaitan yang berusaha menghalang masjid di bina. Godaan ni bukan sahaja untuk si polan yang bertunang tapi kena ingat, untuk orang sekeliling dia juga.

Hal ini terjadi kepada saya. Saya baru bekerja di sebuah kilang. Ada seorang mamat tu hensem gila. Serius tak tipu. Karakter dia pon not bad. Hensem tapi pemalu dengan perempuan. Ala-ala bercakap tapi tak tengok mata orang. Sapa tak cair betul tak? Memang ciri-ciri yang aku nak. Aku ni tengah tunggu orang jauh. Aku setia gila kot. Susah nak pandang lelaki lain. Tapi dengan mamat ni aku jadi lain macam. Rata-rata lelaki kat kilang tu semua dah kahwin. Jadi aku anggap dia pon sama. Aku pantang dengan lelaki orang. Memang aku tak layan sangat.

Nak dijadikan cerita, mamat ni asalnya dingin dan kasar dengan aku. Plus sntiasa cuba nak lari bila nampak aku. Panas je aku bila kena minta tolong dia tapi endah tak endah dibuatnya. Konon pemalu tapi bila bercakap, kasar. Tapi, ada satu hari tu. Dia bergurau dengan pekerja lain dan aku masuk campur, dia layan. Walaupun nampak dia kekok tapi sejak hari tu, dia dah boleh senyum dengan aku. Dan kami boleh bergurau sama-sama. Kemudian, aku dapat tau yang dia baru bertunang.

Sejak aku dapat tau dia bertunang, aku rasa lain macam. Macam ada yang mendorong aku untuk menggedik dengan dia. Aku jenis yang agak faham pemikiran laki. Aku tau macam mana nak guna suara untuk lembutkan hati laki. Cara lenggok jalan ke. Semua ilmu tu membantu aku untuk terlindung daripada mamat-mamat tiga suku. Aku tak suka guna senjata perempuan tu tapi dengan dia aku jadi lain.

Aku cakap lembut dan care dekat dia. Dan lama-lama, dia selalu datang berborak. Aku rasa pelik. Kenapa aku jadi gedik semacam? Sampai la aku perasan, yang semua ni jadi sebab status dia tunangan orang. Selama ni jumpa mamat hensem pon tak de la aku gedik macam ni. Aku istighfar banyak-banyak. Selepas tu, aku lari dari dia. Kalau kami selisih, aku buat dia macam angin lalu sebelah. Aku tunduk dan jarang senyum. Alhamdullillah, sekarang dah ok. Hilang rasa nak menggedik.

Moral of the story, untuk kaum hawa di luar sana, hodoh macam mana pun awak..kena pandai jaga diri. Kat sini saya tak tekankan paras rupa sebab lelaki bukan tertarik hanya pada rupa. Cara awak bercakap, cara berjalan, cara menundukkan badan, pandangan mata dan sebagainya boleh jadi senjata menggoyahkan iman lelaki terutama suami orang. Kebanyakan laki seperti duda, mereka tak meletakkn paras rupa sbgai yg utama untuk mencari isteri. Kadang kita bukan nak suami/tunang orang tapi godaan syaitan membawa ke arah tu. Cara nak elak adalah dengan mengingati Allah.

Maaf sebab panjang. Dengan rendah diri, saya mohon maaf jika terdapat pihak yang terguris hati. Yang baik, ambillah..tinggalkan yang sebaliknya. Doakan saya dapat jodoh yang terbaik. Hehe.

– HambaAllah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit