assalamualaikum wbt.
Aku harap sedikit sebanyak post ni boleh menyelamatkan masa depan anak-anak kita dan negara ni.
Kisahnya bermula bila ayah jemput aku pulang dari kerja dan mula buka cerita pasal keputusan peperiksaana adik bongsu aku. Dia nak ambil PT3 tahun ni, bersekolah di sekolah yang agak cemerlang dan terkawal di sebuah bandar (yang agak) elit kat selatan Selangor. Keputusannya teruk yang amat. Matematik dan Sains F. Aku ulang F. 4 subjek lain E, dan adalah C dan B. A tak payah carilah memang tak ada. Aku terdiam tak tahu nak cakap apa. Bila balik rumah mak aku cerita dia pergi jumpa cikgu adik aku ni.
Cikgu tu ajar adik aku Matematik kalau tak silap. Mak aku mulalah tanya apa masalah adik aku ni. Dia tak faham ke atau dia malas. So -cikgu tu pun bukalah cerita tentang prestasi pelajar- pelajar kelas adik aku. Adik aku ni Kelas Aliran Agam (KAA) yang keempat. Kiranya kelas pandai yang terakhir kot. Cikgu tu kata, memang keputusan kelas tu teruk, bukan adik aku je. Matematik semua failed. Tapi cikgu tu kata, budak-budak kelas ni baik. Akhlak baik, tak melawan cikgu. Cuma mungkin kurang motivasi belajar. Bila mak aku tanya apa patut buat untuk adik aku ni, cikgu tu bukan bagi cadangan atau strategi pelajaran ke apa, tapi sibuk cerita betapa adik aku dan yang lain ni ‘ada harapan’ untuk jadi anak baik satu hari kelak. Anak-anak berakhlak baik macam nilah yang akan jaga ibu bapa di hari tua nanti, biarpun tak belajar tinggi tak kerja hebat. Itu ‘pujukan’ dan ‘kata-kata semangat’ yang dia bagi kat mak aku.
Okey. Rakyat marhaen sekalian, aku tak nafikan kata-kata cikgu tu betul. Tidak 100% salah. Tapi bila aku soal siasat mak, rupanya cikgu ni cikgu tua, tak lama lagi nak pencen dah. Katanya, dia pun ada anak lemah pelajaran juga. Tapi gaya dia cerita mungkin dia macam dah redha dengan anaknya macam tu. Okey, kat sini bermulalah apa yang aku nak sampaikan dalam tajuk kat atas.
Cikgu yang dah nak pencen ni barangkali dah tak ada hati nak mengajar adik aku dan rakan-rakannya. Dia dah putus asa dengan kelas berprestasi lemah ni. Dia dah tawakal siap-siap. Sekarang baru Julai,PT3 ada beberapa bulan lagi. Tapi cikgu tua yang dah nak pencen ini sudah pun putus asa dengan muridnya. Pembaca sekalian, nilah point aku yang sebenar. Macam mana kita nak serah anak kita untuk dididik kat sekolah kalau macam ni pemikiran cikgunya.
Okey, aku tak kata semua cikgu tua dan dah nak pencen semua macam ni. Tidak. Langsung tidak. Tapi aku cuma kesal. Mungkin mak aku harap cikgu ni akan bentang strategi pelajaran, jadual kelas tambahan, ujian gerak gempur atau sebagainya. Tapi sangkaan mak aku meleset. Dia hanya mampu ‘pujuk’ mak aku dengan kata, ‘biarlah anak-anak ni tak pandai, asal akhlaknya baik dapat jaga kita di hari muka’. Dia kata anak bongsunya pun lemah pelajaran tapi dia dan keluarga tak kisah. Tak apalah, tu pilihan dia. Tapi janganlah anggap anak orang lain pun sama.
Ya, aku tahu mak ayah orang tua selalu sebut. ‘Belajar tinggi-tinggi tapi kurang ajar dengan mak ayah tak guna jugak.’ Betul. Belajar tinggi mana pun, nak masuk syurga dengan amalan baik jugak. Aku faham dan hadam fakta ni. Ada juga mak ayah yang tak kisah anak-anak tak belajar pandai asalkan tinggi ilmu agama. Yang ni pun aku tak bangkang, malah memang baik dan afdal pun kalau pandai agama. Tapi situasi adik aku, dia tak ada ciri nak ke arah tu. Maka, jalan yang kami ada ialah penekanan akademik duniawi dia. Ya, kalau baik agamanya yang lain pun akan menurut. Setuju. Tapi konsep usaha pun tak boleh silap. Tak boleh fokus ukhrawi sampai tak usaha langsung duniawi. Kalau dapat dua-dua, masyaAllah alhamdulillah.
‘Anak-anak tak berapa pandai nilah yang basuh kencing berak mak ayahnya, anak berkerjaya tak ada masa.’ Ya, mungkin benda ni berlaku. Tapi aku nak tanya jugak, kalau mak ayah dah tak ada nanti, siapa pulak nak jaga kebajikan anak yang tak ada kerja tetap dan pendapatan stabil tu. 10 tahun akan datang, siapa jamin ekonomi negara takkan berubah. Adik-beradik boleh bantu tapi sampai mana sangat. Masing-masing nak stabilkan ekonomi sendiri pun tercungap-cungap lagi. Mak aku tak lama dah juga nak pencen, ayah aku pun tak sampai 10 tahun lagi. Kitorang adik-beradik baru tiga bekerja. Dengan gaji tak berapa tinggi tak juga rendah. Cukup-cukup untuk hidup sederhana kat bandar KL yang mencekik ni.
Ya, keluarga aku sejenis yang tekankan bab akademik ni. Mak ayah aku pernah cakap, kitorang bukan asal family kaya. Datuk nenek tak tinggal harta juta-juta atau tanah ekar-ekar. Yang diorang dapat bagi kat kitorang anak-anak hanyalah pendidikan yang baik. Sebab tu aku dan kakak abang membesar dengan mentaliti tu. Tapi makin mak ayah tua, adik-adik pun dah boleh bermewah. Mak ayah selalu marah bila kitorang ungkit zaman dulu tak mewah, nak makan kfc pun jarang, beza dengan adik-adik sekarang. Tapi aku jawab balik, tak kisah mak ayah nak bermewah sebab sekarang lebih mampu berbanding dulu. Tapi yang geramnya bila adik-adik bukan makin rajin tapi malas, macam tak bersyukur.
Aku bukan nak burukkan golongan pendidik, jauh sekali memalukan. Cikgu tua nak pencen di atas tu satu dalam ramai lagi contoh cikgu lain. Tak perlu hentam cikgu tersebut, itu pandangan dia. Aku terima tapi CUMA KESAL. ITU SAJA. Malah mak aku sendiri seorang cikgu. Keluarga aku memang ramai golongan pendidik, mak cik dan sepupu sepapat memang ramai kerja cikgu. Aku tak jamin pun semua cikgu dalam family aku ni baik-baik semuanya. Aku cuma harap post ni dapat perhatian, especially golongan guru dan bakal guru. Jangan pernah putus asa dengan anak murid kita. Mereka ni amanah,. Hatta lagi seminggu nak pencen pun, jangan pernah bersikap lepas tangan. Semua manusia ni bermula dari mak ayah dan cikgu-cikgu yang mendidik.
Tak semua cikgu tua nak pencen macam ni. Aku antara manusia yang murah rezeki dapat cikgu-cikgu dedikasi sejak sekolah rendah
lagi. Cikgu-cikgu masa aku spm dulu pun tua-tua, semua dah taraf guru kanan tapi tetap rajin dan dedikasi ajar aku dan kawan-kawan, siap gaduh berebut nak ajar kitorang. Alhamdulillah, cikgu-cikgu ni jadikan aku manusia hari ni. Aku pernah jadi cikgu sekolah rendah kejap tahun lepas, aku tengok sendiri perangai cikgu-cikgu sekolah tu macam mana. Yang rajin ada, yang mengelat pun ada. Mak aku pun saban hari cerita pasal cikgu di sekolah. Yang muda dengan gaya malas, yang tua dengan perangainya. Cikgu ni bukan kerjaya main-main. Kerja didik anak bangsa kot. Cikgu yang baik takkan putus asa dengan anak murid dia, walau lemah dan teruk macam mana pun budak tu. Malah lepas habis periksa pun seorang cikgu tu patut usaha doa yang terbaik untuk anak-anak murid. MALAS ni bukan cikgu je applicable untuk semua. Bila rasa na mengelat buat kerja, ingat balik itu semua AMANAH dan TANGGUNGJAWAB. (pesanan untuk diri jugaklah)
Untuk cikgu-cikgu dan bakal cikgu, didiklah anak-anak murid tu macam anak sendiri. Ajarlah denganIKHLAS kerana Allah. Kerja ni amanah (bukan cikgu je, semua kerja pun amanah). Jadilah mak ayah yang baik kepada anak-anak murid kat sekolah, pengganti mak ayahnya yang kerja. Sebuah negara tu bermula dengan seorang manusia hasil acuan mak ayah dan CIKGU.
Untuk mak ayah, jangan pula serah 100% tanggungjawab mendidik kat cikgu-cikgu je. Pantau juga anak kita. Tanya cikgu macam mana perangainya kat sekolah. Tanya kawan-kawan dia macam mana dia kat sekolah, tanya pak cik bas/van. Perangai dia depan keluarga dengan perangai kat sekolah mungkin tak sama.Depan mak ayah baik tapi kat sekolah rupanya buli anak orang. Ambil tahu akademiknya dan akhlaknya juga. Jangan bila dah jadi pembuli nanti baru nak menyesal. Anak tu amanah Allah, kelak akan ditanya.
Nak minta juga pandangan mak ayah kakak abang macam mana nak buat pecutan terakhir untuk adik aku ni. Agak nazak keputusan periksa dia kan, tapi kitorang takkan putus asa demi dia. Mak ayah aku tengah pertimbang nak keluarkan dia dari asrama dan macam-macam lagi. Kalau ada cadangan mohon komen yang baik-baik.
Terima kasih sudi baca.
– Kakak yang sayangkan adik dan masa depannya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit