Assalamualaikum wbt semua. Salam sejahtera. Diharap pembaca sihat selalu dan always permissive untuk terima ujian yang Allah beri pada kita. Kurangkan keluar atau ketempat orang ramai.
Saya disini agak terpanggil untuk berbicara soal pemberian pada golongan yang memerlukan sebelum ini.
https://iiumc.com/ramai-ambil-kesempatan-minta-bantuan/
Niat dihati bukan tujuan untuk bertikam lidah mahupun mengiakan fakta atau pandangan. Maafkan saya terlebih dahulu jika wacana yang saya ingin tulis ini akan dikecam atau menyentuh beberapa pihak.
Saya hormati pandangan confessor sebelum ini. Tapi diharap, apa yang saya bakal wacana kan ini memberi sedikit sebanyak realiti yang berlaku.
1- Saya seorang hamba Allah yang amat menjaga kewangan sendiri mahupun kewangan orang lain. Saya amat tidak gemar pada golongan yang meminta2.
Sebagai contoh terdekat, ada segelintir ahli keluarga dimana umurnya muda, sihat tubuh badan dan cantik parasnya, tidak mahu bekerja dan meminta saya untuk berikan sedikit wang kepadanya walhal dia seorang yang berkemampuan.
Lebih mampu untuk ke salun hampir setiap hari, ke spa untuk rawatan muka, handphone lebih up to date dari saya sedangkan saya yang bekerja tidak mampu membeli atau menyediakan kehendak sebegitu rupa pada diri sendiri.
Bagi pandangan tuan/ puan, adakah itu konsep meminta2 yang tuan/ puan faham?
Mengambil kesempatan dan tidak layak diberikan bantuan? Ya saya pun rasa begitu dan saya cakap direct pada dia.
Jika anda menjual sesuatu dan berusaha untuk keluar dari kesempitan, i will help you by purchasing ur items tanpa minta sebarang diskaun pun. Malah, jika diberikan diskaun, saya akan beli harga asal dan akan lebihkan wang pemberian.
Apa yang saya nak sampaikan disini, sebelum kita berikan bantuan kepada orang ramai, kita boleh “filter” mereka dengan gaya hidup, barang apa yang diminta dan adakah mereka meminta dari segi wang ringgit.
Jika ianya diluar dari keperluan seperti beras, susu bayi dan lampin, maka block sahaja lah manusia sebegitu.
2- Kebanyakan bantuan yang diberi, mereka adalah hanya buruh kasar biasa yang tinggal dikawasan PKPD dan hanya menerima gaji harian (bukan professional).
Antaranya- pendatang tanpa izin. Mereka hanya bekerja sebagai buruh kasar, rumah berkongsi (base on alamat ayng diberi) mempunyai bilangan tanggungan tinggi seperti ibu/bapa yang uzur dan anak 2-4 orang yang masih kecil.
Adakah mereka malas? Jawapannya tidak. Apa yang mereka bantuan hanya lah sekampit beras dan telur sahaja. Tidak lebih dari itu.
Duit dalam tangan? Zero Internet access untuk buat dropship? Handphone pun pakai handphone jiran. Jiran yang buat aduan kepada saya.
3- Kalau ikutkan, memang kita tak akan beri cash langsung. Tapi dalam masa yang sama, jika ada keterpaksaan dan siasatan dah dibuat, interview dah dijalankan, baru kami beri cash.
4- Maafkan saya sekali lagi, saya sangat anti orang pemalas dan anti orang suka meminta2 seperti DSV, tapi saya seorang yang amat menjaga tutur kata bila berhadapan dengan orang yang benar2 atau berlakon memerlukan.
Apa2 hal pun, saya faham point s yang hendak disampaikan adalah kelahiran scammers dan kelahiran golongan pemalas dan ambil kesempatan.
Namun apa2 pun, selain bertingkah begini, lebih baik kita bersatu cari solusi. Kita cuba bersangka baik. In shaa Allah, kita sangka baik, benda baik2 akan datang. Kalau sangsi, doa pada Allah.
5- Semalam terjadinya satu kisah. Saya dah tak tahu nak buat apa sebab keluarga mangsa positive Covid. Duit saya dalam bank pun amat kurang (suami dihentikan kerja kerana PKP).
Dan saya minta pada Allah dalam hati. Ya Allah, jika mereka benar2 memerlukan, minta dimudahkan urusan kai ya Allah.
Dan tak sampai 3 saat selepas tu, ada whatsapp masuk berikan sumbangan sebanyak lebih kurang RM2500 daripada satu gerakan dan CSR ni yang selalu bantu saya ni.
Oleh kerana peminta tersebut berasal dari Gua Musang dan setelah diteliti kawasan tempat tinggal memang agak pedalaman dan malangnya tiada bantuan “Food Bank” dikawasan sekitar.
Maka terpaksalah kami berikan sumbangan wang ringgit. Dan jiran beliau belikan barang, selamat berikan kami gambar resit semua.
6- Yakin lah Allah lebih tahu. Kita bukan malaikat mahupun tuhan yang mengetahui mereka scammer. Kita cuma mampu berusaha dan siasat. Kemudian, yang seterusnya adalah kepada Allah.
Jika tuan/ puan tahu mereka minta wang utk kepentingan lain seperti bayar bil telefon, mampu update social media sana sini.
Maka ketahui lah, no point in helping them. Cuma saya minta, jangan lah kita pukul sama rata. Waktu zaman sekarang ni, anda tak akan tahu walaupun mereka tinggal dirumah besar, tetapi akan ada golongan yang minta dibantu zaman sekarang ni.
Mereka boleh jual kereta atau rumah mereka. Betul. Tapi berapa lama mereka akan dapat bantuan makanan untuk kelangsungan hidup? Proses pun dah berapa lama.
7- Maaf ya, cuma secebis kiasan hendak memperingati. Mana yang silap saya sedia terima teguran ambil pengajaran. Mohon doa yang baik2.. Agar semua diberikan kebaikan & syafaat Allah.
– Miss K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit