GoodBye Porno

Assalamualaikum semua. Salam Ramadhan Kareem.

Alhamdulillah, aku dah berjaya lepaskan diri dari ketagih pornografi, setelah terjebak selama 12-15 tahun. Aku yakin, masih ramai di luar sana ‘struggle’ dengan masalah ini. Dan aku sekadar ingin berkongsi apa yang telah aku lakukan, bagaimana aku berjaya break-free dari dosa ini.

Sebelum tu, aku cerita sikit tentang latar belakang aku, so that korang faham background aku macam mana. Aku buat point form ja, malas nak type panjang, sebab nanti, cerita nak disampaikan tak kunjung tiba. LOL.

1. Perempuan (usia 30 tahun, belum berkahwin).

2. Family middle class, ayah kerja sendiri, mak suri rumah.

3. Mengaji sekolah agama (menengah) *jangan cepat melatah, sabar dulu*.

Okay, aku mulakan kisah aku.

Seingat aku, masa membesar, tak delah pernah kena cabul atau disentuh di tempat tak sepatutnya oleh ahli keluarga, tapi family tak warak sangat juga.

Kalau tengok cerita filem atau kartun Barat, ada adegan kissing tu, parents tak de la suruh cepat2 pejam mata atau toleh ke kiri, atau forward. Sebab, it’s just a kiss. Itu konsep family kitaorang.

Fast forward, aku masuk sekolah menengah, sekolah agama. Sedikit culture shocked. Pakai tudung labuuh sampai ke kaki, rimas. Semua perempuan, ahhh… bosan.

Dan sekolah ni rata-rata students asal dari keluarga yang warak, dah hafaz surah macam-macam, pandai mengaji, pandai pasal ustaz-ustazah, kenal ikon-ikon yang keluar TV… jauh panggang dari api dengan aku.

Aku dimasukkan ke sekolah ini untuk belajar ilmu agama, mereka mungkin untuk memantapkan lagi ilmu di dada.

Alkisahnya bila bergaul dengan budak-budak perempuan sahaja, biasa la. Hari-hari cakap pasal kahwin, excited nak dapat anak, mengandung sakit tak, beranak sakit tak.

Setiap kali cikgu baru masuk kerja lepas cuti bersalin, inilah soalan yang ditanya. Lama-lama, pemikiran seorang gadis yang ingin tahu mula berbicara “agaknya sakit tak kalau buat yang ‘tu’ dengan suami?”

Macam-macam reaksi la. Aku pula terdiam, tak sangka kawan-kawan bincang pasal hal macam ni di sekolah. Ini mungkin salah satu trigger. Aku tak pasti.

Yang aku paling ingat, sekali tu, kami sekumpulan pelajar pergi kem di sekolah lain. Kem memantapkan ibadat la kira. Di situ, campur lelaki dan perempuan, semua budak sekolah agama.

Ada seorang ustaz, dalam slot ceramahnya, cerita pasal masalah sosial. Dia menyampaikan ceramah menggunakan slaid, banyak gambar anak-anak terbuang (time tu memang banyak kes buang bayi), gambar CCTV seorang wanita bersalin dalam tandas, dan paling aku ingat…

…dia screenshot link website porno. Ustaz blurrkan semua gambar-gambar lucah, tapi website tu terpampang atas screen.

Aku terkejut. Tergamam. Aku istighfar. Tapi dalam hati aku terdetik, “senangnya nak tahu pasal benda macam ni. Tekan ja website tu. Hmm…”

Banyak aku belajar dari kem, dan mak perasan aku berubah la sikit jadi alim, tak melawan sangat cakap dia, banyak tolong dia kat dapur.

Aku mulakan budaya cium tangan mak abah sebelum pergi sekolah. Sebelum ni, tak pernah buat pun, dan tak pernah pun diberi penegasan untuk buat. Kitaorang keluarga biasa ja…

Aku tak ingat berapa lama lepas kem tu, aku berani tekan sendiri website tu kat rumah. Hari minggu, tak de siapa kat rumah. Aku ingat lagi, perasaan aku berdebar, tak tau what to expect. Dan bermulalah episod aku dan porno.

Dari tengok sekali tu, macam nak bertaubat, sebab terkejut teramat-amat. Apa benda diorang buat ni? Lama-lama jadi habit. Aku tak ingat sekerap mana, tapi yang pasti setiap dua minggu sekali, memang kena tengok.

Mesti korang fikir, ish… budak sekolah agama, sembahyang, mengaji macam mana?

Sembahyang, mengaji aku tak affected. Aku masih sembahyang macam biasa, mengaji QUran, hafaz surah macam biasa.

Tapi aku ingat, bila dekat nak exam besar, macam PMR dan SPM, aku berdebar sangat, memikirkan adakah Allah akan memberi balasan results teruk atau gagal sebab aku tengok porno.

Results aku Alhamdulillah, cemerlang, gemilang, terbilang. (Riak kan? Tapi ni semua ujian Allah terhadap aku. Allah nak uji sekuat mana iman aku dengan Allah)

Sebabnya… aku tak berhenti pun tengok porno. Astaghfirullah…

Waktu zaman belajar universiti paling teruk aku rasa, sebab aku stress teramat-amat. So, aku release stress tengok porno. Hampir hari-hari kalau tak silap. Cukup la 10-20 minit, tak lama.

Aku just kena tengok, untuk release tension. Aku pun makin pandai, cari website yang tak di-block oleh wi-fi universiti. Astaghfirullah.

Benda ni berlanjutan sampailah aku bekerja. Ye, bekerja. Aku kerja di negeri lain, so tak de masalah nak layan nafsu.

Cik Ros Jepun… bila cik boleh berhenti ni?

Okay… aku berubah sedikit demi sedikit lepas aku dapat tau aku bakal berkahwin. Mamat A dihadirkan dalam hidup. Time tu, aku terfikir. Ish, nanti lepas kawen macam mana? Takkan nak layan porno senyap-senyap? Berdosa suami aku. Kesian dia. Aku dah la sayang dia. Hmm…

Satu lagi, aku takut kalau dia tak nak terima aku kalau dia dapat tau aku layan porno. Yelah, nama pun perempuan, pastu layan porno. Apa ni…? Dah la bekas budak sekolah agama…

So, aku pasang tekad, aku akan cuba berubah.

Selalu aku layan porno weekend, sebab tak kerja kan, banyak masa terluang… Astaghfirullah… Tapi aku tak sempat nak layan porno, sebab Mamat A mesej macam-macam.

Kadang-kadang, aku dah buka laptop, ready nk tengok porn, tiba-tiba dia mesej, terus rasa bersalah dalam diri. Aku pun tutup.

Yang kedua, aku banyak sangat berdoa, doa agar Allah betulkan hati aku, sucikan otak aku, kuatkan hati aku untuk say No pada porno. Doa memang dah doa, dulu masa kat sekolah menengah entah berapa kali aku solat taubat, nangis masa doa… tapi… hmm…

Tapi aku tak berhenti berdoa.

Oh, jodoh aku dengan Mamat A tak lama. Hubungan kitaorang berakhir. Mesti korang fikir, so aku balik ke porno la kan? LOL.

Yes, sekejap, Aku tak ingat berapa lama. Aku rasa dalam dua minggu je kot.

Lepas tu terdetik dalam diri aku, “sampai bila nak macam ni? Takkan nak berubah sebab seorang lelaki? Benda ni benda tak elok, berdosa. Allah tak suka orang yang buat dosa. So whats the point?” Dan aku pun terus tutup ja komputer.

Awal-awal tu memang susah, aku tak tipu. Gatal je tangan nak tekan link itu ini yang dah tersemat dalam kepala. Boleh je layan kat smartphone, sebab smartphone pun ada internet. Tapi waktu tu, aku kena jaga kucing kawan.

Time weekend, kawan aku balik, so kucing tu duduk sebilik dengan aku. Aku dah tak “tahan” waktu tu, aku nak tengok sikit je. Aku pun buka link.

Tiba-tiba melompat la kucing tu sebelah aku, nak tengok juga. Aku ingat lagi, kucing tu pandang screen, lepas tu dia pandang aku dengan mata besar dia.

Macam dia tanya aku “Tengok apa tu? Kenapa orang tu tak pakai baju?”

Aku pandang kucing tu balik. Mula-mula, aku tolak dia ke tepi sebab tak nak rasa bersalah sangat. Dia datang melompat atas tangan aku, nak tengok juga.

Aku dah rimas… actually lebih kepada rasa bersalah. Perasaan aku waktu tu, ibaratnya macam ada anak kecil tanya aku “Kakak tengok apa tu? Macam tak senonoh ja”

Dan terdetik lagi sekali dalam hati aku, dan aku rasa itulah turning point aku.

Di hari pembalasan, waktu kita semua menanti Allah tanya apa amalan kita di dunia, mulut akan dikunci rapat, dan semua anggota akan berbicara, haiwan dan tumbuhan akan berbicara… aku bayangkan saat itu, kucing kawan aku ni, akan ceritakan apa yang dia nampak.

Dia akan cerita dengan Allah yang aku menonton porno pada sekian-sekian hari, sekian-sekian waktu. Dan aku sangat malu. AKu malu dengan kucing kawan aku tu.

Aku tutup phone, aku terus peluk kucing kawan aku tu, dan aku terus sembahyang sunat. AKu tak ingat samada aku nangis meminta ampun dengan Allah solat tu.

Tapi aku ingat, lepas dari insiden kucing kawan aku tu, aku tak pernah tengok porno.

Aku terus-menerus minta doa. Tipulah kalau aku cakap tak pernah terasa nak bukak website porno, dah lama tengok kot. LOL. Tapi aku selalu melengah, nanti la tengok, malam-malam nanti. Ni cara aku postpone habit tu, lama-lama tak terasa nak buka, tak terasa nk tengok.

Alhamdulillah.

Dan since umur aku pun makin meningkat, aku lebih cuba mengisi masa dengan membusykan diri waktu weekend, sebab aku selalu tengok time weekend kan?

Aku beralih kepada tengok TV, aku beli TV sebiji, aku tengok TV. TV malaysia tak de Xrated movies, so macam nafsu porno aku terkawal la sikit.

Aku pun bela kucing seekor. Untuk menjadi bodyguard aku, untuk mengawasi tindak-tanduk aku. Dan setiap kali aku nak buat jahat, aku fikir, “Nanti kucing ni akan bagitau Allah masa hari pembalasan”

Percayalah… ini adalah satu perjuangan. Aku masih berjuang…

Tambah pula sekarang dengan adanya Netflix, Iflix entah apa lagi… Cerita-cerita berunsurkan benda-benda porno, seks yang asyik trending, terpampang kat muka depan. Kalau tengok cerita Hinsudtan sekarang pun, lain dengan cerita Hindustan zaman Salman Khan, Kajol dulu.

Cerita sekarang wajib ada kissing scenes, actress semua pakai macam Hollywood, seram ja tengok. Cerita Melayu pun makin melampau sekarang, Aksi di bilik tidur… semua benda pun nak tunjuk…haizz…

Kesimpulannya, nafsu kita ni, memang kena kawal. tak bermaksud kalau dah inshoff, sembahyang taubat 1000 kali tu maksudnya dah Alhamdulillah boleh terhindar dari melawan hawa nafsu.
Hari-hari kena lawan. Sebab apa?

Syaitan tu ada ja hari-hari sekeliling kita. Iman kita harini belum tentu sama ngan iman kita semalam.

Kita kena sentiasa maintain. Buat slow-slow. Yakin dengan apa yang anda buat. InsyaAllah, anda semua pasti boleh.

Doakan saya juga… agar terus istiqamah.

– ROS JEPUN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *