Ada sekali hari itu kereta aku tak boleh start. Puas dah aku mencuba. Mungkin bateri kong lagi kali ini, mesti masalahnya berpunca daripada autolock.
Oleh kerana sudah terlambat aku terus tempah grab, sebab lagi setengah jam ada meeting dengan ketua agensi kami dekat pejabat dia.
Kereta myvi ada tapi Cik Suri Hati di rumah, dia tidak bekerja hari ini. Memang tak mahu pakai, sebab jika apa apa emergency ada lagi 1 kereta yang boleh di gunakan.
Lepas beberapa ketika, ada satu nombor hubungi aku, minta alamat rumah. Aku pon bagilah sebab pemandu grab yang call. Aku bagi tahu, jalan terus aku tunggu di tepi jalan sahaja. Agak terkejut yang sampai adalah teksi biru.
Pemandunya seorang lelaki berbangsa india, kulitnya agak cerah dan berjambang. Lelaki berumur agak setengah abad ini masih cergas. Tapi gaya dia memandu agak perlahan sedikit.
Masuk sahaja dia kawasan lebuhraya, tiba-tiba hujan turun selebatnya, sehingga jarak penglihatan sangat sangat pendek. Aku masih dalam keadaan binggung sebenarnya. Yelah, tempah grab tapi teksi biru yang sampai.
Dia memperlahankan lagi kenderaan, teksi biru innova jenis tinggi. Tak stabil laju-lajukan. Lagi-lagi dalam keadaan jalan yang licin. MasyaAllah lebat sungguh hujan. Inikah sebabnya Allah lindungi aku dari memandu. Hahaha, ketawa kecil sendirian.
Di dalam kenderaannya ada beberapa gambar Tuhan hindu yang di tampal di dashboardnya. Aku tengok sahaja. Setelah dia membayar toll… Aku bertanya, ‘uncle you sembahyang mana satu punya?’ Dia jawab, ‘Ganesh’. Kemudian dia pon sambung cerita.
‘Biasa you orang sembahyang jumaatkan’, dia tanya aku? Aku jawab, ‘iya’. Dia sambung bercerita, ‘kita memang kena sembahyang penting juga jumaat malam sabtu’. Aku senyum sambil mendengar uncle tu bercerita dikala hujan lebat sedang turun.
Kali ini giliran aku, ‘kami 1 hari ada 5 kali solat, 1 kali jumaat lelaki sahaja pergi. Kumpul ramai ramai tengahari waktu zuhur. Jumaat hari baik, hari banyak rahmat, Tuhan Allah bagi ampun dan angkat doa.’
Dia sambung, ‘jumaat very special punya hari’. Aku senyum. Perbualan kami seterusnya berkisarkan tentang, dah lama kerja?, aku kerja apa?, dan pengalaman dia. Cerita bertambah rancak bila dia tahu aku buat Estate planning.
Akhirnya, sampai ke destinasi aku minta. Dia divert ke kedai makan tempat kami mahu bermesyuarat. Sepatutnya masuk pejabat dahulu dan ada beberapa perkara perlu diuruskan tapi dah terlambat jadi terus ke tempat yang seterusnya.
Masa aku turun aku berikan dia tip, aku tak gunakan app grab untuk bagi tip. Sebabnya kena tunggu seminggu baru dia dapat. Grab ada gaji hari ada gaji minggu. Gaji hari tunai, gaji minggu masuk akaun. Ini pon dia yang bagi tahu.
Jadi aku bagi tip untuk dia dengan belanja minum sebab sudi ambil aku dan hantar ke tempat yang mahu di tuju. Kawasan rumah memang payah dapat grab, jadi bersyukur sangat dia pick up aku hari tu.
Sampai destinasi aku check grab app aku. Rupanya baru tahu. Bila kita order grab kita boleh pilih beberapa pilihan sama ada grab car, grab taxi. Jika just grab, mana mana available akan datang.
Semoga sentiasa dipermudahkan urusan, aku doakan untuk uncle tadi. Dia tidak berkira dan berikan yang terbaik dalam tugasan dia. Sekian dariku.
Setiap manusia ada cerita sendiri…
– Aliff shanusi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit