Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin jika siarkan confession ni. Sengaja saya confess di sini. Sebab boleh hide identiti. Nak bagi kesedaran sedikit kepada graduan agama. Saya tulis atas kapasiti individu, tidak mewakili mana-mana agensi.
Sejak dua menjak ini saya terlibat menemuduga ramai graduan agama untuk lantikan ke jawatan pegawai agama, guru dan pensyarah. Kami dapati, ramai yang tidak mahir dalam bidang yang dikuasai.
Walaupun tidak dinafi. Dari sudut penampilan, akhlak dan adab bagus. Dari bacaan pun ok tak pelat (menandakan sembahyang bang ok).
Namun satu masalah. Tak kuasai bidang. Kalau minta baca Kitab Arab tak mampu. Nahu Saraf berterabur. Sebut nama kitab muktabar tak tahu. Kalau tak ingat masail yang ghorib2 bolehlah dimaafi, mungkin jarang jumpa. Tapi kalau sampai tak tahu nak rujuk kitab mana, jawapan sembrono je tanpa sumber yang muktabar, masail yang masyhur pun tak tahu. Tu problem besar.
Walaupun ada penemuduga yang utamakan penampilan. Namun dalam bidang kita, apa yang lebih penting adalah ketrampilan Ilmu. Kalau kamu tak kuasai ilmu yang kamu takhassus. Bagaimana nak beri kamu galas tanggungjawab. Master, PhD bukan ukuran ilmu. Ia sekadar untuk saringan awal. Untuk kecilkan jumlah pemohon. Tapi untuk saringan seterusnya. Ilmu di dada tu yang kami nak tengok.
Saya cadangkan. Bagi pelajar yang berminat meneruskan karier dalam bidang agama. Supaya tinggal di pondok. Saya pernah jadi pensyarah di universiti, sediakan modul buat universiti. Jadi saya tahu setakat level mana pelajar universiti mampu capai, kalau sekadar bergantung pada modul universiti -maaf cakap- , MASIH TAK CUKUP.
Mana cukup sekadar 28/36 jam kredit satu semester untuk kamu kuasai sebuah ilmu, satu kitab pun tak mampu. Sekadar nak faham gambaran kasar bolehlah. Sekadar nak belajar topik-topik basic bolehlah.
Ilmu di universiti tak mampu jadikan anda alim atau pakar bidang. Walaupun mungkin boleh mengajar anda menjadi seorang penulis atau pengkaji. Namun untuk alim, anda kena duduk bertalaqqi, dari kulit ke kulit. Dari satu kitab ke satu kitab. Dari satu madah ke satu madah. Dan tempat yang terbaik adalah di pondok.
Suka saya jadikan Dr.Zulkifli Mohd Albakri sebagai contoh. Untuk jadi Dr.Zul seperti kita kenal sekarang. Saya tak rasa sebahagian besar ilmu yang Dr.Zul dapat itu datangnya dari Universiti, walaupun Dr.Zul ada PhD. Saya sangat yakin insha Allah, asbab futuh ilmunya datang dari dunia talaqqi sewaktu di Syam dahulu. Bila miftah ilmu tu dah ada, maka perkembangan ilmu dia lepas itu dah tiada masalah.
Kalau di Mesir, Syria, Yaman, Mauritania. Budaya bertalaqqi ini biasa. Tapi kalau di Malaysia, mungkin agak asing lagi. Malah kalau di negara luar, waktu cuti sem mereka akan pergi ke pondok untuk bertalaqqi. Mungkin budaya ni boleh ditiru di ipt-ipt tempatan.
Saya rasa bidang-bidang lain seperti jurutera arau perubatan pun macam ni kot. Sebab tu praktikal amat penting buat mereka. Setiap bidang berbeza cara untuk menekuninya. Jadi pastikan anda tidak silap memilih cara.
Cukuplah tu. Moga selepas ini Malaysia menjadi bertambah baik mutu graduan agamanya. Akhlak ok dah, ilmu pula kita nak perkemas.
– Prof Din Awan Mendung
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit