Graduan F

Baru-baru ni aku baca satu post dia share pasai pensyarah habaq trend budak universiti sekarang. Aku ter”triggered” nak kongsi perjalanan aku nak habis belajaq. Ni 100% cerita pasal aku. Bujang, tak nampak sinar wajah bakal suami lagi, masuk tahun baru ni, umuq aku 28.

Sebelum aku cerita story aku, aku ringkaskan apa pensyarah tu habaq. Aku gelarkan dia Madam eh. Madam cakap budak la ni pemalas, manja, lembik. Masuk kelas main PUBG, main IG FB, sembang dengan kawan sebelah, pastu masuk kelas dah la lambat. Pastu cakap lecturer yang ni yang tu membosankan, tak pandai mengajar. Assignment yg 10% tu pulak ampa baloq liat nak siapkan. Bila mai musim exam, study week, baru dok kalut cari nota dan sebagainya. Ini bahasa aku la..madam tak cakap lagu ni pun.

Dari luahan Madam ni, aku sejujurnya setuju 60%. Lagi 40% aku simpan untuk budak-budak yang take a degree seriously. Coursemate aku ramai ja elok, tak macam yang madam cakap ni pun. Depa siap dapat anugerah dan sponsorship pi sambung belajaq luaq negara lagi. Semua yang madam habaq ni, 100% tu aku la tu. Aku baru grad tahun 2017, walaupun sebenarnya aku patut grad tahun 2015. Aku extend belajaq sebab aku gagal tiga semester berturut-turut. Pointer aku 3 sem terakhir yang patut aku grad tu, semua 0.01++. Tp Allah masih bantu aku dari terus gelapkan masa depan sendiri. Aku tak GB. Gagal dan di Berhentikan. Sebab pointer-pointer masa 5 semester pertama tu lah yang tolong aku.

Aku ambik degree ada kaitan dengan bidang kesihatan. Universiti paling besaq kat Malaysia. 5 sem pertama tu, aku ni budak yang elok ja sebelum hanyut. Pi kelas on time, dengaq lecturer cakap apa. Buat group assignment elok2, report apa semua aku siapkan. Tapi, masuk ja sem ke 6, aku dilanda musibah stress. Aku takleh cerita la kenapa aku stress sebab complicated. Sem ke 6 ni, course aku dah kena pikiaq pasai final year project. Aku pulak dapat Prof paling cengei dalam faculty tu, hampir semua students ketaq lutut kalau nak kena jumpa dia. Awai2 macam perform, lama-lama aku dah tak reti nak kawal sikap aku. Sampaikan aku ditukarkan SV 3 kali sebelum thesis aku tu siap.

Sem ke 6, aku start buat masalah. Aku malas pi kelas, aku suruh kawan aku tolong sign attendance. Aku masuk lambat setiap kelas, lab, kalau masuk pun aku sign, pastu aku keluaq duk melepak kat luaq makan ka…minum ka..main phone ka. Agak2 nak habih kelas, aku masuk la konon-konon fokus. Satu subjek tu kadang boleh kira berapa kali kelas ja aku attend selama 14minggu akademik. Memang cerita dia, kelaut la semua carry mark aku. 20% pun tak lepas beb. Pastu bila aku nak mai seat-in final exam, nama aku takdak dalam list kedudukan meja. Dah attendance pun bawah 50%, jangan harap la lecturers hang nak bagi hang masuk. Ni perangai lagu ni orang western cakap “escapism”. Buat benda lain semata-mata untuk lupakan masalah.

So, aku merayau uni aku naik motor, habis timing aku balik bilik, tidoq. Langsung takdak rasa bersalah. Tak ingat langsung kat mak bapak aku yang susah payah besaqkan anak perempuan tunggal depa ni. Sebenaqnya, takdak sapa pun tau pasal masalah aku kecuali sorang kawan baik aku ni. Mak pak aku & adik beradik aku memang taktau aku dah tak betul kat uni tu. Cuti sem, aku balik rumah 3 4 hari ja, pastu aku patah balik uni pi cari kerja part-time sampai sem bukak.

Naik ja sem, register subjek apa semua, jumpa pensyarah sini sana, aku janji dengan depa bulan bintang nak berubah bagai, repeat balik subjek gagal sem sebelum ni, pastu aku buat balik perangai taik aku. Ya, aku boleh guna alasan aku stress. Tapi tu alasan ja.. sebenarnya aku boleh ja handle masalah elok-elok. Bukan aku sorang ja ada masalah. Tapi tula, tak pikiaq, tau nak nangih, perabih duit nak bagi enjoy ja, tu la jadi nya. Aku duk ulang la perangai sama 3 sem berturut2. Tak berubah langsung. Aku kena jumpa kaunselor pun aku lari. Aku malas.

Sampai la satu tahap, mak aku asyik duk tanya tarikh konvo. Barulah aku terhantuk. Gila, hang buatpa weyh setahun setengah ni. Pastu PTPTN pulak hantaq surat kata aku dah tamat pinjaman, dah cukup 8 sem depa bagi. Ahh sudah, mana nak cari duit ganti semester balik ni weyhh?

Lepas aku function kan kepala otak aku yang dah berkarat ni, aku decide nak tangguh study and pi kerja kumpul duit. Masa ni mak ayah aku dah redha dah, depa dah sedih gila dah dengan aku. Depa tau masalah aku kat uni ni pun sebab aku hantaq kawan baik aku pi cerita A to Z apa jadi kat aku kat mak aku. Ayah aku masa ni takdak, pi mana taktau. Kawan aku balik kolej balik, dia habaq mak aku keriau beria la..anak dia dah nak lemas.

Dua tiga hari pastu baru la aku ada guts nak call cakap semuanya. Aku habaq semua masalah2 yang aku buat sebijik yang macam Madam tu kondem budak university sekarang. Aku seriously tak nafikan pun tu aku. Aku rasa depression ni memang berjaya buat aku jadi lagu tu. Lepas dah bincang dengan mak, aku tangguh, aku pi kerja. Cukup duit 9 bulan aku kerja, aku sambung balik 1 sem. Aku siapkan thesis aku, aku repeat subjek2 yang aku gagal, aku pi kelas balik on time, aku tambah 2 subjek sebab huruf F banyak gila weyh dalam transcript aku. Pastu, alhamdulillah.

Cukup dengan 1 sem tulah aku diklassifikasikan sebagai graduan November 2017 dari senat. Aku grad dengan budak junior. No matrik aku pun jauh gila nombornya. Naik pentas last sekali dalam course tu, sebab aku takdak kawan. Kawan2 aku semua dah kerja sedap, dah jadi PTD, dah jadi consultant, da jadi orang penting syarikat, poket dah tebai, anak dah ramai, yang aku pulak terkedek-kedek la usung transcript yang penuh F tu pi cari kerja lepas grad.

Tapi betul la, Allah tak pernah lupakan hamba Dia, kita ja asyik duk lupa Dia ada, dok tengok apa kita buat kat bumi ni. Aku lupa nak habaq, sambil aku siapkan sem terakhir aku tu, aku balik rumah aku meniaga petang2 kat depan 7e. Kadang2 aku masuk pasar malam. Aku berniaga boleh tahan lama jugak la. Tak tembus mana-mana company pun panggil aku kerja. Setahun lebih sampai bulan 4 tahun 2018 ni. Pastu aku dapat panggilan kerja kontrak 6 bulan, bukan tetap. December ni, genap 6 bulan, berhenti, dan elok lah lagi 2 3 hari aku masuk kerja tetap. Tak sangka ada jugak international company nak hire graduan F macam aku. Allah memang sayang betul kat hamba Dia. Nikmat mana lagi aku nak dustakan ni?

Ampa yang tengah belajaq kat uni tu, nak final dah kan? Kalau ada di antara ampa yang buat perangai2 macam aku ni, pi lah mintak maaf kat mak ayah, lecturers, coursemate.. Mintak restu dari pensyarah² ampa balik. Bukan senang nak bangun balik kalau dah jatuh, tapi percaya lah, Allah tolong. Asalkan kita sungguh- sungguh nak berubah. Toksah lah duk syok sangat main phone kat kelas la ni, hang keluaq dari U tu hang tau lah susahnya nak “jual” diri hang kat industri.

Yang aku ni terpilih masuk korporat ni pun sebab depa takmau tengok CGPA aku, tapi nak tengok skil-skil aku yang lain. Panel2 interviewer ni langsung tak kisah dengan transcript aku tu. Tapi bukan semua graduan boleh jumpa company macam ni. Beratus interview aku pi, company ni ja lain dari yang lain. Dan pada aku, ni semua berkat doa mak ayah aku dan kawan2 lain. Ya, aku sejenis kalau jumpa orang aku mintak depa tolong doakan aku, tak kisah lah doa apa, janji doa. Dulu aku tak camni, hauk jugak. Jauh dari Dia.

Jatuh bangun hidup seseorang, apa yang berlaku, “always there is a hidden germ to explore”. Kalau hang rasa tahun 2018 ni paling teruk dalam hidup, tahun 2019 nak mai ni bangun lah balik. Jangan berhenti separuh jalan. Habiskan. Jangan biarkan masalah ka, stress ka depression ka yang kawal hidup hang. Kalau aku boleh, hang pun boleh. Dekat-dekatkan diri hang dgn Allah.

Satu lagi nak pesan, ambik peluang belajaq macam2 skill. Aku bukan nak gebang kuat kat ampa, tp lebihnya aku sebab aku banyak belajaq masa susahnya nak cari duit untuk survive. Aku pi belajaq cara bertani, cara berniaga, belajaq jugak meniaga kat website, socmed, aku organised program, aku join kursus ni, kursus tu. Lepas tu, hang dah tau cara, balik ajaq la orang lain. Biaq semua orang dapat sama macam kita dapat. Jangan berkira nak tolong orang, sebab last-last semua pertolongan tu balik kat kita balik . Allah tu Maha Hebat, tak pernah sekali pun Allah tak sayang kita.

So, benda pertama aku nak buat sempena gaji tetap ni, aku nak pi balik Uni aku, pi belanja pensyarah2 yang dok sabaq dengan aku. Aku harap depa semua ingat lagi la the one and only nama student yang kerap naik meeting ni. Ya, Prof² & Dr.² ni lah duk serabut kepala pikiaq nak bagi aku buleh jugak lepas degree. Setahun dua bulan aku tunggu nak capai level confident jumpa depa balik, harap takdak lah kena hempas pintu lagi. Kahkahkah.

Aku doakan ampa yang baca ni terus berusaha untuk jadi Hamba Allah yg hebat dan tolong doakan aku jugak. Moga ada sinar wajah bakal suami pulak 2019 ni. Hahaha.

– KC

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *