Graduan ILKKM dan Sektor Swasta

Telah genap 1 tahun 4 bulan menunggu posting setelah tamat tempoh latihan sebagai seorang graduan ILKKM (skim latihan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Flashback balik tahun 2013-2014, tempoh menunggu penempatan paling lama adalah 3 bulan sahaja selepas graduan menamatkan pelajaran mereka. Bermula sekitar hujung tahun 2014, Keluar 1 memo tentang “penggunaan tenaga kerja secara optimum”. Banyak jawatan yang telah dibekukan. Maksudnya, tiada lantikan jawatan baru. Itu la punca kami menunggu posting hampir 2 tahun. Itupun masih ada la dengar orang tu buat manifesto 6 bulan tamat belajar terus dapat kerja. alahai, Boleh percaya ke?

Dah bagi 4 tahun pun tak reti nak buat. tu graduan IPG semua tu menganggur dah berapa lama? Graduan MBBS lagi tu. graduan lain tak tahu la pulak kan. Ini kami cuma golongan pelaksana. Bukannya professional pun. Golongan professional ada la jugak Skim SL1M. Tapi rasanya masih banyak graduan dari institusi kerajaan sebelum ni yang menganggur. Yang mana menganggur tunggu posting sebab pointer dengan attitude tu lantak dekat engkaulah. tu memang kehendak sendiri waktu belajar tak fikir. Ni yang pointer elok, soft skill baik tunggu posting lama-lama ni apa cerita?

Cukuplah sebagai mukadimah sempena PRU ni. Tujuan aku menulis adalah ingin meminta sedikit pendapat dari golongan bijak pandai di luar sana.Sementara aku menunggu posting, aku bekerja di sebuah pusat dialisis di selatan tanah air. Alhamdulillah rezeki aku diterima kerja di sini walaupun gaji sekadar cukup untuk menampung keperluan hidup seharian. Tak layak untuk buat loan pun. Kalau boleh buat loan pun aku takkan buat loan untuk benda yang bukan keperluan. Aku anak muda yang masih tiada apa-apa simpanan. Duit biasiswa waktu belajar dulu memang digunakan sepenuhnya semasa belajar. tambah tolak duit tiket balik kampung, makanan semua,bayar motosikal installment 3 tahun , jadi habislah semua.

selepas tamat tempoh percubaan kerja selama 3 bulan,gaji aku masih di bawah “2K”. Tapi bolehlah menyimpan beberapa ratus sebagai “wang kecemasan”. Itupun campur bayaran Overtime lebih dari 30jam dan ikat perut untuk makan tengahari dengan makan malam. Aku rasa aku dah cuba yang terbaik dah untuk naik gaji. tapi tu lah, company ni guna time based untuk kenaikan gaji. Macam sektor awam juga naik RM100 setiap tahun bagi golongan pelaksana tapi ni tak tahu la kan naik berapa. Buat pengetahuan tuan puan, aku bukanlah seorang yang boros. Starbuck dan Mcdonald bukan tempat aku. KFC,texas chicken, Kenny Rogers memang aku tak sentuh. Aku kalau boleh 1 hari tu biar makan cuma RM5 ke bawah boleh nak cari yang RM5 ke bawah dan boleh kenyang untuk 1 hari. Dari segi pakaian, Padini, Brands Outlet, Converse jenama-jenama mahal yang lain jauh lagilah. Kalau dapat baju bundle pun dah memadai untuk aku. Tapi secermat-cermat aku macam ni pun masih sedikit sangat duit yang boleh aku simpan secara bulanan. Komitmen bulanan aku sahaja sekitar RM635 (Termasuk duit yang diberikan kepada mak ayah).

Aku cemburu tengok anak muda berumur tak sampai 25 tahun dah mampu stabil dan mempunyai simpanan yang banyak. tengok yang muda-muda lagi dah kahwin. ( Taknak la cerita mereka yang buat loan,Main MLM dengan yang jadi Anak ikan kat luar sana tu). ni cerita yang boleh pulun semua dengan cash dengan rezeki yang halal. Ada pulak tu muda-muda lagi dah berpeluang kerja di luar negara, tahu bagaimana selok belok pekerjaan di sana. Nak keluar negara mesti la nak ada duit bukan? .Buat pengetahuan pembaca semua, aku dah nekad nak cuba benda baru dalam hidup aku, tak kisah la lari bidang dari apa yang aku belajar, Kena pergi jauh dari tempat sendiri ke asalkan “halal ” dan boleh buat duit yang banyak. Lagipun aku dah bosan dengan kerja aku, sebab aku rasa aku muda lagi patutnya aku perlu banyak mencari cabaran di luar sana, tak kisah la kalau lari ke sektor swasta sekalipun, lagipun sebelum ni memang tak pernah terfikir pun nak berada dalam sektor awam.

Aku nak penuhi cita-cita mak aku, teringin sangat dia nak pergi mekah. dari zaman sekolah lagi dok sebut nak pergi mekah. Umur dia pun dah berapa dah. Dengan gaji yang aku ada sekarang ni entah berapa puluh tahun lagi baru boleh menyimpan untuk dia pergi mekah. Nak kumpul untuk kahwin lagi. Mohon netizen bijak pandai mengemukakan cadangan dengan bernas untuk hamba yang buntu ni.

– Hamba yang Hina.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *