Assalamualaikum semua. Aku Aina. Berumur 23 tahun.. Habis study 2 tahun lepas. Aku belajar setakat diploma je. Aku selalu stalk page ni.. Banyak aku dengar luahan confession takde kerja, gaji cukup2 makan, tengah bulan gaji dah habis dan lain lain.
Teringat aku dua tahun lalu. Masa baru habis study. Aku apply keje dlm bidang aku n aku ditawarkan dengan gaji rm1500. Ye la, standard diploma kan. Tp aku kerja sebulan je, sbb takde hati plus dengan gaji setakat rm1500 aku tak boleh nak go on. Aku perlu tanggung family. Aku nak saving yg banyak. Aku tak tau nak cari duit dari mana. Nak kerja mcm Unit trust, Insurance, Coway memang aku tak minat. Sebab 100% commission. Plus kene sewa booth, cari tempat sendiri. Aku tak minat.
Aku doa kat Allah supaya bagi aku jalan. Lama2 dpt idea.. Aku search kat fb “Partime or Fulltime job”, Promoter Freelance, mcm tu la bunyi dia. Aku dapat la kerja. Kerja di bawah agency yg buat marketing utk company2 besar.. Bayaran dia agak lumayan jgak. Ada basic + komisyen. Dari sehari aku buat duit rm150, sampai la aku dah pandai buat duit rm300 sehari.. So, sebulan dapat la dalam rm7000. Ok la kan. Aku just pikir utk closes customer shj.. pasal booth semua, agency yg sediakan. Aku tak payah pening2..
Ok dengan gaji rm7000 sebulan, blh katakan aku boleh beli apa yang aku nak kan. Lagipn aku tak kawin lagi. Tapi tidak. Allah bukan setakat bagi aku duit. Dia jugak bagi aku ilmu. Customer aku bukan setakat orang Malaysia sahaja. Ada yg dari Arab, Dubai, Russia dan banyak lagi. Kadang dorang ni borak2 ngn aku. Salah satunya aku diajar tentang makanan. Mereka pesan, jgn ambik makanan or minuman bergula. Selain tak elok utk kesihatan, gula juga penyebab jerawat. Patut la aku tengok orang Timur tengah, kulit mereka Masya Allah bersihnya..
So, start dari tu aku banyak minum air masak je.. Air bergas, bergula, Tealive, memang aku tak sentuh.. Makan KFC pn aku akan mintak tukar air bergas kpd air mineral. Untuk skincare pulak, aku memang takde pn pencuci muka, toner, krim siang malam bagai. Bukan nk jimat, tapi aku kurang minat bahan2 kimia. Aku prefer cara traditional. Pernah member aku tanya, seumur hidup aku, tak pernah dtg jerawat ke.. aku rasa maybe factor jaga pemakanan. Waffle, coklat, kek, asal manis2 semua aku tak sentuh.
Untuk transport pulak, aku tak beli kereta lg.. pergi mana2 aku naik lrt. Tambahan pulak skrg kerajaan buat promo My100. Sebulan kos transport rm100 je. Memang jimat sgt. Hasil duit simpanan aku, aku dah pun beli rumah cash money tanpa sesen pun loan dari bank. Alhamdulillah. Walau pun ramai hina kerja promoter, kerja cari2 orang, jumpa org, approach org, tp aku bahagia dgn rezeki aku. Skrg ni tgh kumpul duit utk bisnes akn dtg. Tak selamanya aku kerja as promoter. Harini aku gagah berdiri berjam2, esok mungkin aku tak kuat mcm harini.
Aku berimpian untuk pencen awal, biar duit pulak kerja untuk aku. Doakan aku ye.. Untuk graduan di luar sana, cuba ceburi bidang sales. Cari pengalaman. Mahal harganya sebuah pengalaman. U all muda lagi.. InsyaaAllah takde istilah duit tak cukup hujung bulan. Good luck. Assalamualaikum.
– Aina
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit