Pelik aku lihat ramai pula graduan perubatan kini tidak tahan stress dan payah mencari pekerjaan.
Dikatakan degree medik terpaling sukar untuk lulus. Sedangkan, banyak lagi bidang yang sukar. Bukan hanya medik.
Makcik di kampung kata bidang perubatan senang diserap masuk ke kerajaan, tak kira cgpa skor berapa, pasti masuk kerajaan.
Mentaliti nak senang dapat kerja dan nak kerja tetap. Malangnya, ia tak terpakai setiap masa kerana zaman berubah.
Jika benar seseorang minat dengan bidang perubatan, takde nak merungut begini. Manja la korang ni!
Zaman dahulu kala bolehlah berfikiran begini, zaman kini kena terima hakikat.
Merungut tiada guna, seharusnya dengan kesukaran mencari pekerjaan, korang ambil je peluang apa yang ada terlbih dahulu. Turunkan ego.
Kalau career pathway korang dah tak menuju ke bidang perubatan, redha sahaja. Ramai lagi graduan lain mempunyai nasib yang sama.
Zaman bila korang hidup nak degree sama dengan bidang pekerjaan?
Ya, tahu! Degree tu susah nak skor, susah masa belajar, tapi hakikatnya dunia ni tak berputar kelilingi kau.
Tak usahlah dibuai kemenangan masa silam sebagai pelajar pintar, teruskan mencari peluang baharu.
Dari boikot sana sini, meratib yang bukan – bukan, lebih baik fikir dahulu kenapa pilih degree medik pada asalnya?
Degree tersebut datang dengan tanggungjawab.
Lembik doktor-doktor zaman kini apabila hanya mampu memboikot, quit, berkira nak menambah ilmu dan bising-bising dengan segala benda.
Patutnya beruntung dengan tangga gaji yang dimiliki. Besar juga tu untuk hidup di Malaysia.
Medik bukan pathway untuk jadi kaya. Nak jadi kaya ada banyak cara lain.
Ini bidang untuk orang yang berjiwa murni membantu masyarakat.
Pergilah ke luar negara jika berkemampuan kerana rakyat Malaysia tak ramai kaya untuk bayar kos perubatan yang tinggi menggunung. Pepaling RM1 tu je laaaa.
Semoga ada sinar harapan untuk korang.
– Doktor Gen X (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit