Graduan ‘Menganggur’

Dalam perkiraan aku sudah makan masa bulan, aku sedar mengjangkau masa berbulan bukan lagi satu jangka masa yang pendek bagi graduan jurusan “penganggur” seperti aku. Dan dalam jangka masa itu jugalah beratus kali mungkin hati aku dicincang lumat dengan cemuhan dan soalan dari orang sekeliling malahan dari keluarga sendiri yang mula tidak memahami situasi yang aku sendiri sudah buntu untuk menjelaskan bagaimana. Otak aku tidak kurang hebatnya diterjah. Belum sempat perit hati pulih, otak pun turut menerima tekanan ditahap yang paling maksimum.

Barangkali orang disekeliling buta dengan keadaan ekonomi sekarang. Puluhan permohonan kerja dan resume dihantar tapi tiada satu pun memihak pada aku. Bukan tidak berusaha, tapi apabila setiap kali usaha bertemu dengan kegagalan sebagai manusia aku juga ada rasa kecewa dan putus asa. Usahkan bantuan kata semangat pun payah untuk aku dengar dari keluarga sendiri ketika ini. Dari kecil hidup aku tidak pernah diajar untuk mendapatkan kemewahan, pujian apatah lagi penghargaan yang berbentuk sesuatu, setiap keperluan hanya akan dipenuhi melainkan ianya benar-benar penting.

Aku positifkan diri barangkali ada sebab mengapa ibu ayah mendidik sebegitu rupa.Dalam hal ini aku sedar mentality pemikiran orang-orang lama agak sukar difahami dan diubah tambahan pula aku dikelilingi orang-orang kampung yang dalam pemikiran mereka tamat pengajian bermakna kerja hebat pun sedang menanti diluar. Berhadapan situasi ini senang cerita dari berusaha mencari peluang sampailah terpaksa memotivasikan diri sendiri semuanya dilakukan dengan daya sendiri berbekalkan rasa kecewa dan tekanan disekeliling.

Tamat pengajian dengan harapan mudah mendapat peluang pekerjaan bukan lagi kenyataan tapi hanya mimpi yang tiada kesudahan. Sebagai seorang yang beragama islam aku percaya walhal begitu yakin rezeki dan bahagian aku pasti ada. Hati ini setiap kali kecewa cuba dipujuk dengan peringatan seperti itu. Sampai masa tuhan akan beri dan aku akan rasa betapa nikmatnya menerima pemberian tuhan.Tapi sejauh mana kuatnya aku untuk terus berpegang dengan kata-kata itu. Sedangkan dahan yang kuat pun boleh patah inikan pula hati dan perasaan manusia seperti aku.

Kadang aku berfikir jahatkah aku sebagai seorang manusia bilamana dalam hati mula terdetik mengapa ujian diturunkan pada aku. Timbul rasa letih takkala semua bebanan rasa dipikul sendiri. Nak diluah cemuhan yang dapat nak dipendam perit terasa. Kadang rasa betapa tidak bergunanya aku sebagai seorang anak apabila tidak mampu memberi kebahagiaan kepada kedua orang tua. Pedih itu mungkin boleh dicerita tapi untuk dirasa tidak mungkin. Duit yg dilaburkan sebelum ini semasa di universiti belum berhasil. Aku tidak mengharapkan banyak Cuma sokongan dan semangat dari kalian.

Setiap pergerakan duduk bangun aku dipandang sinis bagai pengemis jalanan. Kecewanya rasa hati bila usaha dan kejayaan sblm ini meskipun kecil tidak pernah dihargai malah terkubur mati begitu sahaja hanya kerana aku memegang status “penganggur”. Betapa luluhnya hati aku. Tidak pernah membantah dan meluahkan rasa yang terpendam terhadap keluarga sendiri bukan bermakna aku buta dan tuli dengan segala tohmahan tapi aku Cuma malu untuk melepaskannya kerana aku sedar aku bukan siapa-siapa. Mungkin mereka diluar sana yang gemar mengajukan pelbagai soalan tidak tahu pada masa ini aku juga sedang berusaha untuk

membahagiakan ibu bapa aku bukan sedang duduk kaku menanti rezeki jatuh dari langit. Disebalik penulisan ini aku Cuma mengharapkan sokongan dan semangat dari kalian diluar sana. Fahami situasi kami sebagai penganggur sementara ini.Buat ibu bapa hargailah setiap usaha dan kejayaan anak-anak meskipun kecil. Kerana dari situlah semangat kami akan ada untuk terus berjuang. Doakan aku dan juga rakan penganggur di luar sana supaya kami dimurahkan rezeki dalam mendapatkan peluang pekerjaan.

Sekian.

– Sha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit