Graduan Menganggur

Assalamualaikum pembaca semua. Sebelum aku memulakan luahan, izinkan aku perkenalkan serba sedikit tentang diri aku.

Aku Misha dan merupakan salah seorang lambakan graduan Sains yang masih menganggur. Mungkin kisah aku tidaklah seteruk segelintir graduan lain yang sudah menganggur lebih dari setahun, sebab aku pun baru sahaja grad hujung Oktober lalu.

Secara luarannya, mungkin aku baru dikira menganggur selama 5 bulan. Tapi kalau diikutkan, aku sudah tamat belajar sejak Jun 2019 lagi, dan 3 bulan lagi genaplah setahun aku menjadi penganggur di rumah.

Aku merupakan fresh graduate yang terlalu fresh kerana pengalaman kerja aku cuma sewaktu internship pada tahun 2018 selama 3 bulan, yang juga tidak mendapat sebarang elaun. Jadi, pengalaman kerja aku terlalu sedikit dan aku tak pernah merasa untuk ada gaji sendiri.

Mungkin disebabkan aku sudah terlalu dimanja oleh kedua orang tua aku, aku tidak diberi keizinan untuk bekerja part time di retail company kerana bagi mereka, mereka masih mampu menyara aku seorang kerana aku anak bongsu.

Mereka cuma mahu aku usaha untuk mendapatkan kerja tetap atau contract dahulu.

Awal2 menganggur agak bahagia kerana dapat meluangkan banyak masa dengan kedua ibu bapa aku yang sudah pencen dan hari2 aku penuh dengan aktiviti bersama mereka. Tapi lama kelamaan setelah satu2 rakan aku yang mendapat kerja sebelum grad, aku jadi semakin insecure.

Aku juga teringin nak ada gaji sendiri dan belanja family aku dengan hasil titik peluh aku sendiri, tapi usaha tu sampai sekarang tak membuahkan hasil.

Lebih menyedihkan, kawan2 sekolah aku terutamanya ada yang assume aku tak berusaha untuk cari kerja dan terlalu memilih kerja hanya kerana aku tak banyak bercerita tentang job application aku.

Kalau aku tunjuk email job application aku agaknya baru mereka faham kot sebab hampir mencecah 100 email application secara manual. Belum dikira melalui Jobstreet, SPA dan sebagainya lagi.

Aku tak memilih kerja pun sebab aku tahu pengalaman aku kurang dan aku juga apply kerja yang lari dari bidang aku, tapi mostly di reject sama ada sebab overqualified ataupun mereka directly beritahu bidang aku tak sesuai untuk kerja tu.

Kadang2, perkara yang membuatkan aku sedih adalah sebab peluang pekerjaan terutamanya untuk bidang Sains sangatlah terhad. Kalau nak bekerja lari bidang pula, kebanyakannya hanya valid kalau kau dah ada pengalaman untuk pekerjaan tu.

Kalau diikutkan, kos yang berkaitan Sains yang ditawarkan di universiti sangatlah banyak dan diagung agungkan, tetapi peluang pekerjaannya sangat terhad.

Belum lagi dicampur nak bersaing dapatkan kerja dengan graduan master dan juga dengan graduan lain yang sudah pun mempunyai pengalaman bertahun. Makin kabur rasanya harapan sebagai fresh graduate.

Aku selalu kecewa bila terfikirkan hal ni, tapi kerap kali juga aku ingatkan diri sendiri mungkin belum rezeki aku lagi. Masih ramai juga rakan sekelas aku yang belum mendapat kerja dan ada yang putus asa nak cari kerja dengan sambung master, tapi aku dah tak mampu rasanya nak sambung master.

Bukanlah aku nak kata sepanjang menganggur ni aku tak dapat interview langsung, Alhamdulillah sangat ada dan aku tak pernah tolak satu pun panggilan interview walaupun jauh.

Setiap kali interview aku akan seronok sangat sebab masih diberi peluang untuk mencuba, tapi hampir setiap kali habis interview aku akan kecewa.

Kecewa sebab rata2 company nakkan orang yang berpengelaman walaupun job requirement mereka tertera consider fresh grad. Walaupun sehabis boleh aku jual diri dengan kelebihan diri aku, tapi mereka seakan tidak yakin dengan pengalaman aku, dan aku tetap juga berharap.

Geram juga lah bila mengenangkan macamana kita nak dapat experience kalau tidak diberi peluang untuk tunjuk kemampuan kita. Dan end up, most company hanya akan diam tidak memberikan feedback walaupun aku dah hantar follow up email selepas interview. Haih, makin kecewa dibuatnya.

Maaf jika posting aku ni seperti terlalu banyak rungutan, tapi aku cuma meluahkan untuk dapatkan semangat dan tips dari para pembaca supaya aku tak give up dan teruskan berusaha.

Aku juga taknak bandingkan diri aku dengan orang lain. Aku tahu perjalanan hidup setiap orang berbeza dan aku tak patut bandingkan diri aku dengan orang lain. Tapi tu lah, aku cuma manusia biasa yang semangat aku pun ada pasang surutnya.

Semoga ada sinar untuk diri aku dan juga para graduan lain yang masih menganggur, Aamiin.

– Cik Misha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *