Graduan Sains Tiada Kerja

Assalamualaikum

Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Firstly aku kenalkan diri aku, seorang perempuan 30an berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Aku salah seorang graduan sains dari sebuah universiti awam terkemuka.

Aku graduate tahun 2005, kira-kira 12 tahun lepas. Aku akui, keputusan aku takde la cemerlang mana tapi alhamdulillah berjaya juga habiskan degree. Masa tu tak terfikir pun tentang dunia pekerjaan, realiti dunia pekerjaan itu sendiri. Aku fikir, dengan tajaan biasiswa JPA sepanjang pengajian aku, aku dapat secure kan satu jawatan dalam kerajaan. Tapi aku silap, pelajar tajaan JPA bukan tiket untuk jawatan tetap kerajaan. Ramai lagi pelajar bukan tajaan yang result cemerlang bersaing untuk jawatan pegawai kerajaan.

Kepayahan aku bermula selesai aku menamatkan pengajian. Beratus-ratus resume aku hantar, satu pun tak dipanggil interview. Aku belajar cara-cara menyediakan resume yang bagus. Ok, nampak peningkatan. Aku mula dipanggil temuduga. Tapi sayangnya, seringkali aku kantoi bila ditanya soalan-soalan berkaitan apa yang aku belajar.

Aku akui aku ambil ringan tentang pelajaran dulu. Kelas pun ikut suka hati nak pergi ke tak. Belajar pun main-main. Tutorial tak pernah siap. Sumpah ini adalah penyesalan terbesar dalam hidup aku. Sampai sekarang walaupun dah punya kerja tetap, aku masih menyesali perkara yang satu ini. Kalau boleh kembali ke masa dulu, aku nak ulang balik pengajian aku. Aku menyesal tak belajar bersungguh-sungguh.

Back to the cerita aku tentang interview tadi, hampir setahun aku menganggur tanpa kerja yang berkaitan dengan study aku. At last aku kerja di sebuah butik retail. Alhamdulillah dapat lah menampung hidup tanpa menyusahkan ibu dan ayah. Percaya tak, hampir 5 tahun aku kerja di situ kerana masih tak dapat pekerjaan dalam bidang study aku.

Suatu hari aku terfikir, selepas 6 tahun aku habiskan pengajian, hampir mustahil aku dapat recall balik apa yang aku belajar dulu, macam mana aku nak kerja dalam bidang itu? Aku ambil keputusan untung sambung study, untuk tebus balik kesilapan aku. Masalahnya, aku nak ambil course apa dan berapa lama pula aku nak habiskan pengajian?

Kemudian aku terfikir untuk ambil sijil kompetensi instead. Based from permerhatian aku, bidang aku lebih mengutamakan kompetensi lebih daripada ijazah. Akhirnya aku daftarkan diri untuk kursus pegawai keselamatan dan kesihatan perkerjaan atau safety and health officer course (SHO) di NIOSH.

Sepanjang kursus, aku betul-betul enjoy dan belajar sungguh-sungguh. Sungguh aku cuba untuk tebus kesilapan aku ketika pengajian ijazah dulu. Ada masa lapang, aku habiskan dengan study buku akta dan modul. Habis sahaja kursus, aku daftar peperiksaan untuk ke empat-empat paper. Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan aku, aku lulus kesemua paper.

Selesai kursus, aku mula mencari pekerjaan. Alhamdulillah dengan sijil SHO ini, ibarat stepping stone aku untuk dapatkan perkerjaan. Aku diterima bekerja sebagai safety coordinator di sebuah kilang. Aku berkerja dengan bersungguh-sungguh. Aku kutip pengalaman, ilmu dari situ. Aku luaskan network aku, kenal dengan safety practioner seluruh Malaysia. Dari situ perlahan-lahan aku mendaki ke atas. Cukup 3 tahun bekerja, aku daftar di JKKP sebagai SHO kompeten atau greenbook holder. Alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan aku. Mulai saat itu, peluang kerja bukan lagi satu masalah kerana permintaan untuk greenbook holder sentiasa ada dengan tawaran gaji yang menarik.

Bagi aku, safety field punya masa depan yang cerah dan pelbagai cabang yang boleh diceburi. Consultancy, training, CIMAH, CHRA, hygiene tech, just to name a few. Sebab keperluan untuk orang-orang kompeten ni adalah dalam legal requirement yang perlu dipatuhi oleh setiap majikan. Even scope kerja SHO sendiri dah tertulis dalam Legal Act OSHA 1994.

Walaupun sesetengah orang bila aku bagitau aku kerja safety, diorang ingat mak guard, aku senyum je la. Hihi. Kalau rajin aku explain la, mak guard tu security, jaga harta benda. Safety ni jaga nyawa orang, prevent from accident. Kalau dah eksiden, kau jumpa dokter. Haa, siapa lebih penting? Prevention is better than cure orang kata. Hihi gurau jek. Mohon dokter kat sini jangan sentap, awak tetap penting dalam masyarakat ye.

Apa yang aku nak tekankan di sini, walaupun bidang study kau mempunyai peluang perkerjaan yang limited terutamanya untuk graduan sains, mungkin korang boleh look for other alternatif, cari peluang menambahkan skills atau kemahiran. Banyak program kerajaan untuk bantu bumiputera terutamanya yang membabitkan kemahiran. Contohnya akademi binaan Malaysia atau kolej komuniti MARA. Yang penting, sentiasa ada kemahuan untuk majukan diri. Aku doakan korang semua berjaya dalam bidang masing-masing. Amin.

– SHO

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit