Graduated With Dean’s List Every Semesters

Hai dan assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approved post ni. Okay seperti yang aku tulis tajuk pada post ni. Alhamdulillah, sepanjang pembelajaran aku di Uiam, aku memperolehi Dean’s List (Dekan) setiap semester dalam bidang yang aku ambil (Rahsia).

Aku tulis post ni bukan sebab nak masuk bakul angkat sendiri. Cuma aku nak berkongsi dengan junior-junior sekalian, tips dan dalam erti kata lain apa yang aku dah buat sampai aku boleh dapatkan DL setiap semester. Yelah, sebelum ni budak Uitm ada bagi tips, dan tak salah rasanya untuk aku kongsikan tips yang aku guna sepanjang belajar di Uiam Gombak. Okay serba sedikit tentang diri aku. Aku berasal dari pantai timur, 25 tahun, graduan Uiam 2017, dan bakal menyambung pelajaran di peringkat master, In Sha Allah (Doakan).

Okay, aku straight forward jelah. Antara tips-tips yang aku dapat daripada senior aku, dan aku guna daripada hari pertama aku bergelar pelajar ijazah di Uiam adalah;

1. DUDUK DI DEPAN.
Aku antara pelajar yang gemar dan suka duduk di barisan paling depan sekali. Sebabnya aku rasa ilmu tu lagi cepat masuk dan senang nak di serap dalam otak aku. Lagi kita duduk depan, lagi kita akan selalu kena aim dengan pensyarah. Jadi, bila kena selalu aim secara automatik pensyarah akan kenal kau. Dan kau akan lebih bersedia untuk menerima sebarang kejutan soalan yang pensyarah kau kasi.

2. FOKUS.
Bila dalam kelas, apa yang aku suka buat aku akan pandang muka pensyarah tu. Aku seorang visual dan kinesthetic person. Jadi aku akan fokus pandang pensyarah tu daripada mula hingga akhir kelas, dan tangan aku tak akan henti menulis nota. (Kenali diri korang semua dulu, lain orang lain jenis dan cara pembelajaran). Aku bukan pandang mata dia. Cuma aku pandang pergerakan bibir dia, word by word. So aku akan secara automatik simpan semua word yang di sebut sepanjang pembelajaran dalam kelas.

3. RUJUK NOTA KAWAN.
Ini penting. Yela, time belajar ni syaiton tak kan henti nak bergayut dekat mata nak kasi kita lalai. Jadi, check balik nota kau tulis dengan nota kawan kau tulis. Ada beza tak. Confirm ada beza! Okay, salin balik apa yang kawan kau dapat masa pembelajaran tu. Kalau kawan nak tengok kau punya, tak payahlah nak kedekut pulak. Win win situation. Kau salin aku punya, aku salin kau punya.

4. KENALI CARA PEMBELAJARAN.
Aku adalah night person. Jadi masa untuk aku buat revision adalah MALAM. Aku tak akan dapat study siang. Sebab memang tak akan dapat fokus. Jadi siang aku fokus bebetul dalam kelas. Malam aku akan study balik apa yang dah di ajar oleh pensyarah. Kalau kau adalah morning person, aku nasihatkan kau lepas kelas, ada masa terluang study balik. Antara kelas ke kelas kalau ada gap masa, belek balik apa yang dah di tulis masa kelas. Study balik.

5. VISUAL, AUDITORY, KINESTHETIC.
Kenali kau ni jenis belajar yang macam mana. Kalau kau jenis visual, fokus guna mata kau untuk faham dan tumpu setiap bait apa yang pensyarah cakap. Kalau kau jenis auditory, kau perlu lapangkan dan tenangkan telinga kau, jauhkan daripada orang yang suka bercakap dalam kelas, sebab ini adalah salah satu sebab yang akan buat kau tak dapat fokus dalam kelas. Kalau kau jenis kinesthetic, gunalah tangan kau sebaik-baiknya. Tulis nota, atau ketuk-ketuk pen, atau guna jari untuk ingat lesson pada hari tu. Boleh google ‘Learning Styles Method’.

6. BUAT NOTA.
Seperti yang aku tulis point nombor 5. Bila buat nota kau pun kena ikut jenis pembelajaran kau macam mana. Macam aku, visual dan kinesthetic. Aku akan tulis nota berwarna-warni, buat mind map yang hanya aku je akan faham (sebab cara aku selalu orang tak faham haha), dan seringkas yang boleh. Tapi pastikan tak ada satu pun tertinggal. Gunakan kreativiti yang ada. So that, kau boleh tarik minat otak kau untuk belajar. Bila nak ulang baca dan faham nota tu, aku guna kinesthetic punya learning style. Aku guna jari, dan anggota badan aku. Bila study pasal theory aku akan buat action yang mana aku sedang explain dan buat role play. Jadi bila exam benda-benda yang aku buat tu akan bantu aku untuk ingat nota-nota aku.

7. CONSULTATION.
Benda penting sepanjang belajar. Jangan segan jumpa pensyarah untuk tanya apa-apa je. Yup, benda ni ramai yang terlepas pandang. But make sure, jangan jumpa dengan tangan kosong. Maksud aku dekat sini, kau study dulu subjek tu. Kalau tak faham list kan soalan-soalan yang nak di tanya. Janganlah pergi suruh pensyarah kau ajar daripada A-Z. Melampau. Pergi, untuk dapatkan bantuan tambahan. Kau kena study dulu, bagi faham, kalau tak faham baru list kan soalan dan topik mana yang perlukan guidance.

Bukan untuk subjek yang di ajar je. Kalau kau ada assignment yang tak faham, atau perlukan rujukan bawa assignment kau jumpa pensyarah kau. Jangan bawa by mulut je. Print sesiap. Jadi kau well prepared. Pensyarah pun manusia biasa, jangan kau ingat dengan bercakap je pensyarah kau akan faham. If ada written documents, akan lebih membantu untuk pensyarah nampak sebenarnya kau perlukan bantuan dekat mana sebenarnya. Gitttew. Nak berjaya, kena tonjolkan usaha.

8. PERFORM UNTUK CARRY MARKS (CAM).
Okay, bagi aku CAM amat penting. Sebab aku bukan yang jenis score exam. Macam mid term tak dapat full pon. Haha. Jadi perform dan double effort untuk penuhkan carry marks kau. Bukan dengan bodek pensyarah ye. Ilmu tak gunalah kalau macam tu. Jangan sesekali guna jalan pintas, kau akan rugi.

Apa yang aku nak tekankan dekat sini. If pensyarah bagi kau tasks, assignments, field work, research, etc kau perlu buat sungguh-sungguh. Jangan buat main-main. Kalau kau perform, 50 above over 60 akan dapat dalam genggaman kau. Kalau kau bebetul tunjukkan effort kau, percaya cakap aku 60/60 tak mustahil pun. Apa yang penting, kerja biar kemas, nampak kreatif, ikut arah pensyarah, dan kalau tak faham tanya.

Aku ingat, assignment yang aku pernah buat dan dapat 29/30. Research paper aku. Mestilah korang rasa 30 tu senang je nak dapat, berapa page je pun. Lol. Siang malam tak cukup tido, nak collect data, nak key in SPSS, nak buat analysis, nak cantikkan graf (Ingat kerja kena kreatif). So, berbaloi lah kau dapat highest mark among classmates kan. Kalau kau letak full effort, kau akan dapat apa yang kau target. Trust me.

Dan jangan sesekali kau tiru copy paste assignment kawan, dan buat plagiarism. Sangat-sangat tak matang untuk pelajar universiti. Tak kan nak dapat markah tinggi sebab orang lain? Use your own effort. Boleh rujuk senior untuk rujukan juga. Tapi jangan pula minta assignment yang senior dah pernah buat. Tanya, dan minta tunjuk ajar. Bukan tanya semata-mata nak tiru. Macam mana nak berjaya kalau malas nak belajar dan tunggu nak di suap je? (Sorry lah dekat junior aku, yang ramai whatsapp minta assignment yang pernah aku buat. Kalau korang tanya cara dan minta aku ajar, yes aku akan ajar. Tapi kalau minta ‘Akak, nanti emailkan dekat bla bla bla’ Aku memang tak akan balas.)

9. GROUPMATES.
Ini PALING PENTING bila nak gerak kerja grouping. Aku tak suka sangat kerja secara berkumpulan sebab orang selalu take advantage. Pernah je buat assignment sorang-sorang, orang lain tumpang nama. But for me, dalam menuntut ilmu ni, kena adil bertempat. Kalau kau dapat groupmates yang nakharomm, kau pergi jumpa pensyarah dan inform. Itu hak kau. Kau buat assignment bagai nak mati, dan orang lain tumpang nama, wutt? Nonsenses. Jumpa pensyarah, tunjukkan bukti yang mereka tidak memberikan kerjasama. Lepas pada tu, atas pensyarah tu lah kan nak ambil tindakan apa.

But, sebelum lapor dekat pensyarah kau perlu bincang elok-elok dulu dengan groupmates. If tak jalan juga, then proceed to lapor.

Bila kena form a group, cepat-cepat avoid kan diri dari orang-orang yang suka ambil kesempatan ni. If tak sempat nak grab possible groupmates yang bagus, kau sebelum bahagikan kerja make sure buat rules and regulation. Ini hak okay. Belajar sampai universiti tapi adab tak ada tak guna. Rules and regulations serta timeline untuk collect semula task yang dah di bahagi amatlah penting untuk keep on track.

10. CALL PARENTS & FIND YOUR OWN SUPPORT SYSTEM.
Mak ayah anugerah terindah. Aku memang akan call mak ayah aku setiap hari. Walaupun bercakap tak sampai 5 minit. At least, minta restu dengan mak ayah. Buat apa-apa aku akan bagitahu mak ayah aku. Ya, benda nampak simple. Dan aku percaya, kejayaan yang aku dapat ni atas doa mak ayah aku setiap hari.

Setiap kali ada exam atau tugasan yang memeningkan aku akan call terus mak aku. Walaupun mak aku akan bebel. Bebelan itulah yang bagi semangat dekat aku. Bila aku perlukan pendapat, aku akan terus call ayah aku. Tanya itu dan ini. Aku perasan kalau aku tak call mak ayah aku, dalam sehari aku akan rasa susah gila hidup. Tak boleh nak buat apa. Ada benda tak kena. So, aku tak boleh tinggalkan benda tu. Even dah kerja sekarang ni. Benda wajib.

Sekarang teknologi dah canggih. Kalau mak ayah busy, bagi voice note pun dah okay sangat. Comelkan berbalas voice note dgn mak and ayah. Kui kui. Dan aku faham, for those yang dah tak ada mak dan ayah, cuba cari support system kau. Boleh jadi kakak, abang, adik atau kawan baik kau. At least seseorang yang mampu dengar dan doakan kau. Jangan keep sorang-sorang dan rasa kau tak perlukan sesiap. Itu kesilapan yg teramat besar.

Nowadays, deppressions’ rate among young generations keep increasing. Sebab tu aku cakap, kau sibuk mana pun, kau stress mana pun carilah seseorang yang boleh dengar dan support kau. Kau tak keseorangan. Dan yang lagi penting cari support system yang POSITIF. Bukan yang jenis ajak menghabiskan duit selalu atau pergi buat kerja tak senonoh.

11. INGAT TUHAN.
Sepandai mana pun kau, sehebat mana pun. Ingat Allah. Ingat tuhan yang berikan kejayaan dekat kau. Sekali kau lupa, sekejap je tuhan akan tarik balik nikmat dan kelebihan yang kau ada tu. Jangan pernah tinggal solat, selalukan baca surah Al-Waqiah, Al-Mulk, dan Yassin. Selepas solat, jangan lupa tiga doa, doa untuk ibu bapa, doa di jauhkan sifat tamak, dan doa mati dalam husnul khatimah. Moga diri terus di lindungi oleh Allah.

Mungkin sampai sini je dulu. Kalau aku rasa ada point yang aku terlupa, aku akan tambah balik. Doakan aku dan kita terus cemerlang. ;)

– Nurul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *