Graduation Day & BAP

Hi semua. Aku baru lepas tengok di media sosial. Ada la satu pempengaruh di tiktok ni, dia membebel pasal graduation day anak dia, kena bayar ratus ratus. (mungkin anak di sekolah menengah kot).

Aku baca la semua komen orang kat situ. Macam macam lah komen. biasalah semua nak kongsi pengalaman masing masing. 

kebetulan, sekarang ni tengah bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di sekolah seluruh Malaysia.

Macam semua orang tahu, setiap anak dapat RM150 kan. Jadi lagi ramai anak, lagi banyak la ko dapat kan.

Satu hari sesi persekolahan akan diperuntukkan untuk agihkan duit RM150 setiap murid ni pada ibu bapa masing masing.

Satu hari yang sangat berharga, kalau belajar macam macam ilmu boleh dapat.

Aku sampai terfikir, kenapa kerajaan tak kreditkan je duit ni dalam akaun waris murid masing masing? Apa keperluan dikerah cikgu cikgu seluruh negara uruskan agihan wang ini, sedangkan hari tersebut lebih baik belajar?

Jadi tulisan aku seterusnya kat bawah ni, nak menyentuh isu di atas ni. Cuma awas, kalau tak dapat terima pandangan aku, terpulang. Sebab aku memang nak all out, no barrels hold. 

Aku melayu Islam, aku kerja bidang profesional, syukur Alhamdulillah la rezeki Allah swt bagi pada aku. Pendapatan pun kiranya boleh la hidup selesa, hutang tu biasalah ada.

Syukur, mak ayah aku dulu ada kesedaran, walau mereka pun sekadar lulusan sekolah menengah, tapi mereka faham pencapaian akademik yang lebih baik boleh mengubah nasib kita dengan izin Allah swt.

Mereka push, didik dan motivate aku dan adik beradik untuk struggle, usaha bersungguh sungguh ketika belajar. Berkat doa mak ayah dan rezeki Allah swt nak bagi, dapat menikmati kehidupan yang agak baik ketika dewasa. 

Aku sebagai melayu islam, bangsa majoriti di sebuah negara yang dah merdeka hampir 7 dekad, di sebuah negara yang mendaulatkan bahasa melayu dan menyokong bangsa melayu dengan bermacam macam bantuan..

Jauh di sudut hati aku, rasa sedih dan kecewa dengan nasib dan kelaku bangsa aku. 

Kamu semua mesti pelik kan, apa kena mengena majlis graduasi, BAP dengan tiba tiba melalut ke Melayu Islam ni??

Aku jadi sedih, kecewa malu pun ada.. Hampir 70 tahun kita merdeka, Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermula 1971 kemudian Dasar Ekonomi Kebangsaan bermula 1991.. Di mana nasib anak bangsaku ini??

Setelah bertahun tahun dibantu dan diberi keistimewaan sebagai bumiputera, apa kita ini hanya mampu menjadi seperti ayam ternak yang saban hari menunggu ditabur dedak oleh pihak berkepentingan??

Kita bangsa melayu dan orang islam di negara ini, macam tak ada kemuliaan dan kekuatan, semua mengharap tongkat bantuan dari kerajaan.

Aku bagi contoh Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Ada parents yang sampai sanggup memaki hamun dengan kata kata kesat pada para cikgu yang menguruskan bantuan. Mengungkit sekolah lain dah bagi, sekolah ni belum..

Belum masuk cerita tuduhan cikgu joli dan gunakan duit BAP untuk guru guru makan sedap di hotel mewah. 

Masuk cerita yang bercerai berai, lagi malu. Bergaduh di depan orang ramai di sekolah semata mata nak berebut duit bantuan sekolah anak, sampai tarik menarik surat beranak.

Anak tak mau bela, masa datang ambil duit tak malu tunjuk muka. Itu pun mujur ada BAP, kalau tidak jejak sekolah anak pun tak mungkin. 

Hari akademik, Mesyuarat PIBG jauh sekali nak datang, tapi apa apa program sekolah anak menggunakan duit, pasti dibangkang dan dipersoalkan.. sudah tentu dengan cara viral di media sosial, sedangkan saluran suarakan dengan baik ada.

Kemudian hebahkan pula naratif suara tak didengari ketika mesyuarat PIBG, terus merajuk kononnya orang tak mau dengar idea dia, dan langsung tak mau dah pergi mesyuarat PIBG.

Bagi idea pun mengarut sebab tak faham selok belok pengurusan, mana orang nak dengar pandangan kamu.

Datang pun setahun sekali sekadar kutip bantuan BAP saja.. lebih teruk lagi bila tanya anak darjah / tingkatan berapa, kelas apa pun dia tak tahu.. yang dia tahu terliur dengan duit RM150 tu. 

Untuk makluman, setiap sekolah ada jadual edaran duit bantuan dia. dan setiap sekolah perlu maklumkan pada bank beberapa hari awal untuk buat pengeluaran wang tersebut secara tunai. 

kalau satu sekolah ada 600 murid misalnya, RM150 x 600 murid dah jadi RM90,000.. pihak sekolah pun kena runding lagi dengan bank berapa not RM100 dan RM50 kena ada.. supaya senang pembahagian RM150 setiap murid.

Kalau 600 murid, bermaksud perlu ada 600 keping duit not RM100, dan 600 keping duit not RM50. Itu semua ambil masa untuk disediakan. 

Pernah terjadi pihak bank minta sekolah tukar ke hari lain, disebabkan sekolah berhampiran dah ambil duit BAP tersebut terlebih dulu.. stok not RM100 dan RM50 tak cukup di cawangan bank tersebut. Jadi sangat leceh pengurusan agihan duit BAP ni..

Masa cikgu cikgu terbuang dari tugasan hakiki mereka mengajar, anak murid pun tak belajar.. Sangatlah merugikan. 

Sedih melihat bangsa kita melayu islam, berebut rebut duit bantuan ni sampai hilang adab dan kelembutan budi pekerti Melayu.. Aku terfikir, hina dan miskin sangat ke bangsa kita ni sampai RM150 berebut, bertekak, bertelagah. 

Tak usah bagi alasan, setiap orang nasibnya tak sama, Rezeki orang berbeza. Rezeki orang lebih sebab orang usaha lebih, bukan macam awak pukul 12 tengah hari masih kelubung bawah selimut di rumah bila baitulmal datang hantar bantuan.

Ada orang sanggup struggle upscale dan upgrade skills, sanggup usaha ambil kemahiran untuk gaji dan peluang lebih baik. sanggup tinggalkan zon selesa, merantau mencari pengalaman dan ilmu.

Rezeki Allah swt kalau dah diletak di tapak tangan, tapi awak tak usaha menggenggam, lama lama pasti jatuh ke tanah juga.

Ingat ya, malas orang miskin kekal lah awak miskin, malas orang kaya tak apa dia dah kaya. Nak jadi malas kena jadi kaya dulu, sebab semua benda boleh selesai pakai duit. 

Seterusnya, menyentuh kembali urusan BAP dan graduasi, anak anda tu bukan semalam lahir hari ni terus masuk sekolah, anda ada masa setahun sekurang-kurangnya nak usaha kumpul duit untuk persiapan sekolah.. di mana perancangan kewangan kita?

Arwah datuk nenek moyang kita pun dulu orang susah, dulu lagi skim pinjaman buku teks tak semua dapat, yuran sekolah masih dikutip.

Mereka cekal dan tabah mencari rezeki halal buat membesarkan dan menyekolahkan anak anak mereka, ada yang sanggup menabung sikit sikit hasil jualan harian atau gaji bulanan, dah tau nanti beberapa bulan ke depan, kena bayar yuran kena beli buku anak. 

Sekarang semuanya percuma, yuran PIBG pun dah bertukar jadi sumbangan seikhlas rasa tapi berkira betul bangsa kita untuk belanja demi pembelajaran anak anak.

Makin dibantu, nampaknya semakin rosak.. semakin jauh ketinggalan dengan bangsa lain dek kerana azam dan tekad mereka yang sangat kuat nak perbaiki nasib mereka. 

Menyentuh majlis graduasi pula, tuduhan liar sangat teruk dan dasyat. Tahu tak kadang kadang cikgu dan pentadbir pun memang tak nak buat di hotel hotel mewah ni,

Tapi yang teringin kepingin anak anak murid dan beberapa ibu bapa yang aktif dan vocal dalam PIBG.. nak meraikan anak anak. Barisan cikgu cikgu ni mengikut saja kalau ada yang mahu menguruskan. 

Sesetengah sekolah juga, kalau sosioekonomi keluarga muridnya memang jenis berduit, apa salahnya mereka nak meraikan di tempat yang mereka mahu?

Sebagai ibu bapa juga harus ambil tahu dan faham latar belakang sekolah anak anak anda, sosioekonomi penduduk sekitar bagaimana etc..

Kalau anda sanggup hantar ke sekolah yang agak baik, anda kenalah sedia maklum perbelanjaan di sekolah tersebut juga pastilah lebih dari kebiasaan.

Kenapa persoalkan bayaran sedangkan anda sendiri tahu di tempat terbaik, kamu perlu spend the money.. bukan harapkan ada bantuan dan subsidi untuk anak anak kamu hasil dari duit ibu bapa lain. 

Untuk naratif majlis graduasi ni, sekali lagi hati aku kecewa.. bukan kerana tuduhan liar dan fitnah yang dilemparkan, tapi aku melihat pempengaruh menunggang naratif “susah” dan “miskin” ke dalam minda orang melayu kita untuk meraih populariti.

Orang melayu kita ni, kalau bab emosi memang mudah terbawa bawa, terbuai emosi dan empati, mudah terpengaruh dengan pempengaruh hauk dan lembik yang mempergunakan kamu untuk meraih like views and shares. 

Bangkitlah wahai bangsakuu, sampai bila anda minda separa sedar anda mahu terbuai dengan rasa rendah diri.. Ulang ulang dalam otak aku susah, aku miskin, aku takde duit, aku tak tahu nak usaha macam mana lagi.

Anda berkira untuk berbelanja demi zuriat yang merupakan darah daging anda, sedangkan anda sendiri boleh berbelanja demi kepuasan hati.

Di mana keutamaan anda? Bagaimana perancangan kewangan anda? Tak ada simpanan tiap tiap bulankah? Tak ada emergency saving kah? Tak ada perancangan masa depan,

Oh anak aku tahun ini sudah sekian sekian umurnya, apa programnya di sekolah dan berapa duit akan digunakan untuk program dia?

Kenapa hina diri sendiri, bangsa sendiri dengan secara separa sedar, anda percaya anda itu miskin, susah, melarat, merempat, sentiasa tak cukup duit.. Kenapa tak percaya dengan konsep rezeki dari ALLAH swt, usaha doa tawakal.

Buat perancangan awal, ambil sikap proaktif untuk rancang kewangan keluarga 1 tahun 2 tahun kedepan.. simpanan di masa kecemasan, masa susah.. potential spending untuk bulan bulan mendatang..

Bila mana terbiasa menunggu dari bantuan, (kerana anda tahu tiap tiap awal tahun akan dapat duit PERCUMA senang senang goyang kaki), anda pun jadi malas nak berusaha, jadilah bila lewat dapat agihan anda maki hamun kononnya orang mahu rampas / lewatkan hak anda)

Untuk apa anda membebel menghina diri sendiri di media sosial, kononnya anda itu susah tak ada duit susah cari duit, sedangkan perancangan kewangan anda yang MUNGKIN BERMASALAH?

Ubah minda anda, ubah sudut pandangan anda. Lihat bangsa lain terutama bangsa C, pernah anda dengar mereka merungut berbelanja demi pelajaran anak anak mereka? Aktiviti sekolah mereka, semua menggunakan duit, semestinya.

Merungut tentang kewangan pun tiada guna, apa mereka buat? Berganding bahu cari dana supaya anak anak dapat yang terbaik menerusi kedudukan kewangan yang sihat. Mereka buat aktiviti fundraising, dinner, cari founder untuk taja dan tambah dana sekolah dsbnya. 

Kalau anak bangsa kita masuk ke sekolah mereka pun, automatik ibu ayah terus jadi tak pandai guna media sosial tularkan apa tidak puas hati. Terus elok tunduk ikut saja apa yang sekolah mereka tetapkan.

Tapi kalau di sekolah majoriti bangsa sendiri, macam harimau dan singa mengaum garang. 

kalau anda berkira dengan program dan aktiviti sekolah, minta bayar sumbangan RM50 satu keluarga satu tahun (RM50 / 12 bulan = RM4. 20 sebulan) pun berkira maka jangan mimpilah nak dapat yang terbaik.

Anda fikir “tak apalah aku tak bayar orang lain bayar” kalau dari 400 keluarga 200 yang fikir macam ini, baki 200 yang bayar x RM50 = RM10, 000 kutipan PIBG. 

Sesuatu yang sangat menyedihkan kerana tiga perkara :

1) Pasti ada yang fikir ini mencukupi, sedangkan penganjuran sukan sekolah saja boleh habiskan separuh dari kutipan ini, 

2) Dana sebanyak ini hanya ibarat debu halus jika dibanding dana dana di sekolah sekolah milik bangsa lain, 

3) apabila ada di kalangan bangsa kita menganggap RM10, 000 itu cukup untuk membantu beban kewangan program-program bagi satu (1) tahun akademik, itu menunjukkan bangsa kita belum biasa bermain dengan angka angka besar begini..

Sekaligus menjadi cerminan kepada sosio-ekonomi majoriti bangsa kita, yang masih belum meningkat taraf ekonominya meskipun sudah berpuluh tahun diberi keistimewaan dan dibantu.. kerana sudah terbiasa disuap, memegang sudu pun sudah tidak betah lagi. 

Itu saja lah dulu dariku kali ini. Bangkitlah bangsa ku, bangkitlah saudara seagamaku.

Agama tidak pernah melarang kita jadi kaya, tapi agama juga menekankan perbelanjaan berhemah dan berguna, tidak membazir supaya jadi aset di dunia untuk membantu orang susah, dan saham di akhirat untuk mencapai syurga-Nya.

Pasakkan dalam minda, aku bukan miskin, bukan susah, bukan melarat, aku mungkin tidak merancang kewangan aku dengan baik.. kalau diberi peluang aku akan cuba lebih baik dan perbaiki kesilapan.. dari buang masa viral viral di media sosial.

Itu saja, terpulang masing masing pandangan macam mana. Harap dapat buka minda lah pada yang mahu berfikir dan menggunakan akal mereka.. 

– Badang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Ada 3 org ank..tiga2 ada graduation day..mmg ada duit..tp sy fikir mmbazir duit p graduation di hotel..sy fikir better spend p makan2 sama family..compare than 150 perperson..

  2. Cuba bayangkan nak bayar graduasi hotel/ wedding venue hall utk si sulung form 5, si tengah drjah 6, bongsu tadika 6yo…kau rasa??not worth d money spent just for few hours. Baik beli food stock sebulan blh mkn berkhasiat

  3. Buat macam² dulu² kat pentas sekolah..xlah membazir sangat..sekarang semua orang perlu pkai duit

  4. graduan day bt je kt dewan2 majlis daerah. xyh buat dkt hotel2. org mampu byr yelah. klu org xmampu too acaner? ntah lah zaman skrg ni.
    BAP sklh ank sy sume masuk akaun bank anak2. cikgu dh pesan awl2 sruh bukak akaun untuk ank. senang. cikgu xyh penat2 tggu bg duit.

  5. Tak payah fikir…mmg tak nak fikir.. buat mcm2 pun kena kecam…Kenapa sekolah kan anak kalau saja2 nk aibkan sekolah? Anak balik ditanya ; Apa Cikgu buat? Bukan lagi; Belajar apa hari ni? Tak takut Allah SWT tarik nikmat? Mmg munafiklah spesis toksik ni…Aku Melayu! Islam !!! Alhamdulillah masih mampu bertabah kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW!

  6. sebagai kakak sulong dri 4 beradik , bukan nak kata apalah , zaman aku sekolah , graduasi darjah 6 tu satu sen pon mak ayah tak kluar duit . semua pibg tanggung . alhamdulilah . masa form5 diraikan sekali semua kat dewan sekolah masa amik result . satu sen pon x kluar pibg jugak tanggung . alhamdulilah . graduasi diploma je aku spend sikit tu pon duit sendiri . almost 900++ juga campur minyak pegi dan balik , sewa jubah dengan baju baru untuk parent . alhmdulilah allah mudahkan segala urusan . tapi zaman skrg allahu expenses sekolah aku tgk mak ayah aku struggle nk hbiskan sekolah adik ii . mana mampu aku bantu . pada aku buat majlis graduasi kat hotel tak patut untuk darjah 6 . mmg zaman dah berubah , tapi nilai ringgit malaysia tak berubah . makin jatuh adalah . sekadar berkongsi pendapat , waallahhualam .

  7. Tak ada siapa yang nak hidup susah.

    Sesetengah orang tak ada peluang untuk ubah kehidupan mereka.

    Dalam rancangan Bersamamu di tv3, ada seorang pelajar ni yang tak ada walaupun RM1 untuk tambang bas ke sekolah. Tiap2 hari dia perlu decide samaada untuk makan atau bayar tambang bas ke sekolah. Pelajar ini nak ke sekolah, dia tahu kepentingan pelajaran, tapi dia tak mampu nak ke sekolah. Adakah salah pelajar ini kerana dia miskin? Adkah pelajar ini malas berusaha?

    Ada orang bekerja menyapu sampah di luar di bawah panas terik. Tanya orang tu, sekiranya diberi pilihan, mahukan dia terus bekerja dibawah panas terik? Mesti dia pun tak mahu. Tapi orang ini tak ada pilihan, dia tak ada peluang. Adakah irang ini malas berusaha?

    Bersyukurlah ibu bapa anda berkemampuan untuk menyekolahkan anda dan memberi anda peluang dalam hidup.

    Ada banyak orang berpotensi dalam dunia ini, tapi tak semua ada peluang untuk mencapai potensi mereka. Dunia tak adil, jadi bukalah mata, dan belajar lah untuk lebih memahami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *