Grieving Ambil Masa Yang Lama

Hi, aku tak tahu kenapa aku rasa nak ceritakan dekat sini. Nama aku D, umur aku 31 tahun, pernah berkahwin, tapi cuma bertahan selama empat bulan sahaja.

Tapi aku ambil masa selama empat tahun untuk aku grieving/ bersedih, untuk aku terima kenyataan dengan apa yang dah jadi.

Sejujurnya, aku rasa aku failed jadi seorang anak perempuan dan seorang isteri.

Dan dulu memang aku akui aku marahkan takdir, sebab aku berkahwin bertahan selama empat bulan tetapi aku terpaksa harungi hidup berstatuskan janda sepanjang hayat.

Bukan aku benci ada status tersebut, tapi aku benci pada cara masyarakat menerima dan stigma seorang janda.

Aku berkahwin pada usia 27 tahun, bekas suami aku bukanlah orang Malaysia. Kami berkenalan setahun lebih, dan decided untuk kahwin.

Tapi malangnya cuma bertahan sekejap sangat. Itu nanti aku ceritakan kalau ramai yang nak tahu mengapa.

Persoalannya sekarang, setelah empat tahun, baru aku sedar, aku tak mampu pun untuk bencikan bekas suami aku, malah aku baru sedar yang hati aku sentiasa ada dia, walaupun dengan apa yang dah terjadi.

Betul lah orang cakap, dalam hidup kita akan bertemu dengan seseorang yang kita takkan mampu untuk buang dan lupakan.

Ikutkan aku berhak untuk benci dia, marah dia, sebab aku rasa dia aniaya aku, aku kena hadap dunia ni sebagai seorang janda, tapi dah masuk empat tahun ni, aku selami betul betul,

Yaa aku mengaku, aku rindukan dia, belum pernah walau satu hari aku tak pernah fikirkan dia, sentiasa fikiran aku akan ingat pada dia.

13 Mei ni genap empat tahun tarikh kami berdua bernikah, dan setiap tahun hati dan otak aku akan sayu semacam bila tiba bulan Mei, seolah olah faham dan mengerti rasa ni, aku tak tahu kenapa tahun ni aku rasa sayu sangat,

Aku belek semula gambar gambar dan video video lama, aku tersenyum tengok, dah paling aku tak sangka, aku doa kebahagiaan dia pada tuhan, aku doakan semoga dia bahagia dan nanti aku pun bahagia sama dengan cara masing-masing.

Empat tahun terlalu lama untuk aku bersedih, dulu, kalau kawan rapat minta ceritakan apa yang jadi aku akan menangis dan tak boleh nak ceritakan, rasa marah, rasa kecewa, rasa dianiaya semua ada,

Tapi kini, aku lega, aku boleh cerita, malah aku lebih cerita baiknya dia dari buruknya dia.

Selama empat tahun, aku sembunyikan status aku, aku malu nak hadap dunia, aku malu nak mengaku, aku tak sanggup nak hadap layanan dan pandangan lelaki pada status janda ni,

Tak semua janda sama, tapi stigma masyarakat janda always the same. Bayangkan bila kena tanda box pada checklist, status kita, aku mesti terhenti lama dekat situ, dan aku tick single. lol.

Baru hari tu aku ceritakan rahsia aku ni pada seorang kawan yang selama ni tak pernah tahu pasal kisah lampau aku, aku ceritakan pada dia, tapi yang pasti aku ada sebut yang aku rindukan bekas suami aku, rindu yang tiada penghujung.

Aku tak pernah tukar no telefon sejak berpisah, aku sentiasa harap dia akan cari aku semula satu masa nanti.

Sedangkan aku tahu hakikat sebenar, tapi aku masih in denial, tapi empat tahun ni buat aku sedar, aku bersedih dah terlalu lama, aku paksakan hati aku untuk kuat, sedangkan aku patut tangisi dan over him.

Ya aku dah move on, but im not over him yet, pernah tak kau rasa dalam apa jua situasi dan perasaan yang kau tengah rasa,

orang pertama kau cari adalah orang tu, orang yang kau rasa selamat untuk ceritakan segalanya. Itulah yang aku rasa, apa jua berita gembira dan buruk, aku nak dia, nak ceritakan pada dia, tapi tak boleh sebab dah berpisah.

Jadi bila rasa tu semakin banyak, akhirnya aku sedar aku cuma rindu pada dia.

Aku kenal macam macam laki lepas berpisah, aku rasa semua orang akan buat hal yang sama, sebenarnya, cuma untuk isi kekosongan, void tu, bukannya nak sangat bercinta bagai.

Yang aku perhatikan, semua lelaki sama je sebenarnya, tiga bulan pertama je beria, lepas tu muncul pelbagai alasan,

Dan eventually fikiran aku akan kembali kepada bekas suami aku, entah, aku cuma harap aku jumpa someone yang boleh ganti dia, yang boleh buat aku rasa aku berhak rasa dicintai juga.

Apa dia buat pada aku memang tak adil, sampaikan aku selalu tertanya, apa salah aku sampai aku kene hadap benda macam ni.

Aku tengok kawan kawan yang lain bahagia anak nak masuk dua, aku ni masih lagi stuck dengan kenangan, walhal tuhan sahaja yang tahu betapa aku struggle nak kembali okay, nak mulakan hidup baru.

Aku tak tipu Tuhan bagi aku kerja yang baik, segalanya lengkap, cuma kurangnya pada hidup berpasangan dan bekeluarga. Bukan aku tak bersyukur, cuma aku tak tahu mana salahnya, mana silapnya.

Sepanjang aku jadi isteri selama empat bulan, aku rasa aku dah jadi isteri terbaik untuk dia, aku belajar macam macam, belum sempat nak rasa manisnya, dah dipaksa berpisah.

Dan aku benci setiap kali kenal lelaki lain, aku perlu ceritakan yang aku pernah berkahwin, tapi bila tanya berapa lama, aku kene jawab empat bulan je, aku tak suka, nanti diorang akan wondering eh kenapa empat bulan.

Dan bermula la cerita kenapa empat bulan sahaja, tapi kena hadap sedihnya hingga empat tahun, phew!

– Baby D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *