Grooming is Real

Child grooming is real.. Dan ianya semakin menjadi-jadi sekarang. Aku terkesan dengan kes – kes yang berlaku baru-baru ni berkenaan abang B la.. Makan coklat dari mulut favourite pak cik la etc.

Dan ramai yang back up pelaku- pelaku ni.. Which is for me it should not happened.. Ini semua berlaku sebab masyarakat dah terlalu membiasakan benda yang salah & makin longgar kefahaman terhadap agama… Makin hilang sensitiviti..

And here.. I want to share my experience.. Yes.. Aku tak pernah cerita perkara ni kat sesiapa.. Sebab ianya trauma yang masih terpahat dalam ingatan ni sampai sekarang… Benar.. Ianya memang memberi kesan kepada mangsa & ianya takkan mungkin dilupakan. 

Sedikit background untuk memahami kisah ni. Aku dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, adik beradik semua perempuan, dan aku anak bongsu. Ayah aku tinggalkan kami sejak umur aku 2 tahun. Aku ni mixed cina dan melayu.

Jadi Allah rezekikan memang daripada kecil lagi aku ni boleh dikatakan comel la, ditambah pula rezeki Allah jadikan aku ni pandai akademik & aktif dalam kokurikulum. Waktu upsr tu pun kat sekolah aku, aku seorang je dapat 5A, sekolah kampung kan. 

Jadi cikgu-cikgu ramai la suka budak pandai yang comel ni kat sekolah. Termasuklah seorang ustaz ni yang selalu la buat baik dengan aku. Aku suka baca buku, sampai pertandingan nilam tu dulu aku menang peringkat kebangsaan la…

Jadi ustaz ni selalu la bagi buku-buku kat aku & hampir setiap hari dia akan belikan kuih untuk aku. Aku ni kira macam anak angkat dia dah.. Aku dah la tak de ayah kan..

Jadi, masa tu fikir dia ni sayang aku macam anak sendiri la.. Dah la keluarga aku ni memang asnaf. Jadi rasa baiknya la ustaz ni sebab banyak tolong aku.

Ustaz ni dah tua tau, dia pencen waktu aku darjah 6. Ingat lagi aku buat persembahan sajak sampai nangis- nangis waktu majlis persaraan dia tu. 

Okay, kat sini citer baru nak mula. Sampai la aku sekolah menengah, aku dapat sekolah asrama penuh yang tak la dekat sangat dengan rumah aku. Tapi family aku kan miskin, jadi mak memang jarang sangat datang.. Nak datang kene naik bas.

Jadi ustaz ni daripada aku form 1 lagi dia selalu datang sekolah aku ziarah aku. Tanya khabar aku, belikan stock- stock makanan, belikan buku-buku latihan. Kira dia memang buat aku macam anak la..

Kalau jumpa tu salam cium tangan. Sebab memang anggap macam ayah angkat.. Daripada sekolah rendah lagi kan… Family kitaorang pun tahu. Kalau raya mak akan bawa aku beraya rumah dia. Hantar kuih raya.. Sebab dia memang baik sangat dengan aku.

Tapi setiap kali dia datang tu dia akan usap-usap peha aku.. Aku ingat lagi dia pernah cakap daging aku ni pejal la.. Ikut sape la ni.. Dia pernah tanya aku cara mandi wajib la.. & semakin lama aku makin tak selesa.

Setiap kali dia datang & bagi barang, aku akan letak barang-barang tu atas riba aku untuk protect peha aku daripada dia sentuh.. Pastu aku ingat lagi.. Dia akan usap peha aku sambil dia pegang2 bahagian celah kangkang dia..

Tapi aku ni naif.. Tak faham… Perkara ni berlaku 20 tahun lalu.. Masa tu kan tak terdedah lagi dengan perkara-perkara sex education ni. 

Benda ni berlaku almost setiap kali dia datang asrama aku.. Sampai lah kemuncaknya time aku form 3 , aku ingat lagi time tu aku tengah nak trial pmr. Dia datang macam biasa, bawak makanan untuk aku.

Kali ni dia park jauh sikit daripada kereta parents lain yang datang ziarah anak-anak gak.. Kira kawasan terlindung la daripada pandangan.. Time tu dia kata ayah nak kucup sikit.

Owh, dia memang bahasakan diri dia ayah ya dengan aku. Aku macam biasa ingat nak salam cium tangan la.. Tapi what happened is dia cium mulut aku siap suruh aku keluarkan lidah lagi.. Aku rasa geli sangat.. Tapi aku tak tahu nak buat apa.. Pastu cepat aku salam n balik asrama.. 

Aku ingat lagi.. Lepas tu aku balik asrama aku mandi sambil nangis- nangis. Aku basuh mulut aku dengan air banyak-banyak kali sambil nangis- nangis. Aku tak faham, tapi aku rasa benda ni salah dan aku rasa jijik sangat. 

Apa aku buat lepas tu aku call dia guna public phone asrama, aku tak tahu kekuatan apa datang kat aku, aku cakap kat dia aku tahu apa dia buat tu salah & jangan datang lagi ziarah aku. Pastu aku letak telefon. 

Aku tak ingat la berapa lama, tapi lepas peristiwa tu ada lagi dia datang asrama time weekend , time tu aku demam.

Aku dengar je nama aku dipanggil beberapa kali sebab ada pelawat tapi aku memang tak turun. Kakak dorm aku sampai tanya aku tak turun ke. Aku cakap aku tak nak jumpa dia & aku demam. 

Lepas tu dia tak pernah datang lagi. Raya tahun tu aku tak nak g rumah dia , mak aku pelik. Aku cuba cerita kat mak aku. Aku cakap aku tak selesa dia datang suka usap-usap peha.

Mak aku citer kat ustazah yang baik dengan kitaorang & kenal juga ustaz tu. Ustazah tu ada jumpa aku & cakap mungkin dia anggap aku betul-betul macam anak & tu cara dia sayang aku. Aku senyap je. 

Alhamdulillah mak aku tak paksa aku pergi rumah ustaz tu lepas tu. & lepas tu aku memang benci betul dengan ustaz tu.. Kalau lalu rumah dia aku takkan pandang langsung. Ustaz tu pun dah lama meninggal dunia.

Dalam hati aku, aku pun tak tahu nak cakap aku dah maafkan dia ataupun tidak. Kenapa dia buat macam tu kat aku.. But it still in my mind sampai sekarang. 

Jadi mak ayah, please protect your children, lelaki ke perempuan ke. Dari family members or orang yang rapat dengan family ke.. Nafsu ni bila syaitan dah berjaya kawal, tak boleh nak expect benda baik akan berlaku. Dengan dunia dihujung jari sekarang. Dont trust people easily.

Sedih la mengatakan perkara ni.. Tapi inilah dunia kita sekarang… Kasihanilah anak- anak anda.. Ajar sex education, sentuhan selamat tak selamat semua tu. Dan yang paling penting kembalilah kepada islam yang sebenar.

Islam dah ajarkan cara untuk elak & salurkan nafsu yang satu ini dengan betul.. Back to quran & learn. Masalah ni semua takkan selesai selagi mana kita tidak mengikut fitrah yang sebenar.. 

Sekali ianya terjadi ianya akan kekal dalam minda mangsa-mangsa ni.. Tu je aku nak share.. Terima kasih sudi baca n ambillah pengajaran.

Aku sekarang dah kawen, dah ada anak dan aku pun risau dengan anak anak aku. Walaupun mereka kecil lagi. Semoga Allah selamatkan aku dan family daripada ujian ni lagi. Kerana, benar ianya sangat perit & tak kan boleh dilupakan..

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *