Group Anti-Vaksin Makin Berkembang

Assalamualaikum semua. Selain daripada Noni yang mempunyai pengalaman dengan golongan anti-vaccine. Begitu juga saya. Perhubungan dengan mereka ini dengan secara tidak sengaja, apabila seorang kawan saya menjemput untuk menyertai secret group, yang mana kami membincangkan isu-isu parenting dari mengadung sehinggalah bagaimana mendidik anak.

Antara isu yang dibincangkan extended breast feading, nutrients , reverse psychology dan sebagainya. Kawan saya bagi tahu dengan saya, jangan terkejut dalam group itu ramai yang anti-vaccine atau pro-choice.

1. Bagaimanakah golongan anti-vaccine ini wujud dan makin berkembang?

Alasan agenda yahudi itu alasan lapuk. Apa yang saya perhatikan golongan anti vaccine, asalnya adalah mereka yang pro-vaccine. Mereka menjadi anti- vaccine, apabila anak mereka mengalami alahan vaccine, dan dirujuk kepada klinik, Dr yang merawat gagal mengnalpasti, itu adalah punca alahan vaccine. Jadi kekecewaan ini dikongsi, “ kau buat macam ni..ini…ini…” dan anak tu sembuh. Bila anak seterusnya, memang tak di vaccine la, sebab dah hilang kepercayaan. Dengan wujudnya media social sekarang, makin berkembanglah kumpulan ini.

2. Vaccin membawa kemudaratan atau tidak?

Tak perlu nak ulas pekara ini golongan pro-vaccine vs anti-vaccine, masing-masing mengatakan dia betul. Sampai bila nak habis ni?

Saya bekerja dalam bidang “healthcare provider”. Tetapi sebelum itu, mari kita belajar hiraki kementerian kesihatan. Dibawah kementerian kesihatan terdapat banyak bahagian, diantaranya bahagian perubatan dan bahagian kesihatan awam. Hospital, institute kesihatan berada dibawah pentadbiran perubatan. Manakala klinik kesihatan, dibawah kesihatan awam.

Pemberian vaccine biasanya dilakukan oleh klinik kesihatan. Klinik kesihatan ini memainkan peranan sebagai front line, untuk mengesan sebarang masalah kesihatan. Apabila kes yang lagi teruk, memerlukan rawatan, barulah boleh dirujuk kepada Hospital. Orang awam tidak boleh terus ke hospital melainkan melalui unit kecemasan atau pun, dengan surat rujukan daripada klinik kesihatan.

Seperti mana yang saya katakan tadi gol anti-vaccine, mereka menolak vaccine kerana tidak percaya kepada pengurusan vaccine. Itulah maksud di sebalik, macam-macam isu yang dibangkitan. Tapi malangnya massage yang hantar tidak dapat decode oleh mereka yang terlibat dalam pengurusan pemberian vaccine. Daripada bergaduh, apa kata perbaiki procedure kerja, jangan cantik dekat polisi sahaja, tapi perlaksanaanya ke laut.

3. Review inform consent

Cuba tengok macam mana Dr bagi penerangan mengenai vaccine yang nak diberi. Jangan cakap pasal kebaikan vaccine. Itu open book, semua orang tahu. Jangan cakap pasal takde gelatine babi. Buat checklist, berdasarkan insert mengikut apa yang ada dalam vaccine. Ini kesan sampingan dari yang ringan sampailah yang berat. Sekiranya terjadi pekara dalam senarai, nak rujuk kemana. Jadi, ibu-bapa tahu, risiko yang mereka ada. Tapi mereka tak perlu bimbang kerana mereka percaya, pihak klinik akan membantu mereka menagani risiko. Bukan bila ada kes “alah…demam biasa je”. “salah makan”.

4. Beri latihan kepada pegawai perubatan diklinik kesihatam mengenalpasti itu adalah AEFI.

Data AEFI, Malaysia kosong. Ada dua pekara saja boleh disimpulkan, iaitu memang tiada atau under reporting. Bila pergi klinik, Dr yang merawat tak tahu itu adalah AEFI. Macam Dato Musa, beliau kata tak jumpa, tentulah pediatrian dekat hospital. Tak ramai ibu bapa, yang anak demam terus nak boleh bawa jumpa pead. Kalau government, kena lalu klinik kesihatan dulu, dapat surat rujukan baru boleh jumpa pead dekat hospital. Kecuali, anak tu dah teruk, bawa masuk melalui kecemasan, refer NICU barulah jumpa pead. Nampak tak bertapa lemahnya pengurusan vaccine di Malaysia

5. Collection data.

Jika pekara diatas tidak dikenal pasti. Macam mana nak ada data. Mohon, kita yang berkerja di health care site, terutama public helath, cuba tolog pergi muhasabah proses kerja dulu. Jangan bergaduhlah dekat medial social. Baiki dulu, dapatkan kembali kepercayaan masyarakat.

P/S: Saya menjalani operation, masa sebelum operate Dr bagi tahu risiko, saya setuju untuk jalani operation. Lepas habis operation pun, Dr bagi tahu lagi, apa risiko yang saya ada, dan apa yang saya patut buat, jika terjadi. Kenapa saya setuju, sebab saya percaya ada orang akan bantu untuk saya tangani risiko itu.

Sama macam ibu bapa, jika mereka percaya, ada yang akan membantu tangani risiko, mereka pun tak kisah untuk vaccine anak mereka. Meraka lari, kerana kepercayaan tu hilang.

Sekian…

– CT

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *