Group Assigment: Dari Kaca Mata Seorang Pendidik

Assalamualaikum wrt & salam sejahtera,

Kepada semua pembaca iium confession, akak kenalkan diri akak sebagai Rose, seorang tenaga pengajar di sebuah institusi pengajian tinggi di salah sebuah negeri di Malaysia.

Di sini akak nak bercerita tentang group assignment. Tentang komitmen. Tentang responsibility. Tentang amanah ibu ayah. Tentang friendship. Tentang knowing your priority.

Setiap semester, mahu atau tidak, akak memang akan bagi tigasan individu & tugasan berkumpulan kepada pelajar-pelajar akak. Akak tahu, sebagai pelajar, menerima tugasan ninibarat one of the worst nightmare. Aduh…tak tidur malam siapkan tugasan, berkampung di library dan ada sebahagiannya tang terpaksa bersengkang mata depan laptop berhari2 lamanya sebab nak mencari maklumat yang diperlukan. Semua gara-gara memenuhi kehendak tugasan.

Akak tahu walaupun ramai yang tidak suka menerima tugasan ini, tapi sebagai pendidik yang mahu pelajar-pelajar dalami pelbagai ilmu dan skill, maka kami terpaksalah mempelbagaikan tajuk tugasan yang kami berikan. Walaupun akhirnya letih menanda, walaupun ada kala sakit hari bila jawapan tu sekadar di’copy and paste’ dari website tanpa proper citation, tapi kami cuba sebaik mungkin untuk memberi markah terbaik dan selayaknya kepada pelajar-pelajar kami.

Tapi akak tak nafikan, bila datang tugasan berkumpulan, akan ada pelbagai rungutan dan aduan yang akak terima. Dari pengalaman akak, dapat akak simpulkan, yang masalah tugasan kumpulan ini, biasanya berpunca dari komitmen dan lupa pada priority.

As a student, memanglah kadang2 kita ada aktiviti lain yang lebih seronok dari mengadap komputer buat tugasan. Sukan, teater, band, eh-macam-macamlah. Akak dulu pun time belajar, memang tak duduk diam dik, macam-macam aktiviti akak buat & sertai.

Jadi bila jadi macam ni, student biasanya lupa pada priority. Mak ayah hantar awak datang universiti dengan tujuan utama ialah untuk belaje sebaik mungkin. Cliche but thats the fact, kan? Tapi bila kita lupa prority, hanyut dengan keseronokan lain…lupa tanggungjawab dan tugasan, makan implikasinya ialah pda kamu & group mate kamu jugak.

Kalau nak disenarai memang bermacam cerita, dan bermacam versi kita boleh dengar. Tapi semuanya kalau disimpulkan adalah disebabkan oleh dua benda yang akak sebut awal tadi.

Dik…
Akak nasihatkan, ambik masa muhasabah diri. Ingat mak ayah di kampung atau di rumah. Ingat balik pengorbanan mereka dan HARAPAN mereka terhadap kita. Sanggupkah kita menghampakan harapan mereka?

Pandang wajah kawan-kawan. Mereka yang sentiasa menyokong dan ada dengan kita walaupun kita susah nak siapkan tugasan. Kesilapan kamu sedikit sebanyak akan memoengaruhi markah mereka jugak. Markah yang akan kekal di transkrip, markah yang akan digunakan untuk mencari rezeki. Kalau teruk markahnya, adakah kamu sanggup bertanggungjawab atas masa depan mereka. Benar, REZEKI DI TANGAN ALLAH. Tapi tidakkah kamu malu dengan sikap lepas tangan kamu, ada orang lain terpalit sama kesan negatifnya?

Kamu harus pandai membahagi masa. Kamu jangan lupa tanggungjawab. Kalau tak reti, belajar. Jangan nak tunggu orang spoon fed kami dengan ilmu dan pengetahuan. Ini zaman industrialization 4.0. Kalau kamu malas cari ilmu sendiri, kamu akan jauh tertinggal, sedangkan orang lain dah 10 langkah ke hadapan, kamu ahnya berdiri di sudut memerhati dan akhirnya, kamu bersimpati dengan diri sendiri kerana tak mampu ‘berlari’ seperti yang lain.

Akak sebagai seorang pendidik, acap kali bertemu pelajar yang sedikit hilang arah begini. Dan akak juga telah menjadi saksi, pelbagai kesan negatif, implikasi dari sikap ignorant dan tidak bertanggungjawab dalam menuiapkan tugasan terutamanya tugasan kunpulan ini. Nasihat akak, berubahla sebelum terlambat. Kalaubkamu tidak kasihan pada diri kamu sendiri dan kawan-kawan sekumpulan dengan kamu, kasihanlah pada ibu ayah yang sedarinkecil memebesarkan kamu dengan penuh kasih sayang dan mengharap kamu berjaya dari segi akademik dan sahsiah diri.

– Rose

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *