Group Whatsapp

Terima kasih admin post cerita saya.

Assalamualaikum, saya nak cerita tentang bahana group wassap. Sekarang semua nak buat group. Group family kecik. Group family besar. Group family husband. Group office. Group geng makan. Group ladygaga. Group geng exschool. Group geng surau.

Haishh semua nak buat group. Ada task baru, create group. Penuh. Its okay kalau untuk kebaikan. Tapi kalau setakat benda kecil tak perlu semua nak create group wassap.kalau dulu waktu kerja dari 8am to 5pm, sekarang dah jadi 24hour. Kalau left sebab rimas, or rasa x penting group wassap tu, confirm kena cop anti sosial la, tak suka bergaul la. Dia create pulak group wassap lain ” group si mila anti sosial”. Ah sudah.

Pendek kan cerita, saya nak cerita pasal group wasap family. Group wasap family besar, yang mana semua ada dalam tu. Parent kau, mak cik pak cik, cousin eh semua la ada dalam tu. And dalam tu kalau share date sedara kawen ke, kenduri ke, ada orang meninggal ke.. Saya rasa ok. Ni kau bayang kan dalam group tu dari umur pangkat atuk sampai cucu. Semua ada. Share macam-macam. Yang x penting semua cukup. Nak berpantun la. Main teka teki la. Sebab nak jaga air muka parent so jadi silent reader aje la. Kang sound kena cop rude. Korang pun confirm dalam group tu tak semua sebulu dengan kau kan.

Belum lagi group wasap family husband. Family husband lain negeri dengan saya. Utara selatan. Jadi tahap pemahaman tu pun berbeza. Tahun pertama, kedua dan ketiga kawin boleh la lagi kau layan kan je group wassap family dia. Paling tak orang tanya baru saya jawab dalam group tu.

Masuk tahun tahun lepas tu. Semakin panas pulak telinga ni. Makin ramai ahli group. Husband kakak ipar, adik ipar laki bini. Dah kalau adik beradik laki kau 10 orang. Jadi berapa orang dalam group tu. Termasuk mak ayah dia semua ada.

Semua cerita nak cerita dalam tu. Faham korang duduk asing asing dengan mak ayah, jadi semua benda nak share dalam tu. Mak ayah husband pulak kalau nak bagi hadiah kat cucu dia ( bukan anak saya) pun nak share dalam tu. Menuah nuah pulak saya. Bukan sebab jealous sebab anak saya x dapat. Sebab bukan berharga pun. Tapi rasanya xperlu benda benda macam tu nak share. Bagi personal mesej je x boleh ke. Tujuan nak share dalam group?

Then kau rasa ape orang lain dalam group tu rasa. Cucu cucu lain yang ada dalam group tu. Haish. Siap ambil gambar and video share dalam tu. Rasa nya tak perlu. Kalau gatal sangat nak share, sila mesej personal anak sekian sekian. 100 keping pic nak share pun x pe. Kalau group tu antara adik beradik sahaja and parent korang ok. Nak cerita semua sila kan.

Ni semua ada dalam group tu. Semua nak cerita. Semua nak share dalam tu.
Bila dah ada perselisihan dah x best. Saya rasa baik tak ada group wasap family yang semua ada dalam tu. Kalau group sibling je ok. Tak suke sound je.. Nak gelak ke ape ke ikut suke. Kau nak share gambar , video ke ikut suke. Tapi bila campur dengan ipar duai semua ada dalam tu, macam dah x best.

Dari tak tau ape ape. And korang boleh layan je family husband macam biasa. Ni bila ada group wasap family, and banyak cerita dalam group wasap yang buat telinga panas. Sekali boleh simpan.. bertahun tahun? Rasanya dah sampai tahap meluat.

Ok la sampai sini je, saya bukan anti sosial, cume bila tak ada group wasap kau ok. Sebab tak tahu ape ape. Bila ada group wasap, macam macam cerita share, and buat kau meluat. Baik tak de kan. Demi menjaga hubungan silaturahim gitu.

Untuk mak mertua aku, sorry ma.

– rara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit