Groupmate

Don’t know how to start tapi straight to the point jelah.

So bila dah masuk uni or college memang wajib akan ada group assignment.

Bagi aku kalau nak dalam grouping ni sumpah problem. Kalau yang okay, okay la. Tapi yang tak okay tu yang tak nak tu.

Macam situation aku sekarang ni, aku groupmate dengan ‘Lefa’ , ‘Hinah’ & ‘Lily’ (semua bukan nama betul).

Lily tu kira kepala dalam group tulah, dulu aku memang kawan dengan diorang tapi aku dah keluar terus sebab rasa left out.

Aku terpaksa groupmate dengan diorang sampai habis sem ni sebab awal2 dulu laa dah claim. Sekarang dah menyesal susah nak celah group lain sebab penuh.

Apa problemnya? Dorang jenis buat kerja last minit. YES, like orang lain dah start buat dorang pulak senyap je.

Memang aku je yang gelabah and aku je yang akan tanya bila nak start buat.

Tapi aku tau if aku desak dorang suruh buat pun tak function sebab Lefa and Hinah tu memang akan ikut kepala Lily je.

So aku try untuk convince Lily tu nak buat cepat sebelum due date ni. Haih tapi tak Tau la, macam takde response je.

Please la aku ni pun busy jugak, kita semua sama2 busy tapi kalau bab assignment ni jangan la buat last minit. Dah la kena buat video. Kertas kerja lagi..

Tak tau la ada apa dalam kepala diorang tu. Tak tau la nak buat macam mana.

Sumpah seminggu ni disebabkan diorang yang suka tangguh kerja ni buatkan aku overthinking and exhausted sebab asyik risau je memanjang.

Kalau aku tegur lagi la dorang menyampah, satu hal pulak. Penat la macam ni.

– Nya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. bahaya untuk pointer awak ni. kalau bincang dengan 3 org tu tapi takda kesudahan, bincang dengan pensyarah. minta dia keluarkan arahan untuk group lain terima awak atau pun minta kebenaran buat sendiri. kalau groupmate teruk memang akan beri kesan kat pointer sendiri. tugasan tu kan penilaian berterusan. penting.

  2. Buat assignment ‘last2 mnt’ nilah yg akan ‘drag’ pointer suma ahli gp nt, x caya tengokla results akhir sem nt.. dlu aq pon penah ‘terjebak’ dgn gp yg mcm ni.. weekend yg terakhir tu diorang bule kluar ‘outing’ ke bandar lg.. ndak x ndak, mlm sbelom last antar tu bru nk type, nk compile suma, mmg bwat keje mcm org ‘gila’ mse tu.. pastu pgi tu lecturer mintak semua gp ‘present’ kat dpan klas dlu, sbelom antar.. dgn muka x ckup tido nya, ckp pon mcm org ‘hisap dad*h’ dgn mata ‘stim’ mcm xleh nk bukak.. buatla lg, dah la assignment kitorang yg plg nipis n xbnyak rujukan, mmg ‘very embarrassing’ mse tu, results lgi la ‘memalukan’, padan la muka kitorang kann.. so, klaw dah mmg lecturer u x bgi tukar2 gp, now u start buat ‘rangka’ or draf points or sub-topics dlm paper tersebut.. cari buku rujukan n catit siap2 utk footnotes nt.. then bincang la dgn ketua kumpulan tu, suruh dia buat “timeline” or “flow-chart” ikut tarikh n klaw bole cuba siapkn at least 3 hari sbelom date nk antar tu.., klaw diorang ketgaq (x nak) jugak nk buat.., then awk ‘prepare’ n buat assignment senyap2 utk diri awk sorang dlu.. ini utk ‘back-up’ diri awk, klaw nt last mnt diorang buat ‘cincai-bocai’ jer.. mmg la, nma nya pon ‘group’ kan, tp klaw dah xde ‘kerjasama’ n commitment dari suma org, apa guna ada gp mcm tu kan.. then klaw perlu, jumpa lecturer or mentor ke (watever la).., explain to them apa sbenarnya yg terjadi, and tunjukkn ‘efforts’ yg awk telah buat, berbanding dgn depa punya ‘outcome’.. lastly, jumpa la counsellor klaw perlu, sbb klaw dibiarkn bgini, mmg awk yg akn jd ‘biul’.. wallahua’lam bissawab..

  3. Haa.. tu baru study.. tunggu kerja nnt.. bersepah perangai menyusahkan mcm ni. Boleh dah belajar keras kan hati nak ajar mangkuk ayun ni.

    Kau confront diorg lagi sekali tanya nak mula buat tak ni? Kalau dah jawapan sama jugak kau dapat.. boleh dah kot kau buat sendiri sikit2. Sambil tu.. kau pergi jumpa lecturer tnya boleh tak nak submit nama kau sorg. Sebab yg lain langsung tak de effort nak buat dan mula. Nak tukar group tak boleh dah kan. Tgok lecturer cadang apa. Kalau lecturer tolong sound and diorg pun sedar diri alhamdullilah lah. Kalau lecturer ckp boleh submit nama kau sorg.. Haa kau layan je lah tapi jgn bagitau group mate kau dah. Berbuih dah kan kau tanya. Biar la diorg nak gelabah dekat2 nak submit tu. Diorg mintak idea semua ckp je tak tahu. Oh.. lagi satu.. keras kan hati sbb lepas ni confirm dah diorg tak kan baik dgn kau 🤣🤣 sbb dah terkena. Okay la kan kau dpt buang spesis mnyemak mcm ni dlm circle kau. Good luck 👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *