Groupmate Berlagak Pandai

Assalamualaikum semua. Aku seorang pelajar IPT yang dah nak habis dah dan salah satu subjek dalam course yang aku ambil tu takde final exam tapi presentation.

Dalam group aku ada 5 orang, dan salah satunya si C ni. Dia ni adalah presiden pelajar gitu dan mula-mula tu memandangkan kawan aku kata dia banyak buat kerja lain waktu perbincangan group, kitorang macam biarkan sebab maybe dia ada kerja kot.

Sampailah beberapa minggu kemudian bila lecturer tegur kenapa group kitorg asyik tak datang lagi dua orang iatu si C ni dengan sorang lagi yang ada masalah keluarga. Berbeza dengan si C, budak tu lepas kena tegur kitorang dia faham dan mula buat kerja dia.

Tugasan yang kitorang buat dari sampai akhir kebanyakannya tanpa sumbangan si C sebab dia ikut program sana sini, dan kadang-kadang menipu jugak cakap ada meeting sampaikan pensyarah yang kantoikan depan pelajar.

Suatu hari nak dekat nak minggu peperiksaan tu, dia tiba-tiba cakap “Siapa si b*doh yang buat benda ni? Tak logik, nak buat bisnes plan agak-agaklah logik bawah 10k” dan diiringi dengan carutan dia.

Aku dengan kawan-kawan lain pertahankan hasil kerja kitorang dengan sopan dan maybe disebabkan kejahilan dia nak faham kenapa kitorang letak modal yang tinggi bila dia tak baca detail kat bawah tu dan kejahilan nak faham takde bisnes yang bawah 10k bila melibatkan barangan mainan.

Aku mengaku salah kitorang kat bahagian objektif sebab aku terlupa masukkan RM berapa yang dipinjam, dan kitorang pun siap offer nak buat slide presentation untuk cover dan dia pun mulalah sikap kepala batu, serba tahu lepastu semata-mata sebab bahagian objektif tu dah meroyan.

Dan disebabkan sikap serba tahu dia memandai duk kata “Fyi, objektif ni lagi penting dari penyata kewangan, kalau objektif dah salah, penyata kewangan burn camtu je”. Wow! Kitorang dah tak boleh nak buat apa dah bila si ketua mpp ni siap main-main jawatan bagai.

Waktu seminggu sebelum presentation dia tengah dalam era asyik kutuk kitorang kat status dia, dia cakap kitorang worst team ever walaupun diri tu waktu dah nak final baru nak tunjuk muka dan tiba-tiba meroyan.

Dan dia buat slide tu ikut kepala dia sendiri, memandangkan slide tu adalah untuk perniagaan yang kitorang dah buat untuk satu sem tu, waktu sehari sebelum presentation dia bagi potongan slide setiap seorang by personal dan taknak bagi full slide sbb cakap kitorang ni tak logik,

Akhirnya bila hari pembentangan tu, bila dia tengok group lain present, dia tiba-tiba menggelabah rupanya semua yang diminta oleh soalan dia tak buat!!

Maksud aku segala penyata kewangan, jumlah kos, data-data yang kitorang buat di bisnes plan satu habuk pun dia tak rujuk! Dia ingat subjek ni boleh goreng ke takde bawak bukti, dan disebabkan bisnes plan yang dia just tengok objektif tu then terus cakap tak logik langsung tak rujuk.

Dah tu kitorang yang sanggup keluarkan duit untuk buat benda tu seolah-olah sia-sia je satu semester, tapi tak dibawak ke presentation. Apa yang ada dalam slide tu seolah-olah ni subjek Pengajian Am, ada bahasa bunga, ada retorik-retorik dan sepatah nombor pun tak ada!

Aku dah emosi aku waktu tu, sebab aku cuba tenang sejak awal

Selepas tamat presentation, si C tiba-tiba malu disebabkan hasil kerja palatao dia pelajar tengok, yang takde kena mengena dengan soalan.

Akhirnya dia juga merayu kat pensyarah guna bisnes plan yang dia kata tak logik tu, lecturer aku faham situasi tu, dia pantau setiap hasil kerja kitorang, dan kalau ada mistake dalam bisnes plan dia akan betulkan.

Groupmate aku dah memang marah sampai buang nombor dia, left group dan cakap, “kosong weh, 30 markah hilang camtu je, disebabkan dia kata tak logik, kita semua hilang markah, dahlah berlagak pandai, tahu pulak malu tengok slide macam anj*ng “.

Kitorang tak kira dah, terus bagitau lecturer yang si C halang kitorang discuss slide presentation, dan tolak bisnes plan kerja kumpulan sebab tak logik, lepastu langsung tak libatkan kitorang sebab bagi dia kitorang ni bodoh berdasarkan carutan dalam group assignment tu.

Kitorang jugak bagitau si C tu cyberbully kitorang dengan bahasa yang dia gunakan. Dan alhamdulillah lecturer tu faham dan dia sedar bnda tu dan gred kitorang untuk subjek tu B+.

Beberapa waktu lepastu ramai lagi mangsa si C ni tak puashati dengan sikap self centre dia. Dulu beria nak jadi pemimpin sekarang dah macam diktator, dia seorang je betul.

Next semester aku select je taknak dah group dengan dia, untuk kebaikan diri aku jugak, disebabkan seorang sikap camtu satu group tanggung akibat.

Kekadang aku terfikir jugak kenapa bila dah ada jawatan tu dia macam nak bandingkan dengan diri dia dengan kitorang?

Aku minta maaf dengan bahasa kasar dalam ni.

– AsamJawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Banyak je spesis macam ni. Reti bercakap tapi tak reti buat kerja lepastu sesedap dia makan hasil kerja orang,depan pensyarah bukan main

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *