Groupmate Dari Neraka

Salam semua. Aku ni sebenarnya tengah marah sangat – sangat. Aku rasa aku dah buat benda betul, tapi tak tau la ramai cakap aku overreact. Kalau pembaca semua ada masa, tolong la baca dan bagi pandangan anda sama ada aku over react ke tak.

Aku penjawat awam yang sedang sambung master part time di sebuah universiti tempatan. Kelas aku setiap sabtu dan memang kena pergi kelas fizikal, kira bukan online lah.

Aku sambung master ni memang semata – mata niat aku nak belajar sebab course ni tak ada kena mengena langsung dengan bidang kerja aku dan aku tak ada apply HLP ke Cuti Belajar Bergaji Penuh ke apa.

Memang aku pergi guna duit sendiri dan kalau ada kelas / assignment / exam waktu weekdays, memang aku akan guna Cuti Rehat aku sendiri.

Aku jugak kerja jauh dari universiti tu. Untuk pergi kelas sama ada naik flight atau drive 5-6 jam.

Kerja aku juga memerlukan aku banyak bergerak sebab aku cover satu daerah dan daerah ini besar ya, jarak antara klinik boleh capai 75 km. Jadi hari jumaat aku memang payah boleh cuti. Makanya pagi sabtu aku akan drive ke universiti seawal 3 pagi.

Sem pertama aku berjalan lancar, subjek semua aku suka dan kawan – kawan pun baik – baik. Masuk sem kedua, ramai kawan – kawan aku drop ataupun kena repeat semester. Jadinya tinggal lah aku bersama beberapa orang pelajar full time.

Ada seorang coursemate ni yang aku tak berapa suka, kita namakan dia J. Cakap – cakap macam tu boleh la tapi kalau nak kawan rapat aku rasa macam ada rasa tak suka dengan dia? Tak tau kenapa.

Sem kedua dia macam ada minta nak tumpang aku pergi kelas sebab driving route aku memang akan lalu kawasan rumah dia. Aku cakap okay pastu dia tanya aku kereta jenis apa. Aku cakap jenis P1, dia cakap “oh tak pe lah, ingatkan honda”. Aku speechless gila waktu tu.

Masuk sem ketiga, satu – satunya kawan aku kena repeat sem. So tinggallah aku terkontang-kanting. Dan first day lecturer announce assignment, si J ni terus mesej aku tanya dah ada partner ke belum. Tak sampai 5 minit lecturer bagitau, dia terus whatsapp aku.

Aku pun, disebabkan takut tak ada kawan lain, terus setuju je. Lepas aku setuju dengan dia, ada 2-3 orang lagi mesej aku, bila aku cakap aku dah group dengan si J, semua orang macam terkejut cakap “serious lah kau pair dengan dia?”.

Waktu tu aku rasa macam dah kenapa semua orang pelik, biasalah kan pair untuk assignment. Lagipun kami dua – dua perempuan, kalau pair dengan laki orang ke playboy playgirl ke mungkin la orang boleh buat reaksi terkejut. Jadinya aku ignore je lah walaupun rasa agak tak sedap hati.

Fast forward ke assignment keluar dan disinilah bermulanya neraka hidup aku sebagai seorang part time student. J macam show effort la waktu awal tapi dia punya blur tu mashaAllah. Tapi aku ingatkan tak apa lah part blur tu, nanti aku betulkan lah sikit – sikit apa yang dia buat.

Sepanjang tempoh tu aku follow up tanya okay ke tak, dia boleh buat ke tak dan dia always cakap “dah halfway” “aah dah buat, sikit je lagi” “nanti I hantar”.

Assignment pertama group presentation. Aku drafkan flow dan point, aku carikan real life cases for her yang sesuai, dia tinggal baca, fahamkan dan summarize je. Aku juga ada cakap, ni cadangan aku je, kalau nak modify to your suitability, buat lah.

Dan dia cakap “okay, I dah buat. Tapi I dah improvekan la dari cadangan you tu. Sebab your idea tu basic sangat”. Aku sentap jugak la waktu tu sebab bila kita minta idea dia, dia diam. Bila kita buatkan ada pula komplen dia. Tapi aku punya mentaliti “kay paper je la janji kau buat”.

Sehari sebelum presentation, pukul 11 malam dia text aku bertalu – talu minta aku explain kan semua case tu balik kat dia sebab “kan you yang pilih case ni semua, I tak faham sangat camna I nak explain. Nervous la jugak esok sebab I tak tau apa – apa. Cepat ceritakan for me”.

Aku baca, baran sebentar pastu aku off phone terus tidur. Sebab kan aku cakap aku kena drive keluar pukul 3 pagi. Jadi tidur aku amat penting ya.

Jalan ke universiti tu pulak aku kena redah dekat 2 jam juga jalan kampung yang selalu accident dengan manusia dan juga dengan gajah. Jadi aku memang kena tidur dan bukannya layan dia.

Esoknya pergi kelas dia serang aku weh sebab tak reply mesej. Aku pun tengking balik la “tu kan part kau. Kau tak baca ke? Tunggu aku suap semua?”. Dan dia diam dengan muka tak puas hati.

Presentation berjalan lancar part aku dan sorang lagi, yang si J tu tah apa dia present, semua soalan lecturer dia tak boleh jawab. Jadi markah kami pun dipotong. Aku redha ja sebab subjek tu insyaAllah boleh score waktu final.

Assignment kedua, killer subject, ramai senior fail dan repeat. Satu – satunya subjek yang menyebabkan ramai kandas. Jadi memang aku niat nak carry mark sebanyak mungkin. Assigment dia problem solving essay dengan 6 soalan.

Kami bahagi 3 lah, sorang dua soalan dan aku kena buat soalan 6 part analisis. Jadi aku kena baca jawapan semua orang dulu baru boleh buat part aku. Kami buat satu group whatsapp, include senior minta tolong semak jawapan ya.

Memang riuh group tu debate jawapan dan soalan. Tapi si J ni senyap ja, tapi kalau ada orang jawab apa – apa, dia akan bunyi2 lah macam “haah betul tu” .

Seminggu sebelum submission, aku ingatkan semua orang untuk send at least 2 hari sebelum deadline supaya aku ada masa untuk buat analisis. Dan semua orang pun hantar lah kecuali si J. Hari Sabtu submission, hari Rabu aku minta dia cakap okay akan hantar today.

Hari khamis aku tanya sekali lagi, dia cakap okay jap. End up dia hantar pukul 11:30 malam ya. Memang mencarut aku waktu tu sebab kan aku cakap Jumaat klinik aku busy. Dan aku buka part dia tu masyaAllah, memang level kerja 15 minit. Typo penuh, 50% akta dan fakta salah.

Dan paling dahsyat nya, siap ada 2 perenggan yang ada tulis “pasted from www. blablabla. com” pastu penuh ejaan short form macam company dia tulis C je. Dan each person sepatutnya 5-6 pages, dia jawap 1.5 pages je weh.

End up aku bersengkang mata tak tidur sepanjang malam buatkan part dia pastu baru boleh buat part aku.

Dan waktu tu aku pasrah dah, marah tu marah tapi rasa macam oh next sem aku tak nak dah group dengan dia. Tak ada lah rasa macam nak report dia ke lecturer ke apa. Pastu jumaat tu memang aku hampir muntah sakit kepala waktu tengok patients sebab tak tidur.

Then malam tu J text aku “hi, dah siap ke assignment? Do you need help with the printing”. Aku rasa baran gila weh waktu ni sebab dia seen je waktu ada senior suruh dia betulkan jawapan, lepas tu bila siap semua dia boleh pula offer nak tolong print.

So aku tak reply mesej tu dan memang finalised jawapan aku tak send ke dia ya, aku share dengan yang sorang lagi je. Tapi aku still letak la nama dia kat submission tu, aku tak sekejam tu untuk failkan dia.

Esoknya lepas submit, dia datang ke meja aku tanya “eh dah submit belum”. Aku cakap dah, jawapan kau teruk sangat, semua salah. Aku sampai tak tidur betulkan. Pastu korang tau dia reply apa?

“Oh okay. But you letak nama I kan kat submission? Sebab bukan I tak nak tolong, you yang tak reply mesej”

Jadinya memang aku dengan 36 jam tak tidur, drive 4 – 5 jam terus meletup la.

Aku tinggi suara marah dia cakap dia pemalas, tak bertanggungjawab dan okay yang ni aku mengaku aku salah sebab aku cakap muka dia memang muka tampal kulit b@b* sebab tak malu tunggu kutip markah hasil kerja orang lain.

Dia nangis – nangis cakap aku aniaya dia, dia dah buat semua, aku yang salah sebab tak suruh dia betulkan pastu nak maki – maki dia pulak.

Tapi common sense la wei, kau dah hantar tengah malam, semua salah, kalau aku suruh amend pukul berapa kau nak amend dan pukul berapa baru aku boleh buat kerja aku? Soal amend tak akan timbul kalau kau buat betul – betul at the first place.

Lepas tu aku panas aku terus cakap nak report lecturer, dan class rep aku terus interfere minta aku maafkan je dia sebab katanya “tak baik kita rosakkan masa depan dia”.

What on earth? Aku dicakap merosakkan masa depan orang sebab aku nak report lecturer dia tak buat kerja tapi tunggu orang buat semua? Lepas tu ramai la suruh aku sabar dan jangan emo sangat.

Rupanya dia memang buat perangai sama dengan assignment semua subjek sebab tu la ramai terkejut dengar aku pair dengan dia. Tapi diorang cakap diorang okay je tak marah sangat – sangat mencarut macam aku pun.

Soalnya sekarang, aku overreact ke? Aku kena minta maaf ke?

– RuneWing (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Maaf utk kata2 kasar yg dikeluarkan -yes! Maaf sbb meluahkan ketidakpuasan hati- tidak perlu. Semua rakan sekuliah perlu tahu & ambil pengajaran. Move on & lesson learnt!

  2. Tak bersalah langsung! Si musibat tu perlukan makian itu untuk dia sedar dan tak buat lagi. Orang lain diam je sebab tu dia ingat dia boleh lepas je. Semuandah besarkan dah nak mampos pun…masih nak.buat-buat lemah lepas tu mengata di belakang. Kalau macam ni sampai bila.lah kena buli je dengan orang macam tu. Lepas tu naknraih simpati pulak. Bodoooo

  3. tak payah mintak maaf, just jgn pair dgn muka tampal kulit babi tu.. avoid her at all cost!

  4. nape aku rasa panas badan tiba2 ni… bahang semacam.. eeee.. geramnya aku.. sorry la aku pun baran juga orangnya & i can feel exactly how u felt… ciri2 orang malas dan menumpang atas kepayahan pelajar yg lain utk excel dlm subjek tu.. report je kat lecturer, biar lecturer semua tau perangai dia.. bukan rosakkan masa depan dia, ni utk masa depan dia juga.. dah dia memang betul2 x competent untuk graduate.. xkan uni nak hasilkan kualiti graduan mcm ni.. eeee.. hangin aku…..

  5. Overreact? NO! Hak u utk marah sebab semua penat lelah, full effort utk final submission. Dia bagi taik je.

  6. Tu dia panggil bertemu buku dgn ruas. Padan muka. Sy pun pernah kena dulu dgn classmate parasit mcm ni. Awk bkn overrract…tu dia panggil hilang sabar jer…dia yg cross the limit

  7. tak awaktak overreact pun,.. org mcmtu memg kena layan begitu pu… sumpah nt dia yg merosakkn masa depan org lain.

  8. Nope…dik tak overreact pon….mmg patut pon dia kena marah…semua ada struggle masing2 …mana boleh lepas tangan macam tu ja….tanggungjawab dia untuk selesaikan bahagian dia…nama dia still ada pon, dia patut bersyukur…..
    Kalau nak minta maaf pon, just untuk kata2 dik yg rasa dah mengguris dia & tak payah la pair dgn dia lagi lepas ni even dah tak dak org dah….stress ja nnt

  9. Yes, u should have reported uo d lecturer.. let her fail, before she fails anyone else in future n let she learned her lessons well, although we know that u won’t do those things.. biar Allah SWT shj yg membalasnya.. semoga awk terus score n berjaya after all the efforts n chaos u have to go through.. (sigh..!)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *