Thank you in advance to Admin kalau cerita ni di publish and thank you to all readers too sebab sudi walking down the memory lane with me.
Aku Dian, aku sekolah dekat satu sekolah berasrama penuh di selatan tanah air. Awal tahun, sekolah aku ada buat satu event dekat dewan sekolah dan ada persembahan daripada beberapa orang pelajar.
Tiba-tiba lampu dewan malap, keluar sorang lelaki dari balik tirai langsir pentas. Berjalan perlahan ke tengah and tangan kiri lelaki tu bawa gitar coklat. Tipikal gitar coklat dengan tali stripe hitam kuning.
Pelik jugak aku masa tu. Siapa lelaki ni and kenapa aku tak pernah nampak dia dekat sekolah pun. “Senior kita ni. Student intake baru, nama dia Faiq.“ Aisyah, kawan aku yang memang kenal semua senior sekolah dah bagitahu awal awal sebelum aku tanya.
Sepanjang dia perform, mata aku macam tak boleh nak beralih dari pentas sampai rasa kelip mata sekejap pun dah rugi. Over tak haha. Aku pun tak faham kenapa.
Sejak tu aku selalu terserempak dengan Faiq. Setiap kali terserempak atau lalu sebelah Faiq aku rasa berdebar and perut jadi tak sedap.
Apa orang putih kata? Yes, butterfly in my stomach. Aku tahu korang boleh bayangkan perasaan ni. Disebabkan dia senior, jadinya aku tak ada banyak peluang nak approach dia or start a conversation. Jadi aku suka dia dari jauh saja.
Fast forward, tiga tahun selepas tu. Masa ni Faiq dah habis sekolah. Dah lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Aku still study dekat sekolah. Tahun tu aku masih belum lupa dia, perasaan aku masih sama, aku masih single dan juga masih cantik. Eh haha.
Satu hari tu lepas habis main badminton tetiba si Aisyah cakap “Korang, nantikan masa sambutan hari guru tahun ni senior kita nak datang.” Tak payah tanya senior batch mana sebab boyfriend Aisyah sama batch dengan Faiq so aku yakin geng diorang yang akan datang.
Buat pertama kalinya dalam hidup aku tak sabar nak tunggu majlis sambutan hari guru.
Sehari sebelum sambutan hari guru, aku macam tak tenang, tak boleh fokus. Habis kelas prep malam, aku capai pen marker. Dekat whiteboard aku tulis lirik lagu yang Faiq nyanyi masa sambutan hari guru tiga tahun lepas.
Lirik yang Faiq tulis sendiri untuk cikgu cikgu dekat sekolah.
Disebabkan lagu tu best and aku dah berulang kali replay video faiq nyanyi lagu tu jadi aku dah hafal setiap bait lirik dia.
Habis saja penuhkan whiteboard dengan lirik lagu Faiq, Aisyah datang kelas nak ajak aku pergi kafe before balik bilik asrama. Aku pun cepat cepat kemas beg, ambil botol air lepastu terus tutup suis kipas lampu.
Esoknya sepanjang dalam dewan masa sambutan berlangsung aku akan pusing tengok pintu dewan selang beberapa minit. Dengan harapan akan nampak Faiq.
Aisyah ada kata geng senior ni mungkin lewat sikit sampai sebab dorang ada hal. Tengah aku leka dengar persembahan sajak hari guru, tetiba Aisyah tepuk aku kuat. Banyak kali pulak tu sambil tunjuk ke pintu tepi dewan.
Faiq betul-betul menghadap ke dalam dewan. Bahu yang sakit kena tepuk dengan Aisyah tadi terus dah tak rasa apa. Telinga yang tengah dengar sajak tadi dah tak dengar apa-apa.
Aku tengok Faiq, dia still tak lekang dengan senyuman manis dia. Walaupun bukan senyum dekat aku tapi melayang sekejap la aku time tu haha. Tetiba pandangan kitorang bertembung. Aku dengan nervousnya terus pandang ke pentas depan.
“Kau dengar tak apa aku cakap ni?” Aisyah tanya. “Kau cakap apa tadi eh? kuat sangat audio dalam dewan ni tak dengar” ceh konon.
“Lepas ni aku nak jumpa Amir tau, kau balik lah asrama dulu.” Ok aku angguk faham. Amir, boyfriend Aisyah merangkap classmate Faiq.
Dalam diam sebenarnya aku dah niat nak jumpa Faiq lepas habis majlis. Nak ucap tahniah and all the best untuk dia. Lepas habis majlis tu aku dah tak nampak Faiq. Aku cari dia tapi tak jumpa. Mungkin memang tak ada rezeki nak jumpa Faiq last time tu.
Masa tengah jalan kaki balik asrama, aku ada dengar macam suara orang perempuan panggil nama aku. Tapi sayup sayup saja. Aku seram jugak walaupun siang siang buta haha.
Aku abaikan suara tu and terus ajak kawan aku jalan laju sikit ke asrama. Sampai bilik aku landing kejap atas katil sambil borak dengan roommate.
Tengah syok borak tu tetiba Aisyah buka pintu bilik jerit nama aku panik. Bukan aku saja tapi satu bilik terkejut time tu haha.
Aisyah pandang aku “Faiq nak jumpa kau”. Aku terdiam, tapi roommate aku semua dah naik katil aku lepas dengar ayat dari mulut Aisyah tu. Memang kepochi diorang tu haha.
Rupanya Aisyah jumpa dengan Amir dekat dalam kelas and time tu Amir bawa Faiq sekali teman dia. Sebabtu aku cari Faiq lepas majlis tak jumpa. Masuk saja kelas tu Faiq terkejut tengok whiteboard tu penuh dengan lirik lagu dia.
Ya, aku lupa nak padam whiteboard malam sebelum tu. Faiq tanya Aisyah siapa yang tulis and Aisyah cerita semua dekat Faiq.
Faiq diam, tak lama lepastu “Aisyah kau tolong panggil dia sekarang kesini. Aku nak jumpa dia.” Kebetulan time tu Aisyah nampak aku tengah jalan on the way balik asrama. Banyak kali dia jerit nama aku dari kelas tapi disebabkan kelas jauh so aku tak dengar dia panggil.
Sepanjang jalan ke kelas tu perasaan aku memang tak boleh nak describe macam mana. Longgar lutut beb rasa kaki tak jejak tanah haha.
Aku pegang tangan Aisyah suruh jalan slow sikit sebab dia laju gila haha. “Sejuk tangan kau.” Ye lah time tu aku rasa satu badan seram sejuk macam nak demam.
Sampai kelas, Amir dengan Faiq tak ada. Kelas kosong. Maybe dorang keluar kejap. Dalam otak aku ni tengah fikir nak cakap apa dengan Faiq nanti.
Memandangkan ni maybe last aku jumpa dia so mungkin aku patut jujur saja yang aku dah lama suka dia. Atau aku patut cabut lari sekarang haha.
Aku nampak something dekat whiteboard. Lirik yang aku tulis ada beberapa perkataan yang Faiq betulkan. Faiq jugak ada tinggalkan sign & note dekat whiteboard. “Terima kasih sebab hafal lirik lagu saya – Faiq” Alahai boleh ke aku pengsan kejap? haha.
Tak lama lepastu kitorang dapat tahu yang Faiq, Amir & senior lain dah gerak balik. Tiket bas waktu petang dah habis so diorang terpaksa beli tiket tengahari and gerak balik on the spot. Aisyah datang dekat aku. “Kau okay ?” Aku okay.
Mungkin memang dah takdirnya aku takkan jumpa Faiq. Memang takdirnya untuk aku simpan saja perasaan ni. Walaupun dah hampir sangat dah peluangnya, if it’s not meant to be, it will never be.
10 years passed. Sedangkan senja dan fajar yang berada di langit yang sama pun tak bersama. Ini kan pula aku dan Faiq yang cuma tersilang haluannya sementara. Aisyah ada bagitahu yang Faiq sekarang belum ada someone special.
Tapi apa yang boleh aku buat, aku doakan segalanya yang indah untuk dia. Kalau ada yang tanya kenapa aku still ingat cerita 10 tahun lepas, dalam hidup ni tiada istilah melupakan.
Yang ada cuma berhenti memikirkan lalu terbiasa dengan kehidupan baru. Time passes, memories fade tapi hati tak lupa. Kerana manusia tak lupa setiap rasa yang berkunjung di hati.
– Dian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit