Gula-Gula Ustaz

Ustaz Abang pernah cakap. Perempuan ini ibarat gula-gula. Ada yang berbalut dan tidak berbalut.

Yang berbalut mesti penuh teka-teki. Keinginan untuk merasai dan melihatnya semakin membuak-buak.

Tapi bila gula-gula yang tidak dibalut, ianya sudah tercemar dan terdedah. Perasaan ingin tahu sudah kendur.

Maka beruntunglah lah perempuan yang tidak dinodai oleh lelaki sebelum menjadi isterinya yang sah.

Bohonglah usia remaja tiada keinginan untuk bersetubuh dengan gadis bergetah dan muda,

Tetapi disebabkan teringatkan muka Ustad dan Mak Abang yang paling comel, aku batalkan keinginan syahwat.

Lagipun Mak Abang sendiri pesan. “Jangan rosakkan anak dara orang lain. Mak pun perempuan. Mak faham perasaan perempuan.”

Adakalanya kucing nak terkam ikan bawah tudung saji pun fikir banyak kali.

Sekian tazkirah terpaling ringkas dari Abang. Pilihan di tangan kau. Mahu menjadi seperti gula-gula yang dibalut atau yang sudah dirasai orang lain.

Kepada bakal suami atau lelaki, kau fikirlah. Selagi adanya lelaki berhidung belang, selagi itu isu remaja dan keluarga bermasalah tidak akan selesai.

Kau tonton filem perempuan isteri dan jalang kau akan nampak, Uwei Haji Shaari mengkritik golongan lelaki yang merosakkan kehormatan wanita.

Apabila wanita sudah dirosakkan, kau terimalah wahai Sang pemilik sperma. Dengan Abang dan Ustad Abang pun akan kena tempiasnya.

Waktu itu baru kau memahami konsep kifarah dan keadilan Tuhan. Belum dekat akhirat dibalas, dekat dunia pun kau dah rasa kesan masyarakat yang rosak.

Dah, dah. Abang nak pergi kedai runcit Acheh. Isteri Abang yang terpaling comel kirim beli gula pasir. Lagi pun stok gula-gula Abang dah habis ni.

Qalas !




Curahan rasa ini terhasil setelah mendapati, kebanyakannya wanita pada hari ini rosak disebabkan dirosakkan kaum lelaki sendiri.

Sepatutnya mereka dilindungi tetapi jadi sebaliknya.

– Taufix Skilo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dah elok balut2 pastu kawin dengan laki kaki zina. Benih disemai, anak dilahir, perempuan yg elok terbalut tu kemudian dilayan mcm hamba dan kilang. Sia-sia la hai hidup perempuan.. realiti akhir zaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *