Hi assalamualaikum, aku Cik Boba. Ada sedikit luahan rasa hati tentang abang aku yang ingin aku kongsikan. Aku dan abang sulung aku, ada sakit yang sama. Penyakit genetic… Dan abang aku dah meninggal pada 2016. Dan cerita ini ada sedikit kaitan dengan sakit aku.
Abang cik aku berumur 26 tahun, dan bekerja sebagai Executive di sebuah syarikat. Pada tahun 2017, dia telah bertunang dengan seorang gadis yang dia kenal melalui kawan rapatnya.
Nama dia L, dia memang tahu semua tentang family aku. Aku sakit pun dia tahu, memang Acik aku takde sorok apa-apa. So, Setelah 6 bulan abang aku kenal dia, Acik bawak dia berjumpa dengan Family aku.
First impression aku, awek dia ni memang susah nak ngam dengan family. Sebab dia jenis yang kerek, sombong. But ya, aku bersangka baik. Maybe sebab dia nervous, first time jumpa.. Sebab tu dia agak tak banyak bercakap. Bulan 3 tahun lepas, angah dengan dia bertunang.
Well actually, ibu and aku tak setuju dia bertunang. Sebab ibu aku ni ada bad instinct pasal L ni, awal-awal lagi ibu cakap, “dia ni jenis cakap lepas ni..”. Bukan tak cakap dengan Acik, tapi still sama je. Dia nak sangat bertunang dengan awek dia tu, so ibu ikutkan je..
Semuanya baik-baik saja, tapi family aku macam tak boleh ngam dengan dia. Kitorang ada je borak borak dengan dia, tapi entah kenapa. Memang payah nak ngam, tapi tak lah sampai aku tak bercakap dengan dia. Just buat biasa je laa..
Minggu lepas, aku suruh Acik hantarkan aku pergi hospital. Sebab masa tu kebetulan kereta aku rosak, so okey lah, aku pun macam biasa je lah. Petang tu Dah settle urusan aku, aku suruh Acik ambil.. Aku tengok ada L ni sekali.
Acik aku cakap nak ajak pergi scm, nak jalan-jalan. Aku ikut je.. Sampai kat scm, aku jalan asing-asing. Malas laa nak kacau love birds kan. So dah settle, Acik aku whatsapp kata nak balik, masuk kereta. Masing-masing diam, aku pelik laa jugak. Tapi aku diamkan je.. Dah lama sikit, baru aku tahu yang diorang gaduh.
Ada laa dalam 20 minit diam, Acik aku ni tegur, “sorry”. Acik aku ni jenis yang, dia akan minta maaf dulu kalau gaduh. Dengan siapa-siapa pun, mesti dia akan minta maaf dulu. So aku jadi awkward lah, aku diam je sambil pura-pura tertidur lah.
Then, aku dengar diorang bisik-bisik. Macam gaduh dalam bisik lah, tapi 1 ayat yang keluar dari mulut L yang aku tak boleh lupakan sampai sekarang. “U ada thalas. Penyakit genetic, so i tak nak nanti anak i mati sebab dia dapat sakit dari genetic bapak dia” what the fish?! Aku menahan sabar je ni. Aku dengar Acik cakap, “diamlah, adik kat belakang”.
Abang aku ni pembawa je, bukan penghidap. Celah mana pulak anak dia boleh jadi penghidap? Melainkan kalau dia pun pembawa. Aduh, harap muka je cantik. Aku tahu lah aku ni ada penyakit, tapi janganlah cakap macam tu. Kau yang sihat pun boleh mati bila-bila je. Tak semestinya ada sakit tu, kau cepat mati!
Aku terasa kot, aku tak mintak pun sakit ni. Allah bagi, tapi bersyukur sangat sakit aku ni tak seteruk orang lain. Aku tak pernah salahkan parents aku. Aku happy je, takde pulak aku fikir sakit ni jadi beban kat aku.
Kalau taknak abang aku, jangan libatkan penyakit. Selepas daripada tu, Acik aku ni macam dah tawar hati dengan L. Dia tak sangka pula L tu boleh cakap macam tu.
Untuk pengetahuan korang. Meh aku share sikit info, manalah tahu korang pun dapat Awek/Pakwe macam L ni kan. Guna alasan sakit genetic ni untuk putus.
Penghidap + Pembawa = Kemungkinan besar dapat anak Penghidap.
Penghidap + Normal = 30% Normal 40% Pembawa 30% Penghidap.
Pembawa + Pembawa = 20% Normal 30% Pembawa 50% Penghidap.
Pembawa + Normal = 70% Normal 30% Pembawa.
Aku kurang arif bab percent ni, kalau ada yang salah, tolong betulkan. Tapi itulah yang doctor pernah terangkan dekat aku dulu. Yang mana nak putus tu, bagilah alasan yang elok sikit. Jangan lah bagi alasan bodoh dengan huraian yang bodoh.
Zaman sekarang bukan macam dulu, kau jumpa pasangan, minang dia, pergi kursus kahwin lepas tu boleh kahwin. Tak! Sekarang sebelum kahwin pun kena buat ujian, and sekarang kalau tak silap aku, wajib check thalas ni, so senang lah nak tahu.
Kalau orang tu ada sakit ke, takde sakit ke. Kau takde hak nak cakap dia mati sebab sakit dia tu. Ada je orang sakit meninggal sebab accident. Kau jangan ambil kerja Tuhan. Itu je dari aku, sorry ayat berterabut. Assalamualaikum.
– Cik Boba (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit