Guna Dulu, Bayar Kemudian

Aku Kemboja, seorang isteri dan ibu dan juga seorang penjawat awam. Aku dah kahwin hampir 10 tahun dan ade anak umur 6 tahun. Kahwin lambat. Pastu kenal tak lama pun dengan suami. Suami aku pekerja swasta yang bergaji bawah 4ribu sebulan. 

Ni aku nak cerita pasal Sp#y Later yang aku rasa ramai je pakai untuk beli barang melalui beg kuning tu. Tapi bukan aku pakai. Suami aku.

Aku kenal tak lama pun dengan suami dan kami kahwin pun umur nak cecah 40. Lambat kan?. Sebab baru masa tu sedar diri yang aku dah andartu. 

Masuk tahun ke 5 perkahwinan, makin lama aku makin perasan yang suami aku ni ‘kaki hutang’. Sebelum kahwin, tak nampak la benda tu. Tapi bila dah duduk serumah, memang nampak la semua benda. Memang dia akan bayar balik tapi tabiat tu memang suka berhutang.

Dan aku juga perasan, family in law aku pun tabiat macamtu iaitu suka berhutang. Aku tak nak cerita pasal family belah sana tapi baru aku faham kenapa suami aku suka berhutang even beli teh organik pun guna SP#y Later tu. Padahal benda tu tak sampai pun RM30. Alahaiii.. 

Tabiat berhutang tu makin lama makin kronik. Aku penah bayarkan hutang dia kat orang dengan harapan dia dah tak hutang orang dan boleh bayar semula duit aku tu. Sudahnya… haram sesen pun takde.

Aku penah tengok Sp#y dia tu, dah sampai tahap ribu-ribu dah hutang dia. Tiap-tiap bulan kena bayar RM300 lebih. Aku nampak je barang-barang yang dia beli mostly barang hobi dia. Bagi aku la, boleh je menabung tapi dah namanya tabiat suka berhutang, tak boleh kata apa lah. 

Aku pernah je nasihat kan suami aku supaya stop tabiat tu. Tapi dia kata dia bayar bukan tak bayar. Masalahnya bil-bil elektrik pun bayar sikit-sikit. Aku nak mencarut pun ada. Boleh pulak eh bayar sikit-sikit gitu.

Aku bayangkan la, masa depan kita tak tahu. Tiba-tiba Tuhan bagi ujian dia tak boleh/ tak mampu bekerja. Tak pasal-pasal aku pulak kena bayar. Boleh tak aku suruh je family in law aku bayar. Sebab yang hutang anak/ adik dorang. 

Kalau aku, aku memang dari kecik Ayah aku ajar untuk tidak berhutang. Aku tengok Ayah Mama aku bersusah-payah simpan duit demi nak beli barang yang dorang nak. Jadi aku dan adik beradik aku dah dididik sebegitu.

Kami dulu orang susah, tinggal rumah setinggan dan family aku pernah je makan nasi, kicap dan ikan kering. Pernah juga orang kata Ayah mama kedekut. Kami bukan kedekut tapi berjimat sebab tak nak berhutang.

Boleh kata sampai sekarang adik beradik aku sekali dua je meminjam dan kami memang saling ingat mengingati pasal hutang. Jangan jadikan tabiat sebab ayah dan mama ajar kita supaya jangan berhutang even dengan adik beradik sendiri. Kalau nak, pergi usaha sendiri cari duit..

Macam aku penah buat sebelum ni, aku jenis tak suka berhutang. Aku buat loan pinjaman perumahan tu pun aku rasa tak lena tidur. 

Tapi berlainan dengan suami aku. Memanglah masa kita sihat, kita cakap boleh bayar.. boleh bayar. Kalau sebaliknya?.

Aku ade je hutang pinjaman rumah tapi tu kan long term dan takde la pelik. Tapi hutang-hutang kecil macam tu dengan amaun yang sebegitu, bagi aku rasa tak perlu. Gaji dia pun dok bayar bil dan kereta. Ade la bagi aku sikit tapi memang seadanya lah. 

Tabiat suka berhutang ni bagi aku sangat bahaya. Padahal boleh je disiplin simpan duit tapi nak jugak guna Sp#y tu. Lepas tu terkejut hutang makin bertambah. Padahal bukan nak pakai cepat pun barang tu. 

Aku tak tahu nak nasihat suami aku macamana sampai aku terfikir.. “Takpe lah, bulan ni aku beli barang anak sebab dia nak bayar hutang Sp#y dia”. Sampai macam tu sekali bodohnya aku.

Buat pengetahuan semua, sebelum ni banyak kali aku beli barang dapur sampai beras pun aku beli. Tapi aku dah stop beli semua tu. So aku suruh je dia beli.

Aku nak dia rasa tak cukup duit sebab kena bayar banyak Sp#y dia tu. Biar dia insaf sendiri. Tapi orang yang tabiat suka berhutang macam ni boleh insaf ke?

– Kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *