Gunting Dalam Lipatan

Assalammualaikum semua. Thanks kepada admin kalau sudi siarkan confession aku ni. Nama aku Siti, berumur 22 tahun dan masih belajar di Ipt. Aku ada seorang abang yang berusia 30 tahun. Kisahnya bermula apabila dia ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang telah dia kenal lebih kurang 5 tahun.

Abang bawa perempuan tu yang aku namakan dia kak Mira. Ayah tak berkenan dengan kak mira sebab ayah kata dia boleh tengok perempuan ni jenis yang baik atau tak walau sekejap je dia jumpa, maklum laa orang tua2 dah makan garam dulu dari kita. Lepas abang hantar kak mira balik, ayah cakap dekat aku, mak dengan kakak yang ayah tak suka dengan perempuan tu, kata ayah lagi,perempuan macam tu jenis yang banyak mulut dan kalau dia dibawak masuk dalam family akan porak peranda..hahaha ayah aku ni dah macam pakar psikologi tiap2 kali teka mesti betul, cuma masa tu bab kak mira ni aku tak sure lagi.

Abang aku ni kategori tersangat baik. Dia tak pernah langsung melawan cakap mak ayah aku, kalau kawan2 problem dia mesti tolong dan dia tak pernah nak memburukan sapa2. Kak mira ni pula jenis pendiam, tak cantik,tapi nampak baik. Masa dia datang 1st hari raya kat rumah aku, adik beradik semua kata kenapa abang aku pilih perempuan yang tak ada rupa langsung. Aku dengar mak aku cakap, tak pa janji dia baik hati dah alhamdulilah. Lepas tu mak aku up lagi kata kak mira ni pandai masak laa apa laa…

Sampai time nak bertunang ayah aku marah aku dengan mak sebab katanya kami selalu backup abang utk kawen dengan kak mira dan actually ayah aku memang tak cakap dekat abang tapi dekat kami dia kata dia tak restu perkahwinan abang.

Emm aku dan mak still rasa yang ayah aku suka berburuk sangka. Kakak pon tak suka kak mira dengan alasan yang sama iaitu mulut kak mira jahat. Tapi aku dengan mak backup juga abang sebab nak jaga hati dia. Sampai satu hari ayah jatuh sakit kena buatan orang dicampur pula dengan kencing manis yang tinggi. Ayah dimasukkan ke hospital dan abang mengajak aku untuk jemput kak mira balik dari kerja dan pergi melawat ayah. Aku duduk di belakang, bila dia masuk dengan aku pun dia tak tegur dan direct buat muka naik angin. Abang aku pujuk jom la tengok ayah dekat hospital kejap, 5 minit pon jadi laa.. sampai ke sudah dia xnak dan tak peduli pun kat aku.

Nak tahu kenapa? Sebab ada satu hari tu abang aku kna demam campak yang teruk, tiba2 dia datang rumah aku serang abang aku dan cakap abang aku simpan perempuan. Dia serang depan kami satu family sedangkan abang aku tengah baring tak larat. Abang aku just mampu cakap tak mana ada… Memang tak laa, abang aku ni tak reti bercinta sangat pun, dah laa dia kata abang aku bercinta dengan perempuan hindu. Huhh ayah cakap cara baik suruh dia balik, takkk dia bising sampai rumah jiran boleh dengar suara dia menangis2 paksa abang aku suruh mengaku curang. Kami lagi kenal abang aku tu macam mana. Kalau betul pun tak boleh ke cakap elok2, tak malu dekat kami dan jiran2 yang dah mula bukak tingkap nak curi dengar apa yang jadi ?

Disebabkan ayah paksa dia balik, so dia dendam sebab ayah tak sokong dia paksa abang aku mengaku. Huhu

Kak aku datang bisik, dia ni dah kenapa, suara dh la macam pakai mic bising2. Dan akhirnya setelah ayah bertarung dengan sakitnya di hospital dan rawatan cara islam dia pon menghembuskan nafas yang terakhir. Kak mira cakap dengan abang yang dia tak nak tengok arwah dady kalau abang aku tak datang jemput. So, dalam kelam kabut kami mengurus jenazah ayah, abang terpaksa mencelah pergi ambil kak mira dan familynya. Lepastu kena hantar balik pula.

Aku just cuba pendekkan cerita yang sebenarnya berjela. Lepas ayah meninggal, atas sebab apa aku tak tahu abang dengan kak mira putus tunang dan kak mira yang datang cari abang pagi dan petang setiap hari, dengan bagi surat, lepas tu menangis dekat mak bagai. Then,abang lembut hati dan depa pun baik balik. Bila nak kawen, abang nak pakai duit banyak, so mak kena laa bantu sikit dan mak gadaikan barang kemas dia sikit. Kebetulan harta ayah dibahagikan. Untuk majlis perkahwinan abang, duit arwah ayah habis dekat rm 40 ribu. Sebab? Belah perempuan nak besar-besaran. Tak cukup dengan itu mak aku dengar family kak mira cakap ” kita pekena mak Adi betul2, duit yang orang bagi time kenduri semua kita ambik”. Mak aku just diam. Sampai hari kenduri mak aku kena duduk tempat terpencil untuk sambut tetamu dan betul mereka duduk di bahagian depan. Mereka dapat duit yang orang bagi time kenduri dekat rm 8 ribu dan mak aku just dapat rm 200 jew. Kami tak kisah pun, cuma jangan laa niat tak baik.

Abang aku nak jaga mak aku sebab dia kan anak laki sorang. So dia duduk serumah dengan kami. TAPI, rumah kami besar ibarat dua rumah yang dicantumkan, so ada dua pintu dan tak kan bertembung pun dan kalau kami nak masuk rumah depa pon memang kena ketuk pintu dulu, depa bukak baru boleh masuk. So depa ada dalam zone privasi, tak payah risau kami tak boleh ganggu pun depa. Tapi lepas kawen kak mira setiap hari datang rumah cerita keburukan setiap orang yang dia kenal dekat mak. Yes kami tekejut sebab kami ingat dia baik pastu pendiam je. Dah macam nak kena je apa yang arwah ayah cakap.

Dia jugak pernah datang bilik aku, siap tutup pintu semata2 nak cerita yang abang aku ni jahat gila, bawa pelacur pergi sana sini. Ya Allahhhh, aku kenal abang aku, hidup dia pergi keja balik keja, kluar lepak dengan kawan jap tu pun mesti report dekat mak dulu. Dari situ kami tau she’s not good. Kenapa aku tak sound? Sebab aku ni jenis diam sekali aku sound, makanya maybe sampai mati pon aku tak bleh tengok orang tu dah.

Bukan tu je, dia kerap gila putar belit cerita. Dia pergi dekat mak dia cakap pasal aku, dia pergi dekat kak dia cakap pasal mak aku dan dia datang dekat aku cakap pasal abang aku. Dan semua tentang keburukannnnn. Kami bertahan hati sebab abang. Dia baik dan kami tak sampai hati kalau dia tahu apa yang isteri dia buat, kami just mampu doa dia berubah.

Terlalu banyak aku rasa nak luah,dan maybe kat sini je aku mampu. Kak mira ni juga pernah curi ambil tudung, baju dan seluar dalam mak aku yang mak aku sidai kat luar dan lumur dengan lumpur kemudian dia datang tunjuk dekat aku dan kakak, katanya ni pakaian mak kan? Ni mesti mak dengki dengan dia sebab tu nak buat khianat dan sihir bagi dia berpisah dengan abang dan boleh laa mak bolot harta abang aku. Tapi dia tak tahu time abang tak ada duit nak bagi dia makan, time sesak. Mak diam2 bagi duit dekat abang kesian dekat kak mira ni kot2 dia teringin nak makan apa2.

Dia juga selalu datang diam2 cakap dekat aku yang tak ada mak mertua paling jahat dalam dunia ni macam mak aku. Yess aku rasa nak bertumbuk jaa dengan dia tapi mak aku pesan selagi boleh sabar..sabar sebab Allah ada dengan kita. Allah ada!! Diam2 juga dia pergi cerita dekat mak yang aku ni pelik, tak berdunia sebab aku jenis suka duduk rumah dan solat, baca quran. Apa masalahnya. Aku rasa benda tu normal.

Ada sekali tu, lepas dia mengata mak aku bagai nak rak depan kakak dan aku, aku terus pergi solat hajat. Kalau betul mak yang salah Kau tunjukkanlah Ya Allah dan jika sebaliknya kau buktikanlah Ya Allah. Nak tahu apa jadi? Baru seminit aku abis solat dengar dia terjerit2 suruh anak dia ( anak dia baru setahun) buka pinti sebab pintu tu terkunci sendiri dari dalam. Pastu aku dengar anak dia menangis. Aku nak pi tolong tapi kakak suruh aku diam. Biarkan, kita tengok jaa.. Last skali mak aku yang p tolong. Punya laa cepat Allah nak tunjuk.

Sampai sini je laa coretan aku. Aku just nak luah apa aku rasa dengan perangai kak mira. Ni pun baru je aku kena dengar dia cerita keburukkan mak dan dia kata mak aku bela saka sampai 3 ekor jin. Yess dia kaki bomoh. Banyak lagi benda pelik yang dia buat sampai kami bergaduh anak branak but she still look innocent. Thanks sudi dengar benda yang aku tak pernah share dengan sesapa. Thanks admin kalau sudi siarkan. Please doakan aku kuat dengan manusia macam ni, dan harap sangat dia berubah even dah lama kami tunggu saat tu.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *