Gurauan Isteri Orang Yang Tiada Batas

Assalamualaikum. Terlebih dahulu terima kasih admin kalau luahan saya ni disiarkan. Perkenalkan saya MK, seorang lelaki, berumur 29 tahun masih bujang. Berkerja di sektor kerajaan.

Seperti tajuk di atas, luahan saya ni sikit dan pendek sahaja. Saya berniat nak luahkan dekat sini sebab benda ni buat saya rasa sangat annoying dan menyampah.

Isunya tentang isteri orang merangkap rakan saya sendiri di tempat kerja yang galak sangat bergurau lucah dengan rakan2 sekerja.

Kalau gurau bersama rakan2 wanita, saya tak kisah, itu hal mereka. Tapi mereka selalu bergurau lucah ketika kami yang lelaki ada disamping dan berdekatan mereka.

Saya tak tahu lah apa niat mereka, saja nak pancing ke atau saja nak buat kami tak selesa atau sengaja nak tunjuk perangai gedik mereka.

Saya pun bukan lah alim sangat, saya juga banyak buat dosa. Tapi saya tak buat terang2 atau di depan orang. Tapi mereka ni, depan orang lelaki tanpa segan silu dan tanpa rasa malu, selamba bergurau lucah.

Diorang pun masing2 bukan kategori makcik-makcik, muda-muda lagi, umur lingkungan saya je 29-30 an.

Saya dan mereka memang kawan rapat, tapi itu bukan tiket untuk mereka bergurau lucah di depan saya atau depan rakan lelaki lain.

Kadang2 saya terpaksa fake smile saja bila dengar gurauan mereka, dalam hati saya cuma berfikir, kesian dengan suami2 diorang ni, sebab waktu depan suami diorang, diorang ni bukan main baik sopan, dan solehah.

Sebab kami rapat jadi ada juga keluar sekali dengan suami diorang. Saya rasa kesian kat suami diorang sebab isteri masing2 perangai tak senonoh kat tempat kerja di depan staff lelaki lain. Adakah benda ni normal?

Kita ni umat Islam, apatah lagi perempuan, golongan yang tinggi martabatnya. Tapi kenapa merendahkan martabat sendiri. Dah sudah berkahwin tapi kenapa berperangai macam tu, dah hilang ke sifat malu?

Benda ni banyak berlaku sampai saya kadang2 hilang respect dengan perempuan melayu ni, luaran bukan main jaga pakaian, pakai tudung dan sebagainya tapi mulut takde rasa malu! itu semua mencerminkan diri mereka sendiri.

Ada kadang2 si isteri orang ni bergurau siap bagitahu baju dalam dan spender dia warna apa di depan saya. Lepastu gelak2.

Saya ni lelaki, kalau di ikutkan gurauan lucah saya lagi hebat dari dia tapi saya tahan sebab hormat. Tapi mereka ni hormat ke kepada saya?

Lagak mereka umpama wanita solehah tapi berperangai macam tu. Saya malu lah. Dan lebih kesian kepada suami2 diorang. Saya tak dapat bayangkan kalau saya ada isteri yang macam tu. Makan pelempang je kot!

Ok itu saja luahan saya, korang yang baca jangan jadi macam ni ya. Jadi la perempuan yang layak dihormati. Sekian, assalamualaikum

– MK (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *