Assalamualaikum semua! Aku antara pembaca setia dekat IIUM Confessions ini. Kalau tak silap, dari zaman awal-awal page ini diwujudkan lagi.
Dari zaman cerita seram, bawak ke cerita housemate psiko bela ulat sampah, cerita cik rambutan, peninggalan arwah, sampai cerita cerai berai, cerita mak mertua, cerita menantu, semua dah baca.
Kebelakangan ini aku nampak cerita pasal body shaming pulak yang viral. Kepada Chahaya, semoga dipermudahkan urusan untuk naikkan berat badan. Kepada TT yang rasa Chahaya tu kawan dia, semoga dikurniakan hidayah dan taufik daripada Allah SWT.
https://iiumc.com/si-kurus-keding/
https://iiumc.com/itu-hanya-gurauan/
Kalau masih rasa diri tu betul, tak tahulah nak cakap. Aku yang baca komen komen readers pun insof walaupun tak mengata sesiapa pasal tubuh badan ni. Hahahaha
Aku ni bukan ada benda sangat nak diceritakan. Tapi daripada pengalaman (seorang yang gemuk, dipanggil macam macam)
Dan pandangan aku, tak kira la dekat mana mana pun dalam dunia ini, memang akan sentiasa ada golongan yang rasa dia layak komen/ ulas/ buat review pasal kehidupan orang lain.
Kalau kita tak kacau golongan ini pun, mereka tetap akan kacau kita. Entahlah. Mungkin hidup mereka sendiri terlampau membosankan kot, sampai nak kena ambil tahu, buat review tak berbayar pasal orang lain. Kesian kan.
Tapi apa-apa pun, yang paling aku tak gemar dalam confessions yang viral ni adalah part gurauan.
Gurauan yang bukan setakat buat orang kecik hati, tapi gurauan yang memalukan. Yang melibatkan bahagian tubuh yang dikira aurat atau menyebut aktiviti yang halal untuk suami isteri.
Kadang-kadang aku pelik dengan orang yang bergurau benda benda tak senonoh macam ni dekat tempat kerja.
Kau orang tak rasa malu? Tak rasa ke benda tu tak patut keluar daripada mulut?
Cuba try, record diri sendiri masa buat lawak bodoh tak senonoh macam tu. Lepas tu bila balik rumah, try dengar audio record or tengok video tu. Haaaa tengok kebodohan sendiri. Terserlah ke tak?
Kalau rasa bodoh, bayangkan orang lain yang dengar tu rasa macam mana. Kalau tak rasa bodoh, bawa bertaubat.
Aku pernah la beberapa kali kena hadap rakan sekerja lelaki perempuan yang suka bergurau 18sx ni dekat tempat kerja.
Dan setakat ni, balasan aku guna untuk gurauan mereka sangat berkesan. Berkesan sampai diorang memang dah tak gurau benda benda tak senonoh depan aku. Macam mana? Meh aku ajar.
Kalau ada rakan sekerja bergurau tak senonoh dengan kau orang, kau orang buat muka blur, terkebil kebil. Jangan bagi response. Jangan senyum, jangan gelak. Kau orang pura-pura bingung (macam meme Ahmad Maslan bingung tu),
Lepas tu cakap, “Aaaa tak paham. Maksudnya?” Sambil cakap ni, kau orang kena tengok muka yang bergurau tu walaupun rasa nak maki dengar gurauan tu.
Buat muka kosong habis. Muka tak tahu langsung.
kau orang berlakon saja tak paham and suruh diorang ulang gurauan tu. Pengalaman aku setakat ni, selalunya berjaya sebab yang bergurau tu akan rasa malu nak ulang dan biasanya gurauan tu tamat di situ.
Tapi ada spesies memang muka tembok, dia akan ulang eh. Dia boleh ulang lawak masam tak senonoh tu macam benda tu memang kelakar habis.
So, kau orang buat saja muka blur round ke-2, cakap, “Pastu?” Muka make sure takde riak eh. Buat muka toya je.
Biasanya memang sampai situ saja la gurauan tu. Ulang lah sampai berjaya, sampai diorang yang suka bergurau tak senonoh ni dah tak berani buat keluar lawak tak senonoh tu dengan kita.
Tapi, itu cara aku lah. Ada jugak member kerja aku yang jenis berani tegur depan depan.
Pernah sekali, ada officemate yang tua tiga empat tahun ni, gurau pasal hubungan suami isteri. Dia memang dah selalu gurau 18sx tapi hari kejadian tu dah melebih sangat guraunya. Member aku yang berani ni terus tanya, “Tak malu ke gurau benda macam tu?
Rasa-rasa kalau gurau macam tu depan mak ayah sendiri, apa kata diorang eh?” Ambik kau. Terus terdiam officemate yang buat lawak lucah tu.
And sejak haritu, tak ada sesiapa berani gurau bodoh tak senonoh dengan member yang tegur tu. Kalau kau orang cukup berani, boleh try ni. Hahahaha. Tapi tu lah, bukan senang nak kumpul keberanian hadap orang bergurau tak senonoh ni.
Dan apa yang aku perasan, bangsa suka bergurau benda tak senonoh ni sebenarnya memang tak kelakar tau. Memang spesies hambar.
Sebab orang yang kelakar, dia tak perlu melucah pun dia dah kelakar. Tengok muka pun orang dah gelak. Tak payah cakap benda tak senonoh.
Dan golongan hambar ni lagi berani bergurau tak senonoh sebab ada sokongan. Ada saja yang tak berani gurau tak senonoh, tapi support dengan join gelak sekali.
Kepada para penyokong, ketahuilah, anda pun memainkan peranan dalam menggalakkan gurauan tidak senonoh ini.
Kalau tak ada penonton yang menyambut dan menyokong, takkanlah mereka yang melawak lucah ini boleh terus melawak lucah, kan?
Dan sebab adanya penyokong ni jugaklah orang yang tak selesa dengan gurauan ni dipandang macam kita pulak yang salah. Nampak macam tak sporting, tak open minded. Gurau sikit pun tak boleh katanya.
Yelah, kalau Si A boleh saja gelak dengan lawak lucah tu, kenapa si B nak skema tak chill langsung marah marah?
Padahal, hakikatnya, Si B yang betul tak layan benda benda tak senonoh. Banyak lagi benda lain boleh bawak bergurau. Kenapa nak kena gurau pasal benda dalam kain? Aduh tak faham betul.
Aku harap tabiat tak senonoh macam ni pupuslah. Bergurau tak senonoh ni tak bagi manfaat apa pun.
Dah ramai dah pun penceramah bagitau gurauan lucah ni lah antara yang menyumbang kepada kanak-kanak membesar terjebak dengan benda bukan-bukan. Sebab dah tak ada rasa malu.
Telinga diorang dah terbiasa dengar benda benda yang patutnya jadi aib, dibuat gurauan umum. Kesian budak budak membesar dalam persekitaran lawak lucah tu jadi satu kebiasaan.
Jadinya, kesimpulan karangan aku ni simple je. Jangan bagi respon kepada yang gurau lucah dan kalau berani, tegur depan depan.
Kalau anda antara yang selalu bergurau lucah dan tak senonoh, cubalah berhenti. Cuba cari bahan gurauan lain, yang tak buat orang mendengar tu rasa geli atau rasa nak maki. Mungkin boleh cuba cari teka teki yang funny.
Sama-sama kita semua biasakan yang betul dalam hidup ni. Mari kita tolak budaya gurauan tak senonoh, tak kira di mana sahaja! Ayuh kawan kawan!
– Tembikai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit