Gurauan Yang Tidak Sepatutnya

Assalamualaikum. Saya menulis hanya sekadar luahan, untuk tenangkan hati. Cerita tentang saya sendiri. Barangkali boleh dijadikan renungan untuk semua. Harap admin tak keberatan untuk publish cerita saya.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, saya ialah yang sulung dari adik beradik yang ramai. Saya anak dara yang sulung. Alhamdulillah saya bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sgt bertanggungjawab, baik, beriman.

Ayah dan mak saya, kedua² nya mementingkan pelajaran anak-anak. Kami disuruh buat latihan dlm buku yang telah ayah dan mak belikan, dan mereka yang menanda, menyemak buku itu serta menegur kesalahan kami.

Saya dan adik² diajar sopan santun, attitude baik, senang cakap, semua segi lah. Handphone pun tidak diberi pada kami sehinggalah habis spm. Memang ayah dan mak dah mengajar kami dengan lengkap cukup dgn ilmu agama. Sampai saya dah berjaya jadi straight As scorer utk spm saya. Berkat usaha dan doa mak ayah, saya dpt biasiswa bidang perubatan lagi.

Fyi, saya seorang perempuan melayu yang boleh dikatakan yang im just the average standards of beauty. Saya tahu kenapa saya dikategorikan seabagai tak lawa. Sebab hidung saya. Hidung saya kembang. Badan saya pun lack of curves.

Eventhough i have a great skin complexion, beautiful eyes, and kurus dan tinggi lampai, hidung saya yang agak sedikit kembang ni membuatkan saya nampak buruk.

Pada asalnya, memang saya bersyukur dengan fizikal yang saya ada, saya mempunyai keyakinan diri yang tinggi, saya juga berani pergi depan buat impromptu speech in English kat stage depan, tapi gurauan mak ayah saya, adik beradik saya, tentang fizikal saya menyebabkan saya selalu mengangis sorang2.

Saya rasa down, confident level yang tinggi tu jatuh menjunam setiap kali mereka menjadikan hidung saya sebagai satu gurauan. Adik saya yang lelaki tu pun sama. Dia pun selalu cakap hidung saya kembang. Memang tak dinafikan dia handsome, jadi saya tak boleh kata apa2 tentang fizikal dia.

Sampai satu tahap saya seolah² nak menyalahkan tuhan kerana ciptakan saya mcm ni. Tapi cepat-cepat saya istighfar balik.

Dalam adik beradik saya, saya yang paling tak lawa. Adik saya yang lelaki semua handsome². Ramai peminat. Cikgu cikgu kat sekolah pun semua suka dia berbanding saya, saya rasa sebab rupa. Bukan apa. Nak kata suka sebab sikap, sama je.. saya dan dia, dua² pandai, siap homework, hormat cikgu. Tapi dia lebih outstanding.. sebab dia handsome.

Junior2 saya yg perempuan semua suka dia. Saya tak kisah semua tu, cuma yang saya geram bila ayah pernah ckp, ” kalau org tengok hafiz (nama samaran adik) hensem, tapi mak ayahnya biasa2 je, tapi kalau org tengok kaklong (saya), org ckp “ehh, mak ayah lawa, tapi anak…”.

Saya rasa dibanding2kan. Saya rasa sedih. Kadang2 terfikir, saya tak patut rasa sedih sebab saya patutnya bersyukur dengan apa yg Allah bagi. Tapi air mata ni mana boleh nak control².

Saya selalu tengok cermin, kadang mata saya lihat diri sendiri, “ehh ok je aku.” Tapi hati ni tetap kata saya tak lawa.. sbb kata2 mak ayah tu.

Masuk asrama utk asasi, sebabkan saya lack of curves, roommate saya ejek kata saya flat. Saya nangis lagi sorang2. Nangis kat port yg takde org, kuat pulak tu sbb bercampur dgn homesick. Then, bila vid call family, semua kata hidung saya makin kembang, pastu ibu ayah dan adik² gelakkan saya lagi.

Semua perkara ni betul2 buat saya rasa saya ni hodoh, saya tak layak utk sesiapapun, kadang2 sampai saya rasa malu nak interact dgn kawan² especially bila face to face.

Last2, duduk dlm bilik, depressed.

Jadi nasihat saya, kepada semua yg baca luahan saya ni, kalau nak bergurau tentang fizikal seseorang, silalah berpada-pada. Fikir dulu tentang perasaan org tu. Seeloknya, kalau nk gurau, jgn gurau pasal fizikal.

Kadang2 tgk kawan kita tu, kita gurau ckp dia hitam, tapi, dia lek2 je boleh gelak sekali.. tak tau kat rumah dia nangis sorang2, depressed.

Sebab apa yg kita jadikan bahan gurau /ejek tu, ciptaan Allah. Fizikal tu, baik atau buruk rupanya, Allah yg bagi. Org tu tak minta pun badan gemuk, tak minta pun kulit hitam. Allah yg bgi semua tu.

Jadi sebagai hambaNya, jangan kita jadikan fizikal sbg bahan gurauan takut2 nanti org tu salahkan tuhan kerana diciptakan sebegitu. Astaghfirullah..

Luahan kisah saya ni, hanya utk sedarkan semua org tentang apa yg org gemuk / hitam / hodoh rasa bila diejek / digurau tentang fizikal mereka.

Ingat, kita yg mengejek ni, rupa cantik mana sekalipun, Allah yg bagi, kalau dia tak izinkan, kita pun buruk juga mcm org yg kita ejek2kan tu.

Wallahualam.

*Tak minta simpati, cuma ingin mengingatkan dan menasihati.

– Syahirah (nama samaran)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *