Assalammualaikum. Memandangkan sejak akhir-akhir ini banyak kes s3xual harrasment terjadi (lagi jijik orang dewasa yang ambil kesempatan atas budak-budak naif), aku terpanggil nak ceritakan pengalaman sendiri.
Dulu masa di sekolah agama sekitar tahun 2002, aku aktif sertai macam-macam pertandingan antara sekolah. Yang macam hafaz Al-Quran, tulisan khat ataupun nasyid. Jadi satu hari, cikgu cari peserta untuk pertandingan berzanji pula.
That time sekolah hantar dalam 4 peserta which is aku and kawan-kawan dari kelas lain.
Dalam 5 hari, kami akan dipanggil sebanyak 2/3 kali untuk berlatih dalam bilik guru. Kebiasaannya pada hari Rabu dengan Jumaatlah. Awal-awal ustazah and ustaz kami je yang monitor macam mana latihan tu.
Sampailah pada minggu akhir berbaki 3 hari sebelum pertandingan, guru besar panggil kami berenam katanya nak tengok macam mana tahap bacaan berzanji tu. Dah okey ke belum untuk preparation pertandingan dan sebagainya.
Ustazah panggil kami di kelas, kami turun bawah masuk bilik guru. Kemudian guru besar (aku gelar Ustaz Harim) panggil kami masuk bilik dia.
Jadi kami 4 orang dan dia sahaja dalam bilik tu kemudian tutup pintu. Ruang bilik guru besar agak luas dan ada sofa panjang. Jadi kami duduk situ dan buka berzanji masing-masing.
Kami agak penakut. Maklumlah budak sekolah rendah baru umur 9-11 tahun. Jadi selama latihan okey saja. Tiba-tiba bila baca depan guru besar yang memang 1 sekolah tahu dia bersikap garang, kami tersasul bacaan gara-gara gugup.
Tiba-tiba dia suruh kami hentikan bacaan dan minta berdiri jarak-jarak sesama sendiri. Kemudian kami ditegur sebab salah bacaan.
Kata dia, macam mana nak menang pertandingan nanti kalau tak fokus? Muka dia garang sangat kami sangat takut masa itu.
Kesannya, dia beri hukuman pada kami sebagai pengajaran. Dia beri pilihan sama ada nak hukuman rotan atau cubit?
Kami semua pilih cubit sebab pernah nampak dia rotan budak lelaki, kuat tau. Jadi kita as murid perempuan takut sangat bayangkan kalau guru besar rotan sebegitu kuat.
Tiba-tiba dia datang pada kami & cubit dada kami. Bukan atas permukaan kulit saja. Tapi dia grab juga bahagian PUTI*G dan picit kuat-kuat.
Selaku murid yang masih naif, ketika itu kami sampai tertunduk-tunduk dan terbongkok-bongkok sebab rasa sakit. Sambil tu dia cakap la acah-acah nasihat hukuman tu untuk ajar kami supaya serius dengan pertandingan yang hampir tiba.
Kami tidaklah menangis. Rasa tak selesa pun takde. Yang kami rasa masa itu hanyalah SAKIT. Tapi kami tak pernah cakap dengan sesiapa kejadian tu.
Ketika itu, pola pemikiran kami begini : Guru besar tegur dan hukum sebab sayang & nakkan yang terbaik untuk harumkan nama sekolah.
Okey habis kat situ. Masa pertandingan sekolah kami dapat johan dengan naib johan je. Okeylah guru besar pun bangga siap cakap tahniah.
Yang paling aku ingat, Cikgu Harim siap belanja kami makan KFC dalam bilik dia. Zaman tu dapat KFC terasa sangat mewah lagi pula kami cuma anak orang kampung.
Cikgu Harim cuma cakap, “Sebab itu saya hukum cubit kamu minggu lepas. Tengok, kamu dah berjaya harumkan nama sekolah”.
Wow kami yang masih polos ni bukan main kembang dipuji-puji. Selebihnya, tiada hal pelik jadi. Sekadar makan, habis, keluar sambung masuk kelas.
Tapi bila aku dah berumur 20-an dan mula ada pendedahan pasal pedophilia, dah ada awareness yang betul-betul serius, aku faham segalanya.
Apa yang Cikgu Harim buat dulu adalah sexual harrasment yang berselindung dengan alasan HUKUMAN!!!!
Sebagai seorang USTAZ, GURU BESAR DAN PENDIDIK DI ALIRAN AGAMA, tak mungkin dia tak tahu batas-batas sentuhan apalagi kepada murid yang masih kanak-kanak. Betul tak?
Sentuh tangan atau wajah pun sudah kurang manis, apalagi sentuh DADA? Bukan setakat cubit kulit dada, malah tekan PUT*NG budak? Binatang kau Cikgu Harim.
Benda tu dah lama berlalu tapi akan datanh balik bila aku terbaca pasal pedo dekat Facebook atau mana-mana social media. Rasa macam kenapalah aku lambat tahu exposure pasal PEDO BODOH ni.
Kini bila dah berkahwin, aku sentiasa ajar anak aku pasal tubuh dia. Bahagian sulit mana yang boleh disentuh orang atau tidak. Beri dia kepercayaan untuk sentiasa adukan pada kita kalau ada sentuhan pelik mencurigakan yang dibuat oleh sesiapa.
Dengan cara ini saja kita dapat protect anak-anak dari jadi mangsa pedo. Aku kesal sebab perkara ni aku sedar lepas umur dah masuk 20-an saja.
Aku tak menyalahkan mak ayah aku. Sebab dulu mereka ini tiada pendidikan yang tinggi. Jadi kebanyakan penjaga zaman dulu tidak terlalu terbuka dengan awareness mengenai pedo ataupun sexual harrasment.
Sekarang zaman moden, penggunaan media sosial makin meluas. Banyak orang cerita pasal awareness gangguan s3xual.
Aku harap ibu bapa di luar sana ajar semula pada anak-anak. Apa-apa persentuhan pelik, wajib beritahu. Bagi mereka faham dada, kemaluan dan punggung adalah kawasan yang orang lain tak boleh sentuh.
InsyaAllah sedikit sebanyak dalam lindungi mereka dari manusia berhati binatang. Moga jadi pengajaran.
Manusia pedo berhati binatang ni boleh muncul dalam pelbagai rupa. Hatta seorang guru agama sekalipun. Nauzubillah. Moga zuriat kita semua dilindungi dari mereka semua. Aamiin.
– Puan Mizakina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit