Assalammualaikum warga IIUM Confession,
Seperti tajuk yang tertulis, sudah semestinya luahan ni berkaitan pekerjaan yang diberi nama Guru.
Aku Zaleha (bukan nama sebenar), umur biarlah rahsia. Tapi dalam fasa-fasa mencari kerja tetap.
Aku sememangnya tidak berminat untuk menjadi seorang guru.
Sejak dari sekolah rendah bahkan sampai ke sekarang pun jika ditanya apa cita-cita ku?? Cita-cita menjadi Guru tidak pernah terlintas di minda atau bahkan di bibir untuk aku sebut kan.
Namun, keluarga ku tidak peduli. Apa yang mereka tau, setiap kali ada pengambilan guru.. mereka desak untuk aku isi. Yang penting kerja kerajaan. Jadi guru lebih senang dan selalu ada pengambilan berbanding kerja2 kerajaan yang lain.
Dan aku sememangnya selalu mengelat. Sudah beberapa kali aku isi untuk pengambilan guru..
Dan semasa ujian online aku akan sedaya upaya menjawab yang menunjukkan aku tidak berminat kearah perguruan. Itu sahaja cara untuk aku lepas dari harapan mereka untuk aku menjadi guru.
Tapi setiap kali ada iklan pengambilan guru, setiap kali tu lah aku jadi serba salah. Aku terasa seperti aku menghampakan keluarga. Tapi aku juga tidak berminat.
Hati aku jadi berbelah bahagi. Aku sedih kerana aku merasakan aku jadi anak yang derhaka hanya kerana tidak menurut permintaan keluarga.
Aku sekarang sudah bekerja, tapi biasalah. Hanya kerja di kedai biasa. Bukan kerja kerajaan, dan bukan juga kerja didalam pejabat yang ada aircon umpama di dalam drama-drama tv. Tapi alhamdulillah masih boleh menampung kehidupan aku sendiri.
Aku gembira dengan pekerjaan aku sekarang. Aku tak stress, aku happy.
Tapi mungkin kerja tersebut tidak setaraf dengan pendidikan yang aku ada..tu membuatkan ahli keluarga masih berharap untuk aku kerja kerajaan terutama guru.
Aku tidak benci kerja2 kerajaan, bahkan memang ada kerja yang aku minat. Malangnya kerja tersebut yang tidak memilih aku..hahaha..nak buat macam mana belum rezeki untuk aku.
Benda membuatkan aku lebih down bila mak2 saudara aku yang juga guru, bercerita tentang anak-anak mereka yang juga memohon dan diterima menjadi guru…umpama menambah torehan luka dihati aku yang sudah sedia rasa bersalah…
Aku semakin rasa aku ini anak derhaka Kerana tidak mampu menjadi seperti anak-anak makcik aku yang lain. Yang lebih berjaya.
Entah aku nak salahkan diri, atau rezeki pekerjaan yang belum sampai pada aku?
Aku perlukan bantuan dan nasihat dari warga IIUM Confession. Sekurangnya yang boleh tenangkan hati aku sedikit.
Sejujurnya sekarang hati aku mula berbelah bahagi lagi memandangkan pengambilan PDPP baru sahaja dibuka. Dan seperti biasa, soalan yang sama dari ahli keluarga aku…
“Tak nak isi ke?”
Terima kasih.
– Zaleha (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
try jujur dengan family sebab sebenar tak nak jadi guru. bagi diorang faham. ataupun datangkan minat untuk jadi guru
tetapkan pendirian u , taknak jangan paksa diri ikut cakap family.
nanti u stress mengajar anak2 murid jadi mangsa. nak jadi guru kena ada minat untuk mendidik anak2 murid , bukan setakat mengajar kosong je..
buatlah kerja apa pun , janji u minat dan happy..yang penting dapat cari rezeki halal.
Belajar je pandai2 result with flying colours. Jadi manusia berguna. Jadi manusia yg amanah.
Esok2 ada anak cakap best kalau parents saya jadi guru sebab cuti sekolah saya takperlu pergi pengasuh. Time.tu ko nak tukar profession dah terlambat dik. Ko tak nak jd guru jgn membazir masa org lain nak tgk test ko, buang masa interview ko etc
Tinggal dengan family ke? Kalau ye, ikut cakap family. Kalau tak try tinggal sendiri, tanggung diri sendiri, lepas tu kahwin. Nak tengok masih ada rasa memilih kerja. Zaman sekarang ni, orang buat apa saja untuk cari duit walaupun tak minat. Awak mungkin tak minat sebab disuruh, makin disuruh makin menjauh. Macam saya yang sedikit rebel dengan cadangan family bila dicadang belajar itu, atau bekerja ini.
Nak jadi guru kena ada minat.. kalau x minat jangan dipaksa.. bimbang ank murid jadi mangsa..
Kakak sekarang sgt bersyukur sebab mak dan abah dulu nak sangat kakak jadi cikgu.
Ini la yg saya rasa masa umur 18 tahun dulu ..interview semua pergi sbb abah da usaha minta org lain isi kn…memandangkn penat abah usaha aku prgi juga…xsanggup kecewa kn abah…interview aku jawab bersungguh aku study aku praktis walu x suka…xsanggup nk ckp ” saya x minat tp abah saya paksa saya .saya xnk jd cikgu” mcm penemuduga lain yg x minat..saya fikir hncur nya hati abah saya …
Kemudian dpt university saya pergi.sbuln lpas tu panggiln maktab sampi dan saya berjya…abah call hari2 pujuk saya kluar u dan masuk maktab…saya xnk..tapi akhirnya mngalah demgn pujukn abah …masa saya trrima tu , saya doa ya allah, andai ini dpt gembira kn abah, kau senangkn la jalan hidupku di masa depn….
5 tahun saya blja saya xminat…kdg3 menagis ..saya posting …abah siap bli kn kereta kncil …semua die sediakn …saya kerja ..5 tahun , 7 tahun …saya msih rasa saya berada di tmpt yg salah…kdg2 saya menangis …. skrg dah 15 tahun saya jd cikgu …bole saya kata saya paling sayang kerjaya ini dlm 3-4 tahun kebelakangn ini je …YA allah , rugi nya 11 tahun kebelakang saya ….apa lah yg saya dpt…saya kerja tapi saya x prasan saya ada bakat minat …11 tahun kebelakang , saya dpt je anugerah guru cemeelang , anugerah nazir , teebaik itu dan ini .. tetapi 4 tahun kebelakang ini yg terbaik saya rasa…sebb kecintaan saya pada kerja saya sgt2 dalam …..sgt dlm….saya xtaw bagaimna ia terjadi…dan kecintaan itu hadir selepas ABAH MENINGGALKN DUNIA FANA INI …… asbab untuk mnjadi pahala jariah buat abah kerana die yang nak saya jd guru..saya niatkn jika ada pahala saya mndidik ank2 di sekolah, saya sedekahkn pahala itu buat abah …
Dan sprti doa pada mula2 saya terima pujukn Abh nk masuk maktab, begitulah apa allah bg saya …hidup ku lancar seperti doaku …alhamdulillah….
Bahagiakn org tua mu……
Pasti engkau akan di bahagiakan
Awak rasa bersalah mungkin sebb masa interview mmg awak jawab bg fail … Cuba sekali awak bersungguh ….pejam mata dan redha …kdg2 apa kita x suka itu yg terbaik untuk kita…..
Cuba mohon mana tahu ada rezeki..kerja dulu..kalau tak minat juga boleh ja berhenti..tak salah mencuba