Salam semua, tak tahu cerita ni akan lepas atau tidak. Bukan mengenai politik.
Sekadar luahan pesara guru tadika hijau yang dah lama berkecimpung menjadi guru tadika di rumah hijau.
Dulu, kami bersama2 membangunkan tadika dari satu buah di kuala lumpur hinggalah menjadi ribuan tadika di seluruh negara.
Tidak dinafikan silibus yang diberikan dan sistem yang ada sangatlah bagus. Kami para guru sangat seronok walaupun elaun *gaji* yang diberikan tidaklah begitu puas hati berbanding sekarang.
Kami berasak-asak mahu membangunkan tadika walaupun tiada siapa dari rumah hijau yang membantu. Kerana sayangkan anak murid dan tekad mahu mengajar anak2 pandai mengaji.
Beberapa tadika bernaung di bawah persendirian menggunakan gaji kerja sendiri untuk bangunkan tadika tersebut. Maksudnya pengurus buat banyak kerja untuk back up tadika hijau.
Namun sekarang, mereka yang tiba2 datang seperi cendawan tumbuh ni mahu mengusir kami seperti kami tiada nilai di mata mereka.
Katanya mahu menyeragamkan sistem, sedangkan tiada siapa dari mereka yang datang turut serta dalam menjayakan tadika.
Ada yang dibayar hanya seribu hanya semata mahukan duit itu disalurkan ke tempat lain. Kebajikan cikgu2 kini tidak terjaga langsung.
Cikgu2 tidak berani buka mulut kerana terlalu sayangkan anak2 yang datang ke tadika untuk belajar mengaji. Memikirkan pahala yang mengalir sehingga akhirat.
Ada sekali mereka datang ke tadika kami menuntut hak mereka, katanya tadika yang saya usahakan dari belasan anak murid sehinggalah puluhan murid adalah hak mereka.
Sebagai guru, saya terlalu penat melayan kerenah mereka yang mahukan duit tanpa membangunkan apa2.
Datang menerjah, berlagak macam gangster. Sungguh sakit hati ini mereka perlakukan guru2 kami yang berpuluh tahun bertungkus lumus dalam membangunkan tadika.
Jangan terkejut selepas ini banyak tadika hijau yang tidak mahu lagi bernaung di bawah bumi hijau. Bukan kerana politik, namun kami cikgu2 sudah lelah dengan permainan hati dan mental mereka.
Kami di sini mengajar, mendidik, mengasuh dengan seikhlas hati kami semua, namun sekilas pun mereka tidak pernah ambil peduli.
Jangankan membantu dari segi wang, kebajikan guru juga tidak pernah dijaga. Dengar2 elaun/saguhati akan diturunkan jumlahnya.
Saya dan guru2 yang lain tersangat kecewa, penat dan begitu lelah sekali. Jadi kami ambil keputusan untuk keluar dari tadika bumi hijau.
Sedih. Namun lagi menyedihkan bila mereka gunakan anak2 tidak berdosa sebagai sumber kewangan untuk kenyangkan perut sendiri.
Doakan saya dan guru2 bersara hijau ini mampu untuk pertahankan hak kami sebagai tenaga pengajar.
Wallahualam.
Sekian, guru hijau pencen.
– Ali (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit