Guru Kaunseling Itu 1buku

Assalamualaikum semua. Ada tulisan2 yang sebelum ini mengatakan bahawa guru kaunseling tidak boleh dipercayai kerana tidak menjaga kerahsiaan.

Natijahnya, akan wujud pelajar yang perlu bantuan sesi kaunseling tetapi tidak berjumpa guru kaunseling untuk bantuan.

Aku selaku anak kepada guru kaunseling berpendapat hal ini akan merugikan pelajar2 itu sendiri kerana beberapa perkara.

1- Guru kaunseling adalah kerjaya sepenuh masa. Kerajaan telah menetapkan guru kaunseling sekolah untuk tidak mempunyai sesi mengajar. Maka, gunakanlah perkhidmatan percuma yang kerajaan telah sediakan ini.

2- Kebiasaannya, pelajar yang jumpa guru kaunseling ini, apabila meluahkan masalah yang timbul, guru kaunseling akan ada maklumat korang. Maka, anda berpeluang mendapat bantuan dari;

2.1 Kerajaan dan sektor swasta, anda akan dapat sebab berada dalam senarai.

2.2 Guru kaunseling dan kawan2nya.

2.2.1  Yang aku tau, ibu aku ni, setiap kali ada majlis makan-makan mesti sibuk nak bungkus untuk hantar ke rumah pelajar susah yang ada dalam rekod dia.

Kadang sampai tahap abang dan aku malu sebab orang dok ingat keluarga kitorang ni bungkus sebab tamak padahal keluarga kitaorang semua kaki diet (waktu sekolah menengah, kitaorang badan sedap2, tapi masuk U je, terus kawal permakanan dan BMI <25)

Pernah aku tegur waktu mak aku minta bungkus lauk kat majlis mak cik aku, pastu mak aku jawab,

i. Dah minta izin tuan rumah/mak cik aku.

ii. Lauk tu kalau tak bungkus siap2 dan kitaorang agihkan ke keluarga pelajar susah, nanti memang mak cik aku akan buang/tanam.

iii. Majlis tu untuk makan tengah hari. Waktu mak aku mak aku suruh bungkus2 tu dah pukul 5pm. Kalau tak kemas/bungkus2 waktu tu, sapa nak tolong kemas nanti?

Rumah Ibu dengan rumah mak cik jaraknya lebih 2 marhalah, mana maunya aku datang semula untuk bantu kemas2 lepas semua sedara-mara dah balik.

Tiada jaminan sedara-mara yang last balik tu akan bantu kemas2 sebelum diorang balik.

Maka, aku sami’na wa atho’na, bungkus la lauk2 tu; sambil dalam hati duk fikir adakah ada mata2 yang memandang.. nasib la labuuuu.

2.2.2 Mak aku kumpul duit bantuan dari guru2 sekolah dan gunakan duit tu untuk bagi bantuan secara terus kepada mereka.

3- Markah kokurikulum untuk pembimbing rakan sebaya (PRS) adalah sama tinggi dengan pengawas sekolah; tapi tak ramai yang sedar.

Maka, kalau korang yang baca ni adalah pelajar, pergilah mendekati guru kaunseling dan tawarkan diri untuk jadi PRS. Kalau korang adalah bapa/ibu pelajar, pun boleh sahaja jumpa dan maklumkan anaknya berminat.

Lagi-lagi ini kan baru minggu awal persekolahan. Mak aku pernah cakap, kadang dia susah nak cari ahli PRS sebab pelajar-pelajar bagus beria nak jadi pengawas; padahal pengawas kerja lebih banyak.

4- Guru kaunseling yang ada etika tidak akan menceritkan luahan pelajar yang menjalani sesi kaunseling. Pelajar yang hadir dipanggil klien dan akan dijaga kerahsian sesi mereka.

Pada aku, kalau kerahsian sesi kaunseling korang terbongkar, buat je surat layang ke PPD/GB/pengetua, mesti guru kaunseling tu kena tatatertib.

Jangan la korang pi luahkan masalah pada guru-guru biasa.

Kadang2 mereka ini tidak terlatih untuk menjaga rahsia.

Aku bagi contoh mudah, kau datang hospital daerah yang tiada doktor pakar dalam keadaan plasenta privia (pendarahan yang terletak di bahgian bawah rahim), mana maunya doktor awam tu nak sambut anak kau yang tunggu masa nak keluar dari rahim tu.

Patutnya, kalau dah tau diri tu kes plasenta privia, ada masalah je terus ke hospital berpakar. Maka, maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.

5- Aku ni walau anak cikgu kaunseling, sebenarnya tak pernah pun pi bilik kaunseling kecuali waktu hujung Tingkatan 5 sebab nak tanya cara mohon U.

Ntah la, macam mana ibu aku boleh terlupa terangkan fungsi guru kaunseling kat aku.

Mak aku mula cerita kat aku fungsi2 guru kaunseling waktu aku dah masuk U, itupun sebab aku selalu datang sekolah mak aku untuk jadi fasilittor motivasi tidak berbayar.

Mungkin sebab mak aku bimbang ada terlepas cakap berkaitan sesi kaunseling yang dia jalankan kot.

Satu benda yang mak aku ajar ialah, waktu rehat, pelajar boleh je pi lepak2 kat bilik kaunseling.. sambil baca buku berkaitan bidang yang ditawarkan pasca SPM.

Akhir kalam, mungkin ada guru-guru kaunseling yang tidak profesional. Tetapi, janganlah kerana segelintir yang buruk itu, menyebabkan anda rugi tidak menggunakan khidmat percuma yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.

Bak kata orang tua, duit kerajaan itu ialah duit rakyaaat.

– Syafiq Hakim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *