Guru Tak Amanah

Assamualaikum, terima kasih sebab sudi menyiarkan confession aku ni. Aku harap confession ni disiarkan. Aku merupakan pembaca setia IIUM Confession, terdetik untuk aku berkongsi masalah yang aku hadapi di sekolah ini mengenai rakan sekerja aku. Aku seorang guru di sebuah sekolah kawasan pedalaman, sudah berkhidmat hampir 5 tahun dan murid kami tidak ramai. Pengakuan ni bukan mewakili semua guru, jadi tak payah la nak kecam atau judge semua pendidik macam apa yang aku nak katakan ni.
Pertama sekali, aku bukanlah nak kata diri aku guru yang paling bagus sebab aku pun tidaklah sempurna. Aku semakin berani untuk membuat pengakuan ini sebab aku lihat prestasi anak murid aku semakin teruk, walhal murid hanya sedikit. Aku tak nak salahkan murid sebab sudah menjadi tugas hakiki guru untuk membentuk dan mendidik murid (murid pedalaman banyak kekurangan tapi boleh dididik sebenarnya). Semuanya berlaku gara-gara sikap rakan sekerja aku a.k.a guru-guru yang tidak amanah dan makan gaji buta.
Permainan komputer – Aku tau la kawasan pedalaman, stress dan tidak banyak benda boleh dilakukan tapi janganlah main game semasa waktu PEJABAT dan waktu MENGAJAR! kesian anak murid memanggil untuk masuk ke kelas. Lepas tu buat endah tak endah sebab fokus dengan permainan lagha tu. Kami semua tinggal bersama, jadi aku tau la siang malam bermain permainan tu tapi tak payahlah waktu kerja pun kau nak kacau. Aku pun main game tapi main pada waktu malam atau waktu cuti sahaja. Sampaikan kalau ada tetamu atau ibu bapa yang dating tiba-tiba ke bilik guru pun, kau tak malu menampakkan diri sedang main game sebab sudah menjadi benda biasa.
Tidak menepati masa – dah main game, nak masuk kelas punya main liat. Memang la tak boleh nak tepat sangat contohnya kelas jam 9.20, kau pun terpacak depan pintu kelas on time. Tapi apa yang kau buat?, jam 9.20 tu la baru nak pergi tandas, hisap rokok, pergi sarapan, fotostat lembaran kerja. Jadi sebelum kelas atau malam hari sebelumnya kau buat apa?. Sebab tu la masuk kelas 15-20 minit lewat, pastu keluar kelas 10-15 minit awal. Aku rasa kesian sangat dengan anak-anak aku. TT. Ko rase kalau cikgu anak kau buat benda ni kepada anak kau juga, kau marah tak?
Mengabaikan tugas cikgu-cikgu mungkin faham sekarang tugas kita mengajar bukanlah perkara utama kerana banyak kerja-kerja pengkeranian dilakukan. Mana lagi mengisi atas talian dan sebagainya walaupun jaringan internet yang dibekalkan macam siput. Tapi sudah tugas tu diamanahkan untuk kau buat, tangguh kerja dan tak mengaku itu tugas kau sudah menjadi benda biasa. Semua orang pun ada jawatan masing-masing. Jadi sama-sama la buat kerja, tak payah la sampai pihak atasan atau PPD sound kau baru terhegeh-hegeh nak buat kerja. Yang aku heran, hadap laptop hampir 24 jam tapi tak buat kerja. Grrrrrrr..
Murid tak belajar – jadi guru ni kena bersedia mental dan fizikal. Apa opsyen kita belajar di ipg atau universiti tak semestinya kita akan mengajar mengikut opsyen kita tu. Sebab tu ada diselitkan subjek lain. Ada opsyen matematik, tapi di sekolah mungkin terpaksa mengajar bahasa Inggeris atau Agama Islam sebab kekurangan guru. Tapi tu bukan alasan untuk tidak mengajar. Ada guru yang memberikan laptop untuk melihat wayang kartun secara berjemaah atau mewarna walaupun bukan mata pelajaran seni. Pastu tinggalkan murid-murid dan sambunglah main game atau pergi merokok. Budak-budak memangla kalau diberikan benda macam tu, lagi dorang suka. Tapi kau kan cikgu, sepatutnya tak boleh buat macam tu. Pastu murid gagal atau tak boleh buat latihan, mula la mengeluh menyalahkan murid sepenuhnya. Dah kau tak ajar dan tiada usaha utk mengajar. Kau rase?. Kesian anak-anak aku datang sekolah pergi balik tak dapat apa-apa ilmu.
Cuti awal – yg ni guru dari negei ni atau luar negeri ni ada jer perangai macam ni (sekolah aku, sekolah korang aku tak tau). Aku paham la kau jauh dari negeri atau tempat tinggal kau. Tapi cuti seminggu awal dan lambat seminggu balik ke sekolah selepas cuti rasanya dah melampau lah kan. Kau ingat sekolah bapak kau?. Yang berada di sekolah ni la yang terpaksa cover kelas kau. Boleh tak bagi gaji kau tak datang sekolah tu dengan kami haha. Kita faham la yang dah kahwin ni konon-konon nak luangkan masa bersama keluarga, walaupun aku ne bujang lagi tapi aku masih ada ibu bapa kot. Tapi tak la nak menyambung cuti macam kau. Cuti sekolah ni boleh aku katakan banyak berbanding pekerjaan lain.
Untuk yang kata kenapa aku tak tegur, aku dan beberapa guru lain dah tegur tapi tak makan saman. Kenapa kepala sekolah tak bertindak? Sebab guru besar jarang berada di sekolah atas faktor kerja dan dorang ni pandai berlakon jika ada guru besar. Kenapa pihak PPD tak pantau? Sebab kawasan sangat pedalaman sehingga PPD pun datang setahun mungkin sekali dua sahaja. Itupun dimaklumkan terlebih dahulu.
Aku sentiasa berpegang dengan kata-kata pensyarah aku semasa di ipg. Jadi guru ni besar tanggungjawab dan amanah kita sebab kita membentuk bakal pewaris negara. Gaji yang kita terima tetapi tidak menjalankan amanah kita, akan menjadi darah daging kita dan keturunan kita makan duit haram. Seronok hujung bulan makan duit gaji, tapi tak muhasabah dengan diri yang duit gaji tu memang penat lelah kita mengajar atau penat main game sahaja? Haha. Renung-renungkan la.
Untuk cikgu-cikgu seluruh Malaysia, kalau awak rasa tak nak anak, cucu, cicit kamu diperlakukan sebegitu rupa. Berubahlah ke arah kebaikan dan sama-sama mendidik anak-anak ini dengan ikhlas sebab mereka memang dahagakan ilmu.

– Guru Pedalaman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit