Assalamualaikum dan hai semua pembaca sekalian. Saya Nanohana. Boleh panggil saya Nano. Saya fresh graduate ijazah perakaunan lepasan ipts di tanah air.
Saya telah bergraduasi pada akhir tahun lepas dengan CGPA 3.80. Sekarang ni nak masuk 3 bulan saya bekerja sebagai pembantu audit di firma audit non-muslim di pantai timur.
Alhamdulillah dapat kerja selepas graduate, tapi saya rasa agak tertekan bekerja dalam industri ni. Saya rasa tiada masa untuk diri sendiri. Saya selalu fikir nak berhenti kerja setiap pagi waktu nak pergi kerja.
Sebagai orang baru, saya tak ambil cuti kerana saya tak ada alasan yang kukuh selain cuti sakit. Company saya pun agak susah nak bagi cuti lagi lagi bila peak period.
Tapi Audit ni macam busy sepanjang tahun je, hahaha. Saya selalu tengok jam bila kerja sebab nak cepat habis dan balik.
Bila fikir semula, saya rasa industri ni bukan untuk saya. Jadi saya cuba hantar permohonan untuk kerja lain. Tapi sampai sekarang tiada sebarang feedback. Saya agak buntu.
Mak saya sarankan untuk sambung DPLI (diploma perguruan lepasan ijazah) untuk menjadi seorang guru seperti beliau. Saya masih ragu ragu sebab saya tahu kerjaya guru bukan mudah.
Tapi jujurnya saya agak cemburu lihat kerjaya guru datang sekolah awal pagi, balik pukul 1-2 petang, dan ada sedikit masa untuk berehat pada waktu petang (jika tiada sebarang program atau meeting).
Cikgu pun banyak cuti rasanya berbanding kerja audit ni, huhu.
Selain dari DPLI , saya rasa ada minat untuk sambung master. Tapi mak saya macam lebih suka saya jadi guru.
Kalau saya ambil master, saya ingat nak jadi pensyarah. Tapi saya tak banyak pengetahuan pasal kerjaya seorang pensyarah.
Pensyarah ni bekerja 8am-5pm ke? Bagaimana dengan cuti seorang pensyarah pula? Tugas tugas pensyarah selain mengajar dan sebagainya.
Jadi saya agak keliru samada nak jadi guru atau pensyarah sekarang ini.
Pada pendapat pembaca sekalian, antara kerjaya guru dan pensyarah, yang mana lebih baik dari segi lifestyle, waktu lapang sebab saya nak ada masa untuk diri sendiri.
Saya teringin nak bekerja yang tak memerlukan saya berkira dengan waktu.
Saya dah buat solat istikharah, dan masih belum dapat kata putus. Mungkin saya akan dapat jawapan melalui pendapat pembaca sekalian.
Harap pembaca boleh berkongsi pandangan dengan saya. Nak bagi kata kata semangat untuk saya yang baru masuk ke alam dewasa pun boleh.
Terima kasih sangat sangat sudi meluangkan masa untuk baca dan beri pendapat.
Bye semua. Assalamualaikum..
– Nanohana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sekadar memberi sedikit pandangan. Pada masa ini, peluang pekerjaan agak terhad berbanding graduan yang terlalu ramai saban tahun. Nak jadi pensyarah juga bukannya mudah ya, ramai yang ada PhD tapi tidak berpeluang menjadi pensyarah. Dan untuk makluman, kerja pensyarah bukanlah mudah ya, selain mengajar, mereka juga perlu publish paper, perlu ada geran, penyeliaan student dan KPI2 yang lain. Untuk dapat Phd, sekurang-kurangnya perlu masa 5-6 tahun lagi (kalau belum ada master la). Dan lepas 6 tahun, belum tentu ada kerja ya. Untuk kerjaya guru, peluang bekerja lebih cerah kalau masuk IPG berbanding di Univ. Cuma pendedahan hanya tertumpu di sekolah sahaja, dan masa bekerja juga agak singkat dan akan ada masa dengan keluarga. Awak fikir baik-baik dan buat keputusan yang sewajarnya. Mana-mana pilihan juga tidak salah, cuma laluannya akan berbeza kelak.