Assalamualaikum. Nama aku Rai, mestilah bukan nama sebenar. Memandangkan sekarang tengah isu berkaitan kredibiliti guru, jadi aku juga nak cerita pengalaman aku. Aku amat berharap bekas guru aku membaca penulisan aku ini.
Sedikit pengenalan tentang diri aku, aku dari kecil kategori anak yang agak pandai, tak terlalu nakal (nakal yang tak mengganggu sekolah/guru ) dan taat.
Dari sekolah rendah, aku boleh bangun pagi, solat subuh dan ke sekolah sendiri tanpa perlu dijerit oleh ibu dan ayah aku. aku juga banyak memasuki pertandingan mewakili sekolah.
Nak kata aku budak nerd, tak juga sebab aku juga berkawan dengan semua pelajar, dari kelas depan hinggalah kelas belakang.
Sekolah menengah, aku bersekolah form 1-3 di sebuah madrasah. Sekolah kampung yang serba kekurangan. Walaupun begitu, Aku best students pmr sekolah aku dengan result 9A.
Aku pelajar yang baik, disayangi guru dan apabila aku buat keputusan berhenti madrasah, ramai guru berasa sedih. Sehingga kini, aku masih bersahabat baik dengan guru2 aku di madrasah ini walaupun telah meninggalkan sekolah berpuluh tahun lamanya.
Konflik aku dan guru bermula apabila aku berpindah ke sekolah baru. Kononnya nak ambil aliran sains sebab madrasah lama aku tak tawar bidang ini. Aku kononnya nak jadi doktor, cita cita aku dari kecil lagi.
Aku masuk ke sekolah baru ini pada pertengah tahun tingkatan 4. Sedikit lambat berbanding pelajar lain yang telah mula persekolahan 1-2 bulan sebelum aku..
Aku target di sekolah baru aku nak ‘low profile’, malas nak beria masuk itu ini, lawan sekolah itu ini, nak relaks sahaja, nak fokus pada spm kononnya. ada lagi beberapa rakan baru macam aku di kelas.
Jadi aku memang sangat baik dengan mereka (sehingga sekarang). Budak form 4 baru masuk sekolah ni dipanggil budak baru. Standard la. Aku ok je. btw, aku pindah masuk ke sekolah agama juga tapi serba lengkap dengan kemudahan berbanding sekolah madrasah aku yang dulu.
Seminggu pertama selepas mendaftar di sekolah baru, aku lagak seperti biasa. aku attend program di sekolah dan asrama. Aku layankan sahaja.
Ada sekali aku attend program persembahan pelajar di dewan sempena minggu bahasa melayu. Ada budak yang bersajak, berpantun dan bercerita.
Yang paling aku tak boleh lupa, ada seorang akak form 5 menyanyi lagu ‘ada apa dengan cinta’ siap buat gaya tarian lagi.
Time ni aku dah pelik sangat sebab sekolah baru aku ini sekolah agama, budak semua tudung labuh2 belaka, boleh pula pelajar perempuan menyanyi lagu seperti itu di khalayak hadirin yang terdiri daripada pelajar dan guru lelaki.
Suara perempuan kan aurat? Kalau lagu patriotik ke mungkin aku tak kisah sangatlah. Persembahan akak tu pun boleh tahan gedik hingga sekarang tak hilang dari otak aku. aku keliru tapi aku tak sibuk sibuk nak persoalkan. Lantaklah dia.
Selepas beberapa hari, tiba-tiba semua pelajar form 4 baru dipanggil guru di dewan. Aku ingat lagi pertemuan kami dengan mudir dan guru penolong kanan (HEP). Aku tak sangka detik pertemuan inilah menjadi titik tolak kebencian aku pada beberapa guru di sekolah ini.
Ingat lagi, dengan senyuman, mudir memperkenalkan diri, mengucapkan selamat datang, menceritakan tentang sekolah dan segala info yang membosankan (macam perhimpunan sekolah tu ah). Aku duduk sahaja diam mendengar.
Mudir mengakhiri ucapan (bebelan) dia dengan kata ‘ ok. Sesiapa di sini ada apa2 nak tanya pada saya tentang sekolah?’
Ada beberapa orang pelajar bertanya, pelbagai soalan.
Aku pun bertanya pada mudir tentang kejadian tempoh hari.
‘Kenapa pelajar perempuan dibenarkan menyanyi di khalayak masa minggu bahasa melayu last week?’ kataku ingin mengetahui lanjut peraturan sekolah. Aku bernada biasa, bukan provok atau nak cari gaduh.
‘Awak nama apa?’ tanya mudir
‘Rai, ustaz’
‘Macam ni lah Rai, saya ustaz Dolah (bukan nama sebenar), saya bersekolah di sekolah rendah al-XXX, kemudian sekolah menengah di madrasah YYY,
Kemudian sambung belajar di universiti Al-YYY di timur tengah, dan menuntut agama di MMM dan saya lebih faham bab agama lebih dari awak’ dengan senyuman dia menjawab. Senyum guys!
Aku tersentak mendengar jawapan ustaz pada aku. aku rasa semua pelajar pada masa itu hanya diam. Suasana jadi sunyi.
‘Kat sini, saya tak suka yang extreme2 islam ni. Awak dulu dari sekolah agama juga ye? Saya tengok awak ni pakai handsock semua ni. Saya kat sini kalau nak wajibkan kita semua hari-hari pakai jubah, pakai serban, dah lama saya buat. Cuma saya tak nak kita jadi extreme islam.’
Aku terdiam. Dalam otak aku ligat nak menjawab macam-macam. Susah aku nak relate kan jawapan mudir dengan soalan aku.
‘Tapi , saya rasa bab suara aurat ni bukan pasal jubah atau serban’
Ustaz memotong kata kata aku, entah apa yang dia bebel lepas tu aku dah tak ambil port. Aku dah tau, ini bukan orangnya untuk aku bertanya. Baik jadi bodoh dan taat sahaja. Buang masa. Aku faham sangat pe’el guru tak nak kalah ni. Guru yang nak anak murid semua lebih bodoh dari dia.
Guru yang nak bodohkan anak murid, guru yang langsung tak merasakan anak murid adalah manusia berotak , boleh dibawa berbincang bukan disumbat dengan peraturan/alasan bodoh.
Sebelum mengakhiri pertemuan, mudir sempat memandang aku dengan pandangan yang tajam, tak puas hati sambil tersenyum. Inilah pandangan menandakan bermulalah episod aku diberikan mental torture yang teruk oleh mudir sekolah aku.
Contohnya :
Ketika aku berjalan dengan kawan-kawan (bergerak dari kelas ke makmal/perpustakaan) , kalau kebetulan aku berselisih dengan mudir, mudir pasti menahan aku sambil tersenyum.
‘Rai, awak pandai agama kan, apa hukum kalau kita terlupa ambil wuduk selepas solat?’
‘Rai, awak kan pandai agama, apa hukum kalau kita join al arqam?’
‘Rai, awak kan hebat, apa hukum XXXXXX? Apa hukum ini, hukum itu…
Selalunya aku jawab dengan sopan, sebaiknya. Aku masih lagi malu untuk berperilaku buruk, menjatuhkan maruah orang tua aku.
Hampir setiap kali dia berselisih dengan aku , pelbagai persoalan agama dia ajukan dengan senyuman sinisnya. Macam-macam.
Sampai suatu tahap aku tak sanggup lalu depan bilik mudir, aku rela pusing jalan jauh, untuk mengelak bertembung dengan dia. Even nampak kereta mudir pun cukup memberikan aku tekanan, kalau budak sekarang , mesti dah claim anxiety attack dah.
Sehingga satu tahap, aku geram ‘ustaz kan belajar di XXX, YYY ,ZZZ. Ustaz mestilah lebih tahu bab2 agama ni ustaz’ jawab aku. penat melayan perangai tak matang seorang mudir sekolah yang umur hampir menjangkau umur pencen.
Akibat sering di tekan oleh mudir, aku jarang keluar kelas. Nak ke kantin pun jadi tak seronok, nak ke perpustakaan pun seolah-oleh pencuri bergerak berhati-hati. jadi rutin aku hanya kelas-asrama-kelas. Tak sibuk ke kantin atau ko-op.
Walaupun aku di’ganggu’ mudir, aku tetap pelajar yang tenang. Aku score dalam peperiksaan tengah tahun walaupun baru belajar selama sebulan disitu. Aku kejar belajar bab2 yang tertinggal sendiri.
Jadi ada juga suara-suara tak puas hati sebab aku score dalam peperiksaan. Aku abaikan saja.
Agaknya mungkin kerana aku dah tak lalu lalang depan pejabat mudir, mudir mula tektik baru. Bila-bila dia free, dia mula minta mana2 pelajar tolong panggilkan aku ke biliknya. Padahal sesi kelas aku tengah berlangsung,
‘maafkan saya cikgu, mudir minta nak jumpa Rai. Ada urusan sikit’ begitulah skrip saban hari aku dengar. Ada sahaja utusan mudir ‘menjemputku’ .
Mestilah mendengar nama mudir, guru yang mengajar lekas mengarahkan aku pergi.
Macam biasa, mudir hanya nak tanya soalan bodoh. Soalan hukum hakam yang dia dah tahu jawapannya, dia hanya nak membebel depan aku. Dia nak tunjuk dia alim dalam bab hukum agama. Dia nak tunjuk dia paling pandai, paling bagus, paling segala.
Aku hanya diam apabila dia membebel, dan selalu aku minta diri kerana ingin menghadiri sesi kelas aku yang terganggu.
Guru yang mengajar aku pun ada yang semakin pelik kerana nama aku kerap ‘naik’ dipanggil mudir, mengalahkan pelajar yang sah sah melanggar peraturan sekolah.
– Rai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit