Habis Kerja Belum Tentu Dapat Kerja

Assalamualaikum ,terlebih dahulu terima kasih kerana sudi menyiarkan confenssion yang tak seberapa ini . Tujuan aku menulis confession ini untuk meminta pendapat dan sokongan daripada saudara dan saudari sekalian .

Aku merupakan pelajar dari sebuah ipta yang mengambil jurusan “Human Resource Development” . Pengajian aku masih berbaki 2 tahun . Bila aku balik ke kampung , pasti ada mulut2 yang bertanya , belajar dekat mana ? Yang tu aku tak kisah , dan masuk soalan kedua ,belajar kos apa ? Then , aku akan cakap kos HR . Pastu mereka boleh buat muka blur ? Aku dengan rasa segan silunya , “sumber manusia pak cik , mak cik” . Barulah mereka menganggukan kepala.

Aku sedih , bila sahaja aku cakap pasal jurusan yang aku ambil dekat universiti , kebanyakkan pak cik dan mak cik aku tak tahu. Mereka selalu bandingkan aku dengan sepupu2 aku yang ambil kos pendidikan.

Sampaikan mak cik aku cakap , dulu orang suruh ambik pendidikan tak nak. ya ! Aku mengaku, aku memang tak minat menjadi guru. Tapi aku menghormati profession seorang guru , kerana kalau tidak seorang guru aku tidak akan sampai ke tahap ini.

Aku akui, ibu dan ayah juga kecewa dengan aku kerana aku tolak mentah2 untuk menjadi guru. Sampaikan aku tidak masukkan kos pendidikan tu dalam senarai list upu aku 2 tahun lepas. Jujur aku katakan, aku tidak pernah menyesal dengan keputusan aku pada masa itu.

Tetapi, aku jadi malu. Walaupun dah 2 tahun aku belajar dan masuk universiti. Aku still malu bila berhadapan dengan mereka. Kalau bercakap pasal kehidupan universiti pun aku banyak senyap. Aku takut nak bersuara , sebab aku takut apa yang dikatakan mereka benar.

Kata-kata mereka sering bermain di fikiran aku , “keluaran universiti sekarang belum tentu dik dapat kerja, Kos sumber manusia yang dik cakap tu mak cik tak tahu apa , tapi mak cik rasa susah dik nak dapat kerja”.

Korang tahu tak betapa sedih , kecewanya aku sebagai seorang pelajar yang punya hutang ptptn lagi pada seusia muda ni. Aku mengaku , kadang2 mulut orang membuat aku rasa down , macam2 benda yang datang ke fikiran aku.

Aku ada terfikir kebenaran apa yang mereka cakap. aku bayangkan nasib aku sekiranya aku tak dapat kerja , apa yang aku dapat selepas berpenat lelah belajar selama 4 tahun? Aku dah rasa sedih tu walaupun belum grad lagi.

Tapi aku bermuhasabah diri , sekiranya Allah aturkan jalan terbaik untuk aku , kenapa aku perlu merumitkan ? Sekarang , aku hanya berdoa semoga Allah permudahkan jalan kehidupan aku dan dapat menamatkan pelajaran aku dengan sempurna. Amin

– Miss

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit